Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, March 15, 2011

Memualkan

Cerita di bawah agak basi. Jika tidak mahu sakit perut dan muntah-muntah kasi klik itu pangkah sebelah kanan pc/laptop anda. Tapi, janganlah begitu, kasihan aku. Ngeh-ngeh-ngeh.

Nama pun Melayu, memang sinonim dengan benda percuma. Okaylah aku kasi speaking sket. Benda free. Asal benda free je, mesti kita suka. Kalau tak suka pun sebab malu-malu dan buat-buat tak suka. Padahal dalam hati suka kemain sampai rasa nak lompat-lompat atas gunung lepas tu jatuh, nyawa melayang baru ingat akhirat. Heh, melalut kan.

Sabtu lepas, aku diberi layanan 5 bintang tak 5 bintang sangatlah. Disebabkan cuti dan 'single' tanpa teman lalu aku dilamar untuk menonton wayang bersama seorang teman lelaki (bukan kekasih hati) di Sunway Piramid. Wah, untung badang tak berapa nak untung ni. Sabtu yang single aku dapat banyak benda percuma. Percuma-percuma aku dapat okay.

1. Percuma je aku dapat makan A&W. Teman lelaki yang gentleman lagi gentleman itu belanja aku makanlah. Terima kasih.
2. Percuma je aku dapat tengok filem epik hebat abad ini; Hikayat Merong Mahawangsa. Teman lelaki yang gentleman lagi gentleman belanjalah. Terima kasih lagi sekali.
3. Percuma je aku dapat tengok wayang adegan comolot couple Melayu tak berapa nak Melayu, yang pasti beragama Islam di depan dan sebelah aku. Yang ni couple buat wayang Hikayat Bengong Berleluasa belanja aku percuma-percuma. Terima kasih sebab bagi free tapi aku rasa nak muntah dan mual.
4. Percuma je telinga aku dengar rengekan manja si perempuan gedik sebelah aku yang asyik lentok-lentok kepala dekat si lelaki dengan aksi yang tak berapa nak menaikkan nafsu aku. Rasa nak naik tangan tu ade lah.
5. Percuma je badan aku dapat senggolan dari si perempuan sebelah aku yang sedang asyik melayan asmara. Yang pelik, dia yang lebih-lebih. Lelaki tu relaks je tadah dengan senang hati.Maaf, tak dapat tepek gambar yang lebih berahi. Ini je paling memualkan yang mampu uncle Google kasi.

Secara seriusnya, sememangnya konsenstrasi aku terganggu apabila di depan dan sebelah kananku ada figura yang bergerak-gerak, bergelak ketawa, berengek-rengek, berbisik-bisik dan berjalar-jalar jarinya. Hilang fokus! Ikutkan hati nak lempang guna kaki tapi malas pulak nak jadi heroin segera dalam panggung. Jadi, banyak adegan filem HMM itu aku hilang fokus disebabkan rasa terganggu yang teramat sangat. Hello couple's, keliru ke antara hotel dan panggung wayang?

Ada orang cakap aku cemburu sebab tak dapat buat macam couple's tu buat. Heh, aku macam nak tergelak besar. Perlu ke cemburu dengan dosa yang dibuat? Sepanjang aku bercinta, nak pegang tangan pun aku dah rasa geliman. Apatah lagi nak comolot. Bukan nak kata aku baik, tapi dah memang aku geli. Aku simpan untuk suami aku je nanti. Kalau dah kasi orang sana-sini pegang, rugilah suami aku. Tak pernah dengar ke? Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Aku nak suami yang baik, jadi kenalah aku berusaha jadi yang terbaik. Insya-Allah.
Rasa nak pergi minang Yusri KRU sebab berjaya hasilkan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa setanding filem luar. Aku suka 100 juta kali skrip dalam HMM. Super epik! (Pinjam ayat cEro) Tak pergi tengok lagi? Rugi.

21 comments:

sarah mohamad said...

budak2 zaman sekarang ni advance je yg lebih.

hanaahmad said...

sarah : kan. tak faham depa ni aih.

Indah Mulya said...

yg xtahan tu dlm cinema,patut stare je kt dorang pas abes movie..sinis sket,da abes movie korang?huhu

black_mel said...

erk..bila balik malaysia?bkn study kat indonesia ker?

amira faqihah said...

huaa geli betul,,xtahu malu je org tu

ghost said...

patut rakamkan saja bunyik2 yang mengerikan di setiap kiri dan kanan kamu Hana..mungkin leh buat lagu atau latar belakang sebuah filem...mana lar tahu kot2.

benda nih memang dah lama sangat berlaku,sejak zaman panggung 80an lagi rasanya.tapi sebagaimana ia semkain moden dan berteknologi maka ia ditransformkan sama..semakin berani macam filem hindi..ini yg orang cakap wayang atas wayang...horaaa...

APi said...

aku setuju ayat yang terakhir tu..
untuk dapat yang baik, perlulah jadi baik juga..
eh silap..
terbaik..

dayah said...

wah dah tgk movie jelesnya, da lama tak jejak panggung sejak cerita harry potter huhu.
tak perlu kot hrp benda free yg tak berkat tu.
ehemm bila nk minang yusry, hrp2 hajat hana termakbul

wachak said...

Nak gi meminang tu jgn lupa ajak sekali. Jadi tukang pegang tepak sireh pun jadi ler. dapat makan preeeee ... he33

hanaahmad said...

indah mulya : ikut hati mmg nak buat, tapi sangat2 malas nak cari gaduh. huhu.

black mel : adakah anda salah orang? di Malaysia ni.. :)

twinkle : sangat geli. meremang bulu tengkuk. huhu

hanaahmad said...

ghost : tak fahamlah. kenapa perlu bayar duit utk tengok wayang tapi akhirnya buat wayang sendiri? baik pergi book bilik kat hotel kan? huhu

api : hehe. :)

dayah : lame x tgk movie? pasni jom ngedate sesama. alaa..mustahil dpt minang Yusri eh. haha

hanaahmad said...

wachak : jadi tukang jual pantun pun okay gak kan? hehe

suffer8zine said...

erkkk nk pinang yusri?

Terbaek! : FrenzyFM on Media | Mangsa Banjir Dapat Kereta | Ayam Berkaki Empat Ditemui | Video Tsunami Di Jepun

Encik Psychopath said...

asal tak berasmara skali. balas balik org sebelah.

Zura Tahir said...

kena ada JAIS lah dlm panggung pas nie..hehe..

hanaahmad said...

suffer : haha. xleh ke?

encik psychopath : haha. sebab takde suami nak ajak berasmara. :p

zura : haha. tula..sbb tu depa berani buat kan.

dina diana said...

sungguh mengelabah kn meraka...
hayoo...

seriusly..sungguh memualkan...buek..buek..buek..

cEro said...

itu keseronokan sementara...
mungkin seronok ketika tu je...
tp, aku kdg2 naik kelakar tgk aksi2 camtu dlm wayang..
mcam takde duit nk check-in hotel..hhahaha

hanaahmad said...

dina : sangat mual. aku dah meremang bulu idung. huhu
cEro : depa sengkek. haha

Azlan Strider said...

lain kali sabotaj jer..buat2 terlanggar ker..mesti dorang angin..hehehe..

Regards,
-Strider-

sue/allya/zalya said...

syukur alhamdulillah masih ada lagi perempuan yg betol2 suci... pelik benar segelintir pompuan la neh, klu kena cabul dgn org xkenal mare plak.. siap nak wat report polis,, tp klu hat laki yg dh kenal, bkn nye sah pon status sbgai suami , bg plak laki 2 cabul.. heran kan..