Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, April 29, 2011

Kegilaan.

Sumbangan buku dari pokcik google.

Dari Kawan, Anak-anak Sidek, Asuh, Mickey Mouse, Dragon Ball, Gila-gila, Kuntum, Gelihati, Bintang Kecil, Doraemon, AnaMuslim, buku-buku Enid Blyton; Tujuh Penyiasat, Lima Penyiasat (Gemuk; John; Samy; Mary dan Saroja), Hardy Boys, Nancy Drew, Tingkatan 1-6 di Seri Melor (Mallory Towers), Tingkatan 3 di Sekolah Tengku Ashikin (St Clares) , Anak Kembar Encik Harun, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Remaja, Hype, Utopia, Galaxie, Remaja, G3 sehingga ke novel Ahadiat Akashah, Hlovate, novel travelog, Pramoedya Ananta Toer, Andrea Hirata, koleksi A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan tak terhitung senarainya....

Tak tergambar rasa teruja untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 esok di PWTC.
Ayuh ketemu! - Sebenarnya kecewa kerana Pak Andrea Hirata tidak jadi datang esok. :(
Tolong sesiapa yang punya kegilaan yang sama, kasi cadangan buku apa lagi enak dibeli dan dibaca? Aku mahu borong semuanya esok!

11 comments:

cik heroin said...

sirah rasulullah? ^^,

ghost writer said...

wow.. masih ada lagikah 5 penyiasat kecil tuh and hardy boys?buku-buku itu banyak bantu aku masa kecil untuk berimaginasi sebagai seorang penyiasat.telah dikhatamkan semua sekali..

Hana,apakata dapatkan buku2 terbitan Fixi...

cEro said...

aku dah pergi..yeay!

tp balik tangan kosong sbb..
ko tau laa, membaca bukan 'bidang' aku..hehehe

hanaahmad said...

cik heroin : tu juga menjadi bahan bacaan. :) juga al-Quran.

Phan : hehe...ada dgr pasal buku terbitan Fixi. esok aku mahu dapatkan. besh kan 5 penyiasat tu.

cEro : alaaa..takkan komik pun ko x beli? kan byk. hehe. ko pergi dgn sape je klo x beli apa2?

pembaris said...

Hosmet saya selalu tanya, "bila kau nak beli buku jamban..?"

bukan pasal isinya tak guna, tapi bila baca dalam toilet,keadaan menjadi lancar.....buku yang kelakar memang sesuai ke toilet kata mereka...hoho

Far8 budak baik said...

dasyat sungguh anda ni...
tahu ar makan buku tido buku..
nasib ulat buku..kalau ulat bulu
hahaha

Encik Psychopath said...

serius aku ada 5 penyiasat.

twinkle twinkle said...

hoho kalau bwk duit bekepuk2 baru best nk g hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam habis baca gua pinjam..buleh

hanaahmad said...

pembaris : haha, buku jamban? aku belum prnah lagi membaca di dalam jamban. cikgu aku pernah kata, buku adalah benda yang paling mulia, tidak selayaknya membaca di dalam jamban! lol~

far8 : ulat buku pandai xpe. tapi tak pandai2 pun. bukan ulat buku sgt pun juz suka membaca. :)

hanaahmad said...

encik psychopath : serius? aku dulu ada skg dah taktahu dekat mana.

twinkle : tau xpe. rasa nak borong semua.

brutalsolo : haha. buleh. kena bayar. :p