Tidak ada yang lebih sempurna dari hari penuh kenangan di penghujung Maret yang basah. Menekuni dari satu toko ke toko, mencari buku-buku langka yang kita suka. Petangku menjadi sebuah sajak yang indah, kita berbagi senyuman di dalam tren yang melaju, dan keramaian menjadi pencemburu yang setia. Aku mendengar rintik-rintik hujan berbisik syair rindu persis nyanyian Shah Jehan kepada Mumtaznya. Bersama rangupan jagung bakar, kita berbasahan dalam hujan yang sepertinya tidak pernah mahu berhenti melagu. Untuk cinta, semoga tidak pernah sesekali mengucapkan kata jemu.
Flea Market - Red Bungalow.
- satu hari di 30 Maret.
5 comments:
"Aku mendengar rintik-rintik hujan berbisik syair rindu persis nyanyian Shah Jehan kepada Mumtaznya"
-SAYA SUKA MENGANGGAP INI SEBAGAI SEBUAH PROGRESSION.
serba lengkap bulan mac kamu,selamat berbahagia dalam dakap April.
selamat meraikan cinta.
Wah, sangat puistis walau hanya coretan kata sahaja.
P/S: Buku saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telahpun terbit. Jika berminat boleh pesan terus dengan saya. Sokongan kalian amat saya harpkan. Terima kasih.
Mendalam maksudnya
Post a Comment