Aku pulang ke kota kelahiran hujung minggu lalu, dengan senyuman penuh dan bekalan rindu yang menggila. Ada dereten kereta memenuhi sepanjang lorong menuju ke rumah kecil keluarga, juga sebuah khemah yang kelihatan suram. Muncul di pintu, dikhabarkan jiran tua di sebelah rumah meninggal dunia, meninggalkan keluarganya yang menjadi peneman keluarga kami sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Aku renung wajah perempuan nombor satu, yang kedut-kedutnya tak setanding dengan kudratnya yang sudah berjasa tak terkira. Lorong perumahan kami tidak lagi seperti dulu, yang tinggal hanya warga-warga tua yang ditinggal anak muda ke kota.
Kini, aku merasakan sudah terlalu berusia bilamana pangkal nama sudah mula mesra disapa dengan panggilan 'kakak' oleh hampir sebilangan teman yang dikenali di luar. Malah, lebih menua pabila huluran salam kini lebih mendapat ciuman berbanding sendiri yang mencium. Kini aku terfikir, usia yang mengejar atau wajah yang menua?
p/s : semakin rasa janggal untuk menulis. nampaknya susunan kata-kata yang (mungkin) baik sudah tidak mahu bersahabat rapat.
4 comments:
janggal kerana tiada inspirasi baru. sy kadang juga rasa begitu. lantas menghasilkan hiatus yg panjang. makanya harus rajin lg explore bukuan yg lebih eksaiting.
@Ahmad Arba'in Ali, berikan contoh buku yang lebih eksaiting?
..tulisan yang masih menjadi kegemaran saya! :D
Senja
Post a Comment