Apa yang paling perit selain sebuah penantian yang panjang dan tidak berkesudahan? Ketidakpastian. Perihal cinta, kitalah yang paling dungu dan terkial-kial untuk mengerti rasa yang kadang-kala, tak tentu arah dan serba tak kena. Kerna cinta, emosi kita jadi terlalu murahan dan sering dimuntahkan melulu. Seperti cuaca yang sudah sering tidak mahu bersahabat baik dengan kita menyebabkan bumi kadang gering, dan kadang juga basah dilimpahi hujan.
Masa depan itu pasti, seperti mati. Tapi ketidakpastian itu tak lebih seperti kemarau yang panjang. Ia menanti dicurahkan hujan, barangkali ada esok, barangkali tiada. Untuk cinta yang gering, kita tak lebih seperti penunggu hujan yang setia.
4 comments:
dan ramai yang kecundang menanti.
Lengkap.
semua perkara yang aku tak pernah terfikir sebelum ini.
Selamat kembali dengan kata kata pujangga, Hana Ahmad.
Cinta dan perempuan adalah hal misteri yang keindahannya masih belum tentu pasti.
akhirnya, aku mengerti. cinta bukan sekadar lelaki dan perempuan. cinta juga bukan sekadar manusia dan manusia.
cinta adalah apabila kau menyedari akan kewujudan. kewujudan yang buat kau mendap ke dasar, kerna terapung tinggi cuma buat kau lupa diri.
dua kata untuk konflik cinta manusia tanpa kesudahan; pergi mampus.
rayakan hidup seadanya :)
Post a Comment