Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, April 5, 2011

Beriadah bersama XXXL

Di kala punya masa terluang, aktiviti beriadah menjadi pengisi waktu senggang di waktu petang. Selain cuba mengurangkan lemak di badan, menemani seorang rakan lelaki yang punya size XXXL menjadi kebiasaan aku. Tasik Seksyen 7 Shah Alam menjadi tanah larian kecil kami sambil berbual bermacam-macam perihal. Kami mula menjalinkan ikatan persahabatan ketika di bangku sekolah menengah lagi dan terpisah seketika sebelum bertemu kembali setelah aku mula berhijrah di sini. Punya hati yang baik, rakan yang enak saja aku gelarkan dia sebagai KN adalah rakan lelaki yang cukup memahami selain sentiasa memberi telinganya untuk mendengar segala keluh kesahku. KN punya cita-cita tinggi, menemaninya berlari di tasik itu adalah bagi membantu mengurangkan jumlah kilogram yang terkumpul di tubuhnya. Aku tidak punya masalah. Aku bukan seorang yang kedekut kata-kata semangat apatah lagi nasihat.
Berlarian manja bersama Google.

Saat kami berlarian, mata-mata liar memandang kami dengan sengihan dan ketawa kecil bersulam bisikan yang nyatanya dari mereka yang terlalu baik hati 'menjaga tepi kain orang lain'. Aku faham apa yang berada di fikiran mereka. Bisik-bisik yang langsung tidak mendatangkan hasil itu hanya mampu membuatkan aku tersenyum lantas dengan bangganya ketawa riang bersama KN.

Aku tidak perlu mengambil kisah sangat dengan mereka-mereka yang tidak akan pernah berhenti mentertawakan orang lain atas faktor fizikal yang dimiliki. Mereka seharusnya lebih malu kerana dari pandangan aku, mereka tidaklah punya size supermodel yang menawan selain muka yang tidak berseri apatah lagi dengan hati yang seharum bangkai.
Aku sendiri pernah bermulut jahat dan berhati busuk, sehingga kini aku masih dalam pembelajaran untuk sentiasa menghargai fizikal orang lain selain mensyukuri dengan fizikal yang bernyawa di jasadku ini. Berhenti mentertawakan mereka-mereka yang lain dari yang lain selagi hidup kamu tidak diganggu dengan kejamnya. Aku cadangkan tonton filem Beastly supaya sama-sama pelajari untuk jauh dari punya sifat tinggi diri.

11 comments:

ghost said...

Hana punya hati yang baik..punya kawan yang baik,punya hidup yang baik..

jadi tidak heran kalau Hana punya penghargaan yang baik pada orang lain..

penting punya pemikiran yang baik.yang baik-baik saja okay.

hanaahmad said...

ghost writer : hana masih belum cukup baik. masih mencari dan menjadi yang terbaik. :)

cEro said...

dipandang rendah disebabkan fizikal mmg takkan pernah lekang dr masyarakat dunia...
bukan saiz saja, kdg2 warna kulit, gigi, rambut dan segalanya...
apa yg boleh kita buat adalah bina keyakinan agar lebih kental bukan hanya di luar ,tapi juga di dalam..

hanaahmad said...

cEro : betul. susah nak lari. yang penting kita yakin dan peduli apa yg orang kata sudah memadai..tp jangan sampai melebih2 sampai tak sedar diri. yang penting sentiasa bersyukur. :)

APi said...

lantakkan mereka yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada anda..
teruskan berlari..
anyway, kamu di shah alam rupanya..

Karya Hati said...

me big size jugak..slalu kne cmtu.haha..but who cares! I dont give a damn.. aku jogggg jugak..hahaha

hanaahmad said...

chacha : yes! pedulikan sahaja mereka2 semua! teruskan hidup ceria kerana kita juga manusia! :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

Are you going to heed a word they say, NO! .. All I'm trying to say was ...

sHeLaBeSh said...

tak patut2. fizikal 2 sementara je.. kecantikan pun x berkekalan. x semesti nye orang buruk rupa, buruk perangainye. thumbs up my pren. aku knl ko. mmg ko x beza2 nk kawan dengan sesape...

AkuMuzikFilem said...

biar saja aku mengaku, aku juga ada kecenderungan memandang sinis appearance orang, mujur sekali dengan kadar moderate, mungkin masih ada lagi sekelumit kebaikan di hati

Zoel said...

Senang je-usah memilih kawan. Boleh macamtu?