Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, December 5, 2011

Dia tidak lupa.


Dia, orangnya bertubuh gempal. Rambutnya pendek langsung tidak cecah bahu. Matanya bundar, kulitnya kusam menggambarkan betapa hidupnya sedang bergelumang dengan kerahan keringat yang berpanjangan. Aku memerhatikannya tanpa silu. Sebenarnya lebih pada pandangan yang bawa fikiran aku menerawang memikir seribu satu macam. Aku senyum, dan dia senyum kembali. Terleka dek kesempatan yang sedang aku lalui, dengan lekas aku menyegerakan kerja yang tertangguh tadi. Dia juga kelihatan sedang mahu melakukan tanggungjawab yang sama seperti aku. Berdiri di sebelah dan aku meneruskan apa yang seharusnya disegerakan. Selesai tanggungjawab, aku berteleku seminit dua sementara menanti dia di sebelah yang masih kusyuk mengadap Tuhan yang satu. Dia selesai. Aku melipat kain putih yang disarung tadi. Tingkahnya masih tak lepas dari pandangan. Dia menyisir rambut pendeknya kemas-kemas dan mula bergerak keluar cepat-cepat. Rambut pendeknya bogel tanpa sebarang hijab. Aku tidak punya kesempatan untuk beramah tamah. Dia seakan-akan mengejar masa dan mata aku hanya sempat menangkap aksara NANDOS di bajunya. Tidak mengapa. Aku senyum dan otak ligat memutar kisah lepas. Aku titipkan doa agar dia sentiasa dirahmati Tuhan. Sepertimana dia yang tidak lupakan tanggungjawab yang satu itu, seperti itu jugalah aku berharap dia dapat melindungi rambut cantiknya itu. 

Dia, mengingatkan aku tentang sesuatu. Tentang manusia sinis yang lagaknya suci tapi hatinya sering serong pada mereka-mereka yang keliru identiti. Kurang-kurangnya, dia ingat tanggungjawab. Dia juga manusia yang punya Tuhan. Kamu? 

Aku juga sebenarnya sering kandas akan tanggungjawab, tapi kali ini aku benar-benar terkesan dek dia yang aku selisih secara kebetulan. Mereka minoriti tapi tidak lupa. Doakan baik-baik bukan menyerongkan fikiran dengan hal yang tidak-tidak selagi hidup masih tidak terganggu dek kekeliruan yang mereka alami. Moga dibukakan segala pintu hati.

29 comments:

asip محمد said...

aku suka rambut perempuan mcm emma roberts.. comel.. :)

APi said...

ya, aku terkesan dengan entry ni..
doa ku untuk perempuan itu agar terus mendapat rahmat Tuhan dan menutup kepala..

Haikal Blank said...

nak mengubah kebiasaan itu sangat2 sukar.
moga2 hidayah itu hadir pada dia dan kita semua.

ღKekunangpelangiღ said...

Tanggungjawab itu pelbagai. Kadang ada yang sedar dengan tak sedar. Sama-sama mainkan peranan. Kan? :)

HEROICzero said...

ini subjek yang sangat sukar , tapi menarik untuk dibahas . cuma nya bahas dengan niat bukan untuk menang , tapi mencari apa yang lebih baik .

=)
dan aku , di antara .

Faizal Sulaiman said...

hati suci susah nak cari.

bilalah aku akan berjumpa?wuwuwuwu

~Sal Ismail~ said...

tomboykah? aku hanya punya satu kwn rapat yg ala2 lelaki..bukan Islam..tp aku kagum bila dia byk tau tentang Islam..~

~Yah, moga dibukakan segala pintu hati~

eLL said...

ya, aku terkesan. aku bertudung tapi selalu lalai dengan solat.

bujal X said...

orang sakit pun boleh larat semayang ye tak? he~~

ORLANDO AHMAD said...

jangan lupe Tuhan

lama dah gua tak kesini, sory hana hehe

Akulah Pak Lan said...

memakai tudung bukan satu satu kemestian


menuup aurat itu wajib.

dill said...

kita doakan dia.

dill.

dayah said...

