Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, July 15, 2012

Lelaki masa lalu.



“Nanti kalau aku tidak punya siapa dan kau juga masih bersendiri,
aku akan pastikan kita kembali bersama,”

Lelaki itu membicarakan akan sesuatu yang aku kira ibarat sumpah yang diangkatkan melebihi janji yang harus ditunaikan. Aku mengenalinya sepuluh tahun yang lalu pada relung usia yang masih belia dan tersia. Akrabnya aku dengannya dahulu sama seperti homosapeins lain yang hatinya penuh dibajai bunga bahagia. Terhakikat, aku dan dia terpisah atas rencana yang Tuhan adakan. Jawapan klise, keserasian itu disalahkan secara total.
Dalam dua purnama kebelakangan ini, aku ditemukan semula dengan lelaki berwajah manis itu pada satu acara keramaian. Kami bertemu dalam keadaan tersipu yang pastinya ia lebih pada aku. Oleh kerana kekok yang menjalar, kami tidak berbual lama melainkan menyatupadukan senyuman seperti dahulu. Langsung aku dengannya terpisah sekali lagi sebelum malam kemaren aku menerima satu pelawaan ringkas darinya melalui sel selular.


“Mari kita ketemu?” 

26 comments:

pemuzik jalanan said...

Hai pakwe lama, hana ahmad masih single.

Eh, mungkin dia kembali untuk kedua kali, bakal ragut hati, terus dirisik jadi isteri.

Aminnnnn!

Eh..eh..

aiEz said...

dan kenangan lalu terkenang kembali,penyatuan dua hati...adakah ada sinar kembali?...

APi said...

benih dah ditanam?
nak siram dan tabur baja ni..

shandye. said...

terus dibalas dengan apa?

cimöt said...

ohhhh aku dpt rasakan awkward nya rasa pertemuan semula tu...

senyum saja laaaa kan.. feel better..

pepol said...

cewahhh...hehehehe

Ariff Masrom said...

Amboi... hahaha. Pelangi muncul selepas hujan. Mungkin ini pelanginya? :D

zuhaida said...

mungkin dia mahu menyambung apa yang dah terhenti dulu :)

Anonymous said...

peh peh peh.

nasik minyak dan paluan kompang gabungan yang sempurna.

izara.

a n said...

wah2..bunga-bunga yang manis sedang hias konstruksi hatimu hana..hehe..

moga kamu berbahgia:)

ghost said...

cukup lah tuh dengan paduan senyuman. begitu pun dah mampu mencaeritakan sebahagian yang lain.

Elie Lily said...

sudah diajak ketemu, apa jawaban diberi? Mahu tahu dong!! :D

ewanthology said...

kembali berbunga bunga

blog-tips-kurus said...

tak ajak kita jadi mahram ke? hihi!

pembaris said...

jangan jadi seperti saya

Telor Power said...

kembali berputik ye

si ngokngek said...

pada aku tanya hati dulu,sanggup ke beri peluang kedua..

Mia said...

waaa . pasti bibir kau koyak dek senyuman :)

Pan. said...

pasti mahu ketemu.olala

Jiwa Perempuan Gila said...

waaah . mungkin ia mahu kembali berbunga ^^,

MalizaMah said...

Seringkali leeza menyalin baris ayat di entri ini dan paste di status fb serta dilinkkan ke blog ini. suka dgn bait ayat yg bisa buat mereka semua tertanya.

SYARIFF HAIKAL said...

mungkin dia rindu senyuman itu.dia mengajak ketemu jadi hana ahmad pergi ketemu ke idak ni?.ce jawab

Amalina said...

suka!!!

~Sal Ismail~ said...

sweet gitu~ ;)

Päk Läng said...

perkara paling tak best adalah kenduri kahwin yang dibuat pada musim cuti sekolah tanpa mengambil pusing perihal penjawat awam atau kakitangan swasta yang lain selain cikgu. mereka ini juga punya hak untuk hadir makan nasi kenduri, janganlah nafikan hak mereka...jadi, saya mohon kalau ketua kultus hana nak langsungkan kenduri kahwin, sila buat pada hari cuti hujung minggu ya...sekian :)

~Kenanga Suchi~ said...

moga yg terbaik saja di jalanmu. :)