Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, January 2, 2017

1.

Saya tidak ingat untuk ke berapa purnama sudah saya tinggalkan laman ini gara-gara terlalu sibuk merencana hal-hal indah bersama keluarga. Untuk beberapa kali, pernah saya cuba-cuba untuk kembali semula ke sini, namun kita hanya merancang, aturannya tetap gagal malah akhirnya saya langsung lupa bahawasanya lelaki yang saya kahwini sekarang ini jua adalah orang yang saya temui menerusi medium ini. Ibarat kacang lupakan kulit, maka saya kembali sekali lagi di sini (ntah untuk berapa lama mampu bertahan). Doakan moga-moga kerajinan terus mengiringi saya untuk kembali menulis di sini secara konsisten, sekurang-kurangnya bukan sekadar untuk berkongsi cerita, malah berbagi rasa tentang dunia yang sedang saya jalani.

Terima kasih 2016. Tahun terindah buat saya. Setahun sudah bergelar isteri, 2016 juga detik pertama saya memegang tugas berat menjadi seorang ibu kepada Orked Maryam. Semoga bahagia untuk kita semua.



3 comments:

ewanthology said...

Tahniah kerana sudah bergelar isteri dan ibu... diam2 berisi rupanya :-)

Minah Hensem said...

Selamat kembali. Masih ingat saya? Hahaha. Btw, Orked sangat ononononommmm!

cEro said...

Welcome back Hana.
Rerajinlah bercerita tentang si comel Orked Maryam dan pengalaman bertukar status dari single ke bini orang dan ke mak orang hehehe