Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, August 9, 2010

Rentak kehidupan.


Aku hidup umpama kuli. Kadang-kadang aku terpaksa mengikut rentak manusia lain semata-mata mahu membahagiakan mereka. Aku turut. Aku ikut. Aku hanya diam. Dan aku hanya mengikut rentak yang dimainkan. Kadang kala, aku dipergunakan. Umpama sebuah robot yang dibuat atas dasar memudahkan kerja manusia lewat zaman ini. Aku diam. Aku masih diam. Sehingga, kadang kala aku terfikir. Begitu tabah aku menjadi kuli. Mengikut rentak kehidupan orang lain. Sedangkan rentak kehidupan mereka langsung tidak senada dengan rentak kehidupanku.
Aku buntu. Kadang-kala, aku merasakan aku terlalu jujur. Aku lurus. Tiada bengkak bengkok. Dan jalan yang lurus itu, langsung tidak berliku, tiada cela.
Aku susuri jalan lurus itu. Aku berhati-hati. Aku pandang ke depan. Aku fokus dengan target yang berasa di hadapan.
Namun, masih gagal. Aku terkandas. Ku toleh ke belakang. Ku turuti rentak irama tadi. Langsung sumbang. Dan aku gagal. Masih gagal. Aku kecewa. Kecewa dengan dasar penindasan yang dilakukan.
Aku sedar, aku perlu kuat. Perlu yakin. Perlu teruskan perjalanan. Perlu kuatkan diri. Perlu jauh dari menjadi kuli. Menjadi kuli kepada manusia yang tak kenang budi.


No comments: