Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, May 1, 2013

Tentang kecelakaan kecil.

Aku punya cara tersendiri meraikan kebahagiaan walau hanya dalam satu hari. Terperosok dalam jutaan manusia di pesta buku, membina perkampungan kecil di hadapan rak buku sehingga figura dilensa tanpa sedar, menghabiskan uwang untuk buku-buku yang kita suka, menikmati makanan enak-enak, larut dalam bacaan puisi dan nyanyian akustik daripada teman yang kita suka di tepi tasik, kemudiannya makan-makan lagi yang semuanya diiringi dengan tawa mesra tanpa silu. Sehingga awal pagi, wajahku masih koyak dilengkung senyuman bahagia yang tak berkesudahan.
Perempuan nombor satu dalam hati aku pernah titipkan pesanan kalau kegembiraan itu jangan terlalu seronok diraikan, kelak pasti akan ada kecelakaan yang mendekat. Dan kata-katanya itu ternyata benar. 
Seusai bangkit dari lena yang nyaman, kecelakaan mendekat bikin aku jadi manusia paling menyebalkan. Kereta kecil ditimpa kecelakaan, karung berisi dua helai kaos Jakarta, papan putih juga sebuah buku seorang teman hilang tanpa jejak.

Waktu itu aku hanya mahu menjerit; 'mendekatlah pelangi, larutlah dalam kesedihanku'.

16 comments:

reenapple said...

Itu semua keseimbangan kehidupan. Semuanya memerlukan keseimbangan. =)

ghost said...

mujur kecelakaan itu bukan pada diri, hana. jadi kebahagiaan tetap saja dilanjutkan. itu cuma mengurangkan sedikit dari senyum yang panjang.

asip محمد said...

selamat hari pekerja

Ahmad Arba'in Ali said...

sungguh aku cemburu dengan tiap ketawaan kamu, kerana kecelakaan kecil kamu itu makanan ruji aku.

AdinataGus said...

titi hidup itu seimbang duga dan nasib baiknya.

diode s said...

turut bersimpati, bertabahlah. kegembiraan itu kadang kadang tiada sederhananya.

ewanthology said...

bukan rezeki kamu. bersabarlah.

Rusa said...

ini isi2 hidup kita hana

PenjuruKosong said...

Kegembiraan sering kali berakhir dgn kekecewaan hingga aku kadang kadang rasakan malas untuk mencari kegembiraan - Jack, 2013

Azhar Ibrahim said...

Suka, suka; akhirnya duka :-(

Ah, serabut walau hanya memikirkannya.

Wadi AR said...

aku pun nak ucap selamat hari pekerja

Iman Zulhamad said...

hey you. yes you. my mom always said;

tiap suka itu kan ada duka. tapi tiap duka juga pasti ada suka. jadi bersabarlah. suka selepas duka kan lebih manis dripada suka sedia ada. ;)

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

mereka selalu berpesan...'jangan suka-suka sangat'. maklumlah kecik2 kalau dapat pergi pantai, memang macam boleh lupa daratan...ghehehe

iKhRam said...

kereta umpama kekasih hati yg perlu dijaga hati dan fizikalnya..
jikalau kereta sakit..
ia seseolah menyakitkan hatiku juga..

jika ia terluka
ia seseolah melukakan hatiku juga

apalagi ubatinya...

p/s - sederhana itu yg terbaik
tp saya rasa.. cara anda menghargai kebahagiaan amat menyeronokkan..

Unknown said...

baru nama hidup :)

Tinta Lana said...

Salam.

Satu2nya tempat yang buat ak rasa seolah2 ak punya dunia, tak lain, pesta buku. Aku cukup sukakannya. Dan salu juga, aku pergi sorang je kesana.

Ya, senior2 ak pun pernah berpesan, jangan terlalu gembira, sebab lawannya duka. Belajar bersederhana.