Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, August 11, 2010

Belum cukup garam


Semalam, aku dapat berita kurang menyenangkan. Aku tak sedap hati. Aku terfikir-fikir. Mungkin juga salah aku. Tapi aku telah cuba sedaya upaya. Kadang-kala tidak semua yang kita lakukan dapat memuaskan hati semua pihak. Orang mungkin hanya dapat menilai dari mata kasar. Namun, yang menanggung beban adalah aku. Aku terhimpit. Bukan sengaja. Tapi terpaksa. Aku cuba hidup bahagia. Tapi masih ada yang tidak kena. Mungkin itu salah satu ujian dunia yang terpaksa aku tempuh selain daripada UPSR, PMR, SPM dan STPM. Jika keempat-empat ujian tadi aku sudah ketahui keputusannya. Tapi yang ini? Aku belum pasti. Aku harap mereka-mereka itu memahami. Berikan aku sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Aku masih lagi baru. Baru dalam pentas dunia ini. Walaupun hakikatnya, sudah hampir 23 tahun aku merasai pahit, manis, masam, masin resepi kehidupan yang belum pasti bila penghujungnya. Aku cuma mahu belajar daripada "garam" yang enak, yang sering kali diperkatakan oleh mak aku. "Mak lebih makan garam dari kamu, na."

6 comments:

naz said...

hahaha. i tak rasa garam masih berguna untuk generasi sekarang :)

Zura said...

a'ah kan org2 tua suke ckp cm tue...agaknye drg mmg makan garam je kot dulu...hihihihi

Cik Bucken said...

takde ketam ke baring2 kt ats pasir laut tu =P

mier@merr said...

ujian di bulan yg penuh keberkatan...

i like itu picta

fndrocka said...

Kau dah tgk.filem SALT?

hanaahmad said...

naz : berguna dalam masakan. :)
zura : hehe..dorg makan ulam.
cik bucken : ade,,tp kecil2 je. pasir banyak. haha.
mier : ya. terima kasih.
fndrocka : belum. tak sempat langsung tgk movie.