Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, May 7, 2013

Sehari selepasnya.

Tanpa sedar rupa-rupanya air mataku kian murah, malah hati semakin rapuh dan menjadi-jadi melankolisnya.   Perihal politikus yang kian menyebalkan, tentang Melayu yang menyedihkan, dan tentang masa lalu yang tidak pernah mahu sekali meninggalkan aku walau sudah berkali-kali aku menjauh. Ingin sekali rasanya aku hidup di pedalaman hutan, lari dari kekejaman dunia, juga dari mesin yang menggila, malah dari semua yang berantakan. Apa yang di pandangan mata, manusia di sekelilingku rupa-rupanya tidak bahagia. Aku kasihan melihat mereka, beruntung sekurang-kurangnya sukmaku tidak terlahir menjadi taksub akan hal-hal yang membebalkan. Hari ini yang ku temui hanyalah cebisan-cebisan kemanusiaan yang terlerai, tercarik-carik dek tahi politik yang bermaharajalela. Yang akhirnya akan hilang perlahan-lahan tanpa kita tahu betapa mahalnya ia nanti.

Semoga sejahtera sepupu kecilku, Zarin Asyraf.


7 comments:

Ahmad Arba'in Ali said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Arba'in Ali said...

aku kian bertanya jika segala disekelilingku cuma wajah sugul yang bertebaran air mata, di mana mereka-mereka yang menjilat mazi majoriti dengan gembira sehari sebelumnya?

the malay male said...

x boleh lari... perlu kita hadapinya.

Aween Md Zahir said...

Takut kalau-kalau ada yg berontak tahap melampau nnt. Macam mana dengan masa depan? Tercapaikah Wawasan 2020 itu? *seram*

ctpayong said...

aman itu anegerah Allah....dan bersatu itu perlu.

Tinta Lana said...

Betul kata delarocha.

Tak boleh lari. Inilah kenyataan yang berlaku skrg ni. Kena tetap menghadapi.

APi said...

Pabila emosi dan akal tidak tele, maka manusia itu hanyalah seperti tahi.

Sejahteralah hendaknya kita.