Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, December 9, 2010

Hijrah


Makin tua, makin gila.
Makin berumur, makin kabur.
Makin jauh, makin dekat.

Di kala orang lain sibuk mengucapkan Salam Maal Hijrah di Facebook, aku hanya menjadi pemerhati bebas dengan berbekalkan sedikit senyuman. Ikhlas? Mungkin. Seberapa jauh sudah kita berhijrah? Sejengkal? Sedepa? Atau seribu kilometer? Senang cerita, ini cerita bukan untuk kamu semua tapi lebih menuding 10 jari kepada diri sendiri.

Macam mana nak jadi baik?

Banyak yang kurang. Banyak yang tak cukup. Banyak yang cacat. Tolong sama-sama doakan aku untuk lebih dekat kepada perkara yang diredhai-NYA dan semoga jauh dari larangan-NYA. Kerna, aku masih lagi kabur dan hijrah aku belum sampai sedepa.

Cakap kosong pun tak guna kalau satu hapa pun tak cuba untuk berhijrah.
Jangan hanya cakap, tapi buat.
Semoga hari ini 100kali ganda lebih baik dari hari semalam.
Amin.

7 comments:

twinkle twinkle said...

makin tua ,,makin gile?ahha

nyna said...

amin
nina pun harap nina berubah jadi orang yeng lebih baik dari sebelumnye. :)

hanaahmad said...

twinkle : haha. tak rasa ke makin tua makin mereng? haha.
nyna : amin~ !

wachak said...

'Niat' adalah lebih baik dari tidak berbuat apa2 untuk berubah. Tahniah atas perubahan walaupun tidak sampai sedepa. Yg penting langkah pertama sudah diatur. Teruskan 'niat' Hana itu.

suffer8zine said...

biase la kembo, tahun baru, umur baru

Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

cEro said...

you realized it, then it's a good start!

hanaahmad said...

@wachak : betul. insyaAllah. doakan.
@suffer : mesti tak baca hbs kan. huhu.
@cEro : yeah...already start. insyaAllah. :)