Saat kami berlarian, mata-mata liar memandang kami dengan sengihan dan ketawa kecil bersulam bisikan yang nyatanya dari mereka yang terlalu baik hati 'menjaga tepi kain orang lain'. Aku faham apa yang berada di fikiran mereka. Bisik-bisik yang langsung tidak mendatangkan hasil itu hanya mampu membuatkan aku tersenyum lantas dengan bangganya ketawa riang bersama KN.
Aku tidak perlu mengambil kisah sangat dengan mereka-mereka yang tidak akan pernah berhenti mentertawakan orang lain atas faktor fizikal yang dimiliki. Mereka seharusnya lebih malu kerana dari pandangan aku, mereka tidaklah punya size supermodel yang menawan selain muka yang tidak berseri apatah lagi dengan hati yang seharum bangkai.
Aku sendiri pernah bermulut jahat dan berhati busuk, sehingga kini aku masih dalam pembelajaran untuk sentiasa menghargai fizikal orang lain selain mensyukuri dengan fizikal yang bernyawa di jasadku ini. Berhenti mentertawakan mereka-mereka yang lain dari yang lain selagi hidup kamu tidak diganggu dengan kejamnya. Aku cadangkan tonton filem Beastly supaya sama-sama pelajari untuk jauh dari punya sifat tinggi diri.
11 comments:
Hana punya hati yang baik..punya kawan yang baik,punya hidup yang baik..
jadi tidak heran kalau Hana punya penghargaan yang baik pada orang lain..
penting punya pemikiran yang baik.yang baik-baik saja okay.
ghost writer : hana masih belum cukup baik. masih mencari dan menjadi yang terbaik. :)
dipandang rendah disebabkan fizikal mmg takkan pernah lekang dr masyarakat dunia...
bukan saiz saja, kdg2 warna kulit, gigi, rambut dan segalanya...
apa yg boleh kita buat adalah bina keyakinan agar lebih kental bukan hanya di luar ,tapi juga di dalam..
cEro : betul. susah nak lari. yang penting kita yakin dan peduli apa yg orang kata sudah memadai..tp jangan sampai melebih2 sampai tak sedar diri. yang penting sentiasa bersyukur. :)
lantakkan mereka yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada anda..
teruskan berlari..
anyway, kamu di shah alam rupanya..
me big size jugak..slalu kne cmtu.haha..but who cares! I dont give a damn.. aku jogggg jugak..hahaha
chacha : yes! pedulikan sahaja mereka2 semua! teruskan hidup ceria kerana kita juga manusia! :)
Are you going to heed a word they say, NO! .. All I'm trying to say was ...
tak patut2. fizikal 2 sementara je.. kecantikan pun x berkekalan. x semesti nye orang buruk rupa, buruk perangainye. thumbs up my pren. aku knl ko. mmg ko x beza2 nk kawan dengan sesape...
biar saja aku mengaku, aku juga ada kecenderungan memandang sinis appearance orang, mujur sekali dengan kadar moderate, mungkin masih ada lagi sekelumit kebaikan di hati
Senang je-usah memilih kawan. Boleh macamtu?
Post a Comment