Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, April 9, 2012

Wanita besi yang degil.

Aku memandang wajah tua itu dalam-dalam beserta seribu satu perasaan yang sedang menusuk-nusuk di pangkal hati. Wajah itu sedikit kusam dan urat-urat keringat yang entah berapa tahun dikerahkan menimbul meriah. Diiringi seseorang yang masih sempurna, si tua yang sudah tempang hidupnya dek kehilangan deria penglihatan itu meniti setiap pelosok lorong-lorong gerai usang di kota penuh berdebu ini. Hati aku mulai basah diseliputi rasa sayu. Aku memandang lirih pada wajah usang itu dan ketika mereka mendekati, terpegun lantas memberikan apa yang mereka minta sambil menolak huluran paket tisu yang menjadi barang dagangan mereka sehari-hari. Mereka pergi seusai selesai meniti setiap lorong tanpa lelah. Dan pandangan aku masih kekal pegun tanpa kalihan. Ada rasa yang menjalar perlahan-lahan.

Teringat seseorang yang jauh nun di desa sana. Di usia 55 ini dia masih tidak lelah mengerah keringat bekerja. Sudah aku katakan, nikmati usia tuanya itu dengan bermalas-malasan di rumah kerna kami tiga anaknya ini sudah mampu untuk menyara segala. Tapi, dia masih berdegil. Alasannya, dia tidak betah berdiam diri di rumah. Seumur hidupnya sudah biasa terisi dengan kerjaan yang menggila. Dan itu buatnya bahagia, dan aku hanya mampu menahan rasa. Dari situ, aku mulai faham. Aku mewarisinya yang menggilai kerja, yang membenci masa dihabiskan dengan sesuatu yang kosong tanpa isi.

Dan di hari 9 April ini, di hari ulang tahun juara nombor satu hati aku ini, aku berharap agar dia dapat membuang degilnya itu untuk terus-terusan memerah keringat. Aku mahu sisa hidupnya dapat dilunaskan dengan berbahagia tanpa sebarang peluh, aku mahu dia menggoyang kaki di kerusi malas menghadam bahan bacaan kegemarannya selain menghadiri kelas ugama tanpa curi-curi masa yang sering dia kejarkan seusai pulang bekerja. Saat ini, aku hanya mahu dia berbuat begitu agar kesihatannya dapat terpelihara. Cukup.

Untuk wanita besi yang disayangi dan dikagumi hingga hujung hayat, 
selamat ulang tahun Puan Salasiah Jali.

30 comments:

pembaris said...

selalulah berhubung..

syafiqa said...

selamat hari jadi kpd wanita besi.
terus kuat dengan kehidupan.

Lan Bingka said...

terlalu bermalasan pun tak boleh, badan akan jadi lemah..

monologtinism said...

doalah untuk kebahagiaannya hari-hari ! :)

ghost said...

selamat hari ulangtahun untuk ibu kamu, hana. :)

SYARIFF HAIKAL said...

moga dia selalu sihat...buat kan dia bahagia..sampai sekarang jika kelihatan perempuan penjual tisu mahupun kerepek..aku hiba.

eLL said...

selamat ulang tahun kelahiran wanita no.1 hana.
jaga kesihatan jaga diri *juga utk kamu hana

HanisLazimAndTheShaklee said...

God bless her ;)

Misya Mialen said...

hana, slmt ulang tahun utk Pn. Salasiah Jali. Ibu hana eh? moga dia selalu pnjg umur, murah rezeki dan hidup sllu diberkati. emak sy macam ni lah juga, tak reti duduk di rumah, nak juga mencangkul di luar. tanam itu ini. dia tahan dgn hujan panas. sygnya, saya pula yg lansung x thn. baru sekejap, dah migrain kena panas, dah demam kena hujan. mereka memang wanita besi;) iron lady;)

Liyana Zahim said...

Pengorbanan tu hati.. Hati yg tegar.. Tegar kerana kasih.. Kasih kepada tersayang..

ewanthology said...

mungkin dia akan terus memerah keringat, kerana itu mungkin rahsia kepada kesihatannya.

Wadi AR said...

happy birthday mama

APi said...

selamat hari lahir makcik a.k.a mak Hana.. =)

Unknown said...

Selamat hari lahir Puan Salasiah Jali.

Hana Ahmad, mak kau awesome.

Entahlah, mungkin kerja-kerja itu yang buat dia gembira.

Elie Lily said...

selamat ulang tahun Puan Salasiah Jali! untung ada mak sehebat itu! ;)

hani said...

oh..sangat manis. mana gambo beliau? hehe..

MalizaMah said...

Happy Birthday mama besi.... hehehehehe

Unknown said...

Selamat ulang tahun buat ur mom hana :)

Fyqa said...

happy belated b'day for ur mom.

(:

Telor Power said...

happy besday for ur mom

semoga panjang umur,dimurahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, diberi kebahgiaan,dan sentiasa dibawah rahmat ALLA SWT.


Amin. lambat jengah sini pasal bz sgt kebelakangan ini

~Sal Ismail~ said...

mak aku juga begitu..sudah di usia 63..tp masih kuat bekerja berkebun segala..dia cuma x dpt berhenti..sbb ianya sudah sebati~ tp kita sbg anak, sgt berharap mereka cuma berehat2 senang hati,kan..~ =)

selamat ulangtahun kelahiran buat ibumu,Hana~ ^^

cimöt said...

waaaahhh..selamat ulang tahun juga diucapkan!!

The Fakhirin said...

fuhhhh...ayat yg penuh puitis...hebat tulisan anda.

ஜ miss klanika ஜ said...

tabik spring ke wanita besi kamu . dialah yg terbaik ~~~

intan.maisarah said...

selamat hari jadi buat ibu cik hana
moga dipanjangkan usia

dan buat cik hana
semoga terus menerus gagah gigih senyum
dalam mengharungi kehidupan

Juliet_iRa~" said...

selamat hari ulang taun buat ibu hana...:)

semoga ibu sentiasa sihat dan gembira selalu di kampung..hee

pss : dpt jg jmpa hana ms teman k.sal aritu ;p

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ibu kamu ya?
selamat ulang tahun buat dia.moga panjang usia,murah rezeki dan hidupnya di berkati ALLAH sepanjang hayat...ameen

Ermizi Muhamad said...

Kirimkan salamku ini pada Puan Salasiah Jali. Teruskan menjadi perempuan besi :)

Ermizi Muhamad said...

Kirimkan salamku ini pada Puan Salasiah Jali. Teruskan menjadi perempuan besi :)

hanaahmad said...

terima kasih atas doa kalian semua! semoga Tuhan merahmati! :)