Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, December 29, 2010

Bukan sebab rindu.

22 September 2008

Ia hanya berbunga setahun,
Namun aku patahkan rantingnya tanpa belas.
Kini,
Ia berlalu hampir dua tahun,
Mengekori dalam diam bukan jenayah,
Namun menyimpan rindu umpama jenayah kejam,
Hampir setiap hari,
Aku menjadi pengikut setia,
Walau secara dramatik,
Ia tetap romantik,
Baru aku tahu rasa sebenar,
Dan baru aku tahu ianya sakit.

Ajar aku untuk berhenti ekori,
Agar aku untuk tidak terus-terusan ingat,
Sebab aku malu nak katakan yang aku rindu?
Hanya secebis kenangan dan hakikat yang dia kini tunangan orang. Dan aku gembira walau agak terpaksa. Doa bahagia aku hanya untuk dia dan pencuri hatinya. Dan, aku mengaku yang aku GAGAL.

4 comments:

nyna said...

alaaaa
censord lah pulak.
sayu pulak nina rse.huhu

hanaahmad said...

haha, kantoi la klo tak censor. artis ni. hak3.

ghost writer said...

artis ?

hanaahmad said...

no la..orang biasa seperti phan juga. :)