Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, April 28, 2011

Revenge

Time to say good bye from google.

Dendam bukan satu yang baik untuk didamping apatah lagi buat kita yang Muslim. Untuk lebih enak, katakan saja aku serik dan mungkin juga tidak mampu untuk menerimanya lagi. Perkabaran siang semalam memberikan aku senyuman yang lebih manis. Mimpi buruk kali kedua yang seharusnya berlangsung Mei dan Jun ini akhirnya musnah dan aku tersenyum puas. Bermakna, Mei dan Jun tidak jadi kubuang dalam kalendar 2011. Walau masih diganti, sekurang-kurangnya bukan si-orang-yang-tidak-disukai. Selamat melahirkan buat yang berkenaan, buat si-orang-yang-tidak-disukai, teruskan hidup dengan egomu. Aku doakan hati terbuka menjadi orang yang lebih tunduk dari yang meninggi diri. Aku bukan tak suka, tapi aku cuba tidak menambah rasa benci setelah seksaan yang kau lakukan sepanjang pertengahan 2010. Pergi, dan jangan kembali lagi.
Aku bukan seorang pendendam, tetapi jika sekali aku dipijak dan dihina, selamanya nanah itu berbekas. Ajar aku hormati orang dengan cara menghormati aku selayaknya. Bukan meminta layanan lima bintang, cukuplah jangan melayan aku seperti binatang!

19 comments:

syufaa said...

kdg2 kita xnk berdendammm..sikap org lain buat kita berdendam sbb apa yg dibuat tu sgt menyakitkan.. =)

hanaahmad said...

syufaa : betul tu. :)

nanad said...

wahh..sabar :)

hanaahmad said...

nanad : sedang bersabar. :)

Far8 budak baik said...

pas dah habis bace..
sumpah aku takut nk komeng..haha =p
siapakh org yg tak disukai itu??hee
aku dendam ngan org relek je..haha

hanaahmad said...

far8 : haha, orang yang punya pangkat mungkin? haha. aku bukan berdendam. aku cuma tak suka. :)

Kepala Manchiss said...

suara yang paling bisik adalah yang suara paling dendam dan dalam..

Raihana Izzati said...

Kau tawu, the best way untuk balas dendam is tunjuk yang kita happy.

happy sangat with or without orang tu. Happy sangat dengan hidup kita. Happy sangat dengan diri kita.

Buat dia rasa yg dia tu tak bermakna pun. Just a piece of meat.

Sila balas dendam. Dengan cara ni.

Raihana Izzati said...

btw,, sorry smlm i busy.

malam ni still on tau. u pakai warna merah ea..

smooching hot~~

Rozami said...

dendam merosakkan diri

ghost writer said...

yang penting tidak ada dendam...kehidupan lebih aman.

tapi kalau dendam itu masih ada,sekurang2nya ia dijadikan sebagai matlamat penebus penderitaan.

biha a.k.a PETOM said...

yg pnting jgn biar diri kite dipijak org laen, ngeeee~

hanaahmad said...

kepala manchis : dah cukup dalam dan perit dendam ini.

raihana : haha, aku buat cmtu la. happy je dpn die..mmg bengang jela kan..merah? i xske merah la..i ske pink. auuuwww..

hanaahmad said...

rozami : sgt merosakkan.

phan : cuba tidak berdendam tapi terpaksa.

biha : insyaAllah. thnks. :)

ahleng ariKen said...

org yg mampu kawal dendam adalah org yg hebat..ayuh menjadi org yg hebat :)

hanaahmad said...

ahleng : aku cuba menjadi orang yang hebat selagi termampu. :)

Ary ariasputera said...

suka cerita awak..

little cart00n said...

biar org berdendam dgn kita..jgn kita berdendam dgn org..kan?
tapi sometimes kita tak mampu nak diamkan diri bila org berdendam ngnn kita..haish! macam mana tu? haha

hanaahmad said...

ary : terima kasih. :)

little cartoon : betul tu. kita cuba, tapi payah. :)