Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, December 5, 2010

Nasi Goreng Pataya Teloq Mata

Hari ini disebabkan kelaparan yang teramat sangat aku mengajak housemate's aku pi makan dekat Seksyen 7 (tempat nasi bukit dan murah).

Mokcik order : Nak makan apa? (dengan gaya ramah jugaklah)
Aku : Erm...(tengok menu atas meja). Bagi saya Nasi Goreng Pataya Telor Mata.
Mokcik Order : (gelak dulu baru cakap) Pataya tu telor la kenapa nak telor mata lagi?
Aku : Yela, saya nak Nasi Goreng Pataya TELOR MATA.
Mokcik Order : (Muka malas nak layan, tulis order atas kertas).

Beberapa minit kemudian. Adik manis bawakkan makanan aku. Perut aku menjerit keriangan. Tapi, muka aku terkejut monkey tiba-tiba. Dalam hati aku cakap, rasanya aku order Nasi Goreng Paprik. Dah hampir terkeluar dari mulut nak tanya dekat adik manis tu tapi otak jadi bijak pulak terus tanya dekat Marina.

Aku : Eh, tadi aku order apa?
Marina : Ko order Nasi Goreng Pataya la.
Aku : Laaa...patutlah mokcik tu gelak2. Aku nak order Nasi Goreng Paprik laaa...(Muka dah blushing habis ni, cuma tak nampak sangat sebab aku kan hitam)

Shida, Marini dan Ana mula bersuara. Masing-masing pelik dengan apa yang aku order. Tapi, seorang pun tak nak betulkan. Cis! Malu gua!

Aku cuba makan dengan macho. Tapi sebenarnya dalam hati aku dah rasa nak balik rumah je cepat2. Makan pun gelabah semacam macam makan depan pujaan Malaya.
Untuk cover muka aku yang hensem ni aku paksa si Ana bayarkan bil. Aku tak sanggup lagi nak bertentang mata dengan mokcik tu. Dan sebagai sogokan, air yang kawan2 aku order aku belanja. Ha-ha. Taklah, aku memang dah niat nak belanja dorang sebab temankan aku makan. Padahal dorang semua dah kenyang. Makan otak-otak pokcik tu je.

Ok, selepas ni, kalau nak rasa resipi baru, try la order Nasi Goreng Pataya dan teloq mata! Aku jamin, korang akan rasa keenakkannya! 100%. LOL!

Ini semua akibat kelaparan sebab tak makan dari pagi. Ini semua sebab Teater Natrah punya pasal. Aku masuk opis awal, lepas tu rushing pi Istana Budaya. Teater Natrah start kul 3pm. Habis dalam kul 5pm. Aku terus pecut balik opis. Memang tak sempat makan melainkan roti sosej yang tawar. Tapi takpe, teater Natrah dah cukup buat aku kenyang. Tunggu pic dari Dayah baru aku update pasal Natrah oke.


12 comments:

nyna said...

ahahaha.
dr fb sambung gelak dekat sini :P

hanaahmad said...

nyna : hahahahaa..sakan na hang gelakkan aku. haisyhh!!!

Ain Atika Zailani said...

sedap tu..lapa dah ni,..

suffer8zine said...

huhu bila la kembo nk lanje ni

Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Ini Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan

twinkle twinkle said...

ahha kelaka la akk ni ;D
waa bestnya dpt tgk teater natrah :]

wachak said...

Bila tengok tajuk n3 tu, dah rasa pelik. bila dah abis baca, gelak guling2 ler ... keh33

/Dayah//Nurul/ said...

haaa.. tak makan plak ea, asl tak bawak bekal pape.
sorry la hana, take a rest elok2.
jgn lupa mkn.

oke uplod pic sat, natrah teater mmg memoriable. kwn dayah jeles dia tadapt pegi. har3

hanaahmad said...

ain : mmg sdp! haha.
suffer : meh la turun shah alam. haha
twinkle : kelakar kan? agak2 leh msk raja lawak x? hehe.
kachak : guling2 je? terjun2 la skali. hehe
dayah : haha. hana ade bwk roti sosej tp xsmpt nk mkn gak. ehehe, xpela..xde hal.

cEro said...

haahahah, ini mmg EPIK!!!
ape yg disebut lain dgn apa yg difikirkan..
synchronization disorder..
hahaha

hanaahmad said...

@cEro : laaa...klo aku tau aku wat ni masuk contest ko. hahahaha

A.D.A.M. said...

Hahaha.. lawak2.. tp nasi pataya pun sedap. ;)

hanaahmad said...

a.d.a.m : memang sdp..tapi sgt lawak oke. hehe