Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, February 24, 2011

Pantai tidak berombak

Terima kasih Google.

Hidup tanpa diuji umpama pantai tidak berombak. Sering kali kita mendengar kisah dugaan orang di sana sini, dan hanya mampu menyatakan kasihan sambil menggeleng-gelengkan kepala. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berborak sana-sini, bercerita perihal mereka-mereka yang bernasib malang itu lumrah. Hidup bertambah rasa pabila dugaan itu datang menimpa kita sendiri. Baru kita tahu betapa beratnya bahu kita memikul. Baru kita tahu betapa pahitnya rasa malang. Kasihan. Tiada lagi mampu diluah selain curahan air mata tanda redha. Moga yang pahit dapat dimaniskan. Moga yang buruk dapat dibaikkan. Untuk sekian kali, aku yakin Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui. DIA penentu segalanya. Tunduk kepala, mohon bantuan moga ia cuma sementara.

11 comments:

ghost said...

diaminkan....aminnnn.

kesedaran itu permulaan kepada tindakan kita selepas apa yang berlaku..

hanaahmad said...

ghost : terima kasih. hati tak senang. dugaan menimpa. :(

Seroja Jingga said...

this is so deep...kenapa ade air mata tumpah ni! ah menangis lagi

hanaahmad said...

seroja jingga : dugaan. tak dapat ditahan air mata dari mengalir.

Faizal Sulaiman said...

hidup ini memang perlu redha dengan ombak yang datang membadai=)

hanaahmad said...

faizal : sentiasa redha dan mohon kekuatan untuk terus kuat.

cEro said...

pengalaman mendewasakan....
semua org membesar dgn pengalaman...
anggap ini satu cabaran pengalaman...

black_mel said...

tulisan makin kecik...tak nampak..dah kabur..huhu...

ain revival said...

semoga kamu tetap kuat dalam menempuhi ujian yang mendatang~

dayah said...

mcm sgt bersedih je. sabar ye pape yg dtg tu ujian/dugaanNya. Tabah slalu k

hanaahmad said...

cEro : terlalu berat pengalaman yang perlu dilalui.
black mel : sorry, dah cuba besarkan tapi tak cantik. nanti cuba lagi.
ain : terima kasih sangat2.
dayah : terima kasih Dayah. kalau boleh nak je cerita dekat Dayah.