Pekerja NANDOS..ke?

semua org ada tanggungjwb masing-masing...doakan ak dpt job. amin

ghost said...

dia pun seperti kita berdoa semoga dibukakan dan dirahmatkan tokei tempat dia bekerja untuk memberi kelonggaran kepada dia.buat masa sekarang dia cuma ikut apa yang digariskan.yang lain dia serahkan pada hukum Tuhan.

semutsengal said...

Dia by FAUZIAH LATIFF.

Rafi Harumin said...

Membaca karangan ini...

Bidadari Syurga said...

maaf hana... aku hanya mampu membaca... tanpa mahu komen apa... semoga yg baik2 sahaja buat kamu dan juga dia....

abang bro EL said...

apa pasal aku terlambat komen...tudung tu tak mau kasi tengok apa yang kita tak sepatutnya tengok....

tieykah said...

kita sang manusia kadang kala punyai kelemahan yang dikaburkan dengan lagak alim dan suci

namun berdoa agar kita bukan dalam golongan itu

afzalsukasuki said...

aku harapkan rambut dia tak termasuk dalam rencah ayam nando tersebut..

Pondok Usang said...

suratan atau kebetulan..

pemuzik jalanan said...

Saya pernah jumpa org yang pakai seksi kak, seksi betul. Tapi solat...

Tu semua antara dia dgn tuhan kak. Kita takda hak kan hee.

AmusingOcean said...

visit me

BonekadalamChermin said...

jgn mudah prejudis soal ini

kisah seorg pelacur yg beri anjing minum dan diampunkan dosanya itu sudah cukup terkesan buat aku




biar Tuhan yg menghukum

:)

noraauliyya said...

semoga hati dia terbuka untuk berhijab ! Amin.

beautiful_rose said...

ingatan buat aku juga...moga akan jd lebih baik lagi.

AA said...

fuh tertusuk,menusuk. --" semoga dia terbuka pintu hatinya untuk berhijab :D . kira baguslah, dia tetap ingat tuhan :)alhamdulillah

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semoga terbuka hatinya.

hanaahmad said...

asip : comel kan.aku pun suka.

APi : ameen. ;)

haikalblank : moga-moga.

Epol : manusia, memang perlu sentiasa ingat tanggungjawab.

HEROICzero : ya, yang lebih baik.

FaizalSulaiman : satu hari nanti pasti ada. jangan kerisauan. ;)

SaL IjOu : yup tomboi. selalunya begitu kan.

eLL : itu yang sebenarnya aku nak sampaikan.

bujal X : tiada halangan selagi kita mampu kan.

ORLANDO AHMAD : takpe laling. faham. ;)

PakLan : solat itu wajib dan tanggungjawab.

dill : ameen.

dayah : yup pekerja nandos dan tomboi. ameen.

ghost writer : dia cuma manusia biasa yang tak lupa tanggungjawab. tapi ada yang sinis disebabkan perlakuan 'lelaki' dia tu.

semut sengal : memang sengal!haha.

asharafi : silakan. ;)

Bidadari syurga : ya. ameen.

EL MARIACHI : tudung tu menutup mahkota sebaiknya.

tieykah : banyak yang macam tu. tertutup dek hijab yang dipakai.

afzalsukasuki : haha. rambut dia pendek je pun.

Pondok Usang : er?

pemuzik jalanan : yup. tiada hak. cumanya ada yang bertudung tapi masih perlekehkan yang lain.

Amusing Ocean : baik.

BonekadalamChermin : ya, dan persoalannya aku hanya bercerita hal sebaliknya tentang mereka yang berhijab tapi lupa tanggungjawab.

noraauliya : ameen.

beautiful_rose : ