Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, December 6, 2010

Teater Natrah 2.

Akulah perempuan yang diselimuti kedukaan...jiwa aku merana kerana CINTA...merdekakanlah aku dari segala belenggu ini...kerana aku rindukan kedamaian.
- Natrah, Maria Huberdina Hertogh (1937-2009) Al-Fatihah.

Ia bukan sekadar kerana kasih sayang.
Ia kerana maruah.
Kerana akidah.
Kerana pegangan.
Kerana Islam.
Bukan pasal penjajah.
Tapi kerana maruah yang dipertahankan.


Aku ikuti kisah Natrah ni sejak aku di sekolah rendah lagi. Kalau tak silap, aku baca dalam buku sejarah (aku tak ingat buku apa, maybe Malaysian Book of Records?) dekat library. Tak tahu kenapa kisah ni sangat-sangat menarik perhatian aku. Masa tu takde internet dan kalau ada pun aku pun tak tahu lagi menatang tu so, takdelah nak google sana sini. So, aku banyak baca dalam buku je. Sehinggalah tahun lepas, kisah Natrah kembali mengingatkan aku bila dia meninggal dunia dan kisahnya kembali hangat diperkatakan di dada-dada akhbar. Masa tu baru aku sibuk google balik. Dan, lebih mengterujakan aku bila aku dengar yang Natrah akan diteaterkan!
Tapi, sayang seribu kali sayang bila tayangan teater Natrah yang pertama aku tak dapat pergi sebabnya kalau tak silap time tu aku masih study, takde ongkos lebih dan transport nak pergi ke IB. Jadi, aku pendam jela hasrat aku tu walau hakikatnya aku sangat sedih jugak sebab peluang nak tengok tu ada cuma aku tak dapat nak tunaikan saja.
Alhamdulillah, Natrah akan dipentaskan kali kedua! Jadi, akhirnya 4 Disember berjayalah aku menonton Natrah di Istana Budaya bersama-sama dengan Dayah.Hampir dua jam dipertontonkan dengan lakonan mantap pelakon-pelakon yang super hebat. Aku diam tak terkata. Sangat meruntun jiwa! Dayah dah pesan awal-awal suruh aku jangan nangis. Tapi, tipu...aku tahan-tahan je air mata! Ha-ha. Kagum! Sangat kagum. Maya Karin pandai mainkan watak Natrah, Datin Paduka Umie Aida menjadi Che Aminah yang kuat, Datin Sofea Jane sangat menjiwai watak Natrah berumur 70 tahun (aku sangat suka yang ini!), Remy Ishak sebagai Mansor Adabi, husband kepada Natrah (Remy menari sangat kayu!, haha sorry), Nabila Huda sebagai watak yang aku lupa nama - sangat besh watak Mokcik yang dia bawakkan, Liyana Jasmay sebagai kawan kepada Natrah dan Aaron Aziz sebagai Burhanudin Helmi serta pelakon-pelakon yang lain yang sangat terbaik. Tabik spring 100juta kali juga dekat Erma Fatima. Apa cerita yang dia buat, tak pernahnya tak menjadi. Dari 5 bintang aku kasi 10! Melampau.Cuma, ending dia cepat sangat. Tak terasa langsung dekat hati pasal rusuhan yang berlaku. Part Natrah diperintahkan untuk balik ke pangkuan family kandung dia sangat meruntun jiwa. Kasihan. Sehingga hujung nyawa, Natrah terseksa. Terseksa kehilangan orang-orang yang disayanginya. Terseksa terpaksa meninggalkan agama yang dianutinya sejak dibela Che Aminah. Terseksa berpisah dengan suaminya Mansor Adabi. Terseksa terpaksa menghabiskan usianya dalam keadaan yang sangat menyesakkan jiwa.

Untuk yang mahu lebih rasa, cepat-cepat book tiket Natrah sebab dorang extend lagi tayangan sampai 7hb Dec ni. :) Tapi, tiket online dah ditutup, kalau nak kena beli sendiri kat Istana Budaya oke. :)

22 comments:

JelinaJoli said...

teringin tengok. tp takut tetido... sigh~

hanaahmad said...

heh? takut tetido? cite ni tak boring la..hhaha

Ain Atika Zailani said...

i suka remy sangat..hehehhe~~

hannamonts said...

mesti besh kan?

Nik said...

best sgt .dah pi tgk..suka tgk lakonan umie aida.mantap.

hanaahmad said...

siska : hehe..remy lelaki melayu terakhir kan? hehe
hanna : haruslah besh! heh.
rosmawati : kan! sgt mantap!

Seizer said...

arap ader org buat movie... amacam dr rozmey?

hanaahmad said...

@seizer : oh, plz...dr rozmey tak layak. haha. nantikan mungkin Jan 2011 ini akan ada drama Natrah lakonan Namron & rkn2 di astro prima. mungkin. nantikan saja. :)

Padin said...

weh tak roger pon wakakaa
aku gak tengok aritu hee side tepi belah kiri, keh3

hanaahmad said...

padin : hahha..tula. psl.

amira faqihah said...

teringin nak tengok -.-

hanaahmad said...

twinkle : tgkla! hehe

cEro said...

byk kali aku nk gi layan teater, tp slalu tak berkesempatan...
ko nk tau? last teater di panggung aku layan masa aku form 2..
serius lame gile dah...

hanaahmad said...

cErO : yeke weh! alahai...xpe2..pasni aku ajk ko lak k? haha.

dayah said...

hihi. nice entry :) best tgk natrah ngan hana.
sebak jugak hati bila tgk teater sebnanya. thanks sbb review cerita :)

Adam said...

Adik nak sgt tengok teater ni. =) Dia jealous tuu!

hanaahmad said...

dayah : haha. nanti org ajk lagi k?
adam : haha. yeke? adik umur bpe thn?

dayah said...

ok! yeay

Adam said...

haha. adik umur 16. :)

hanaahmad said...

dayah : hehe. :)
adam : owh. kem slm kat adik k!

airaniez wirdani said...

http://www.youtube.com/watch?v=ZI8fxB7LRbc

Last video: Message from Natrah.sedih...sbb dia ingt org bergaduh kat Tanah Melayu sbb nak bunuh dia...slh faham,sbb tu dia taknak balik Malaysia dah..

hanaahmad said...

wirdani : thnx. tula, kasihan die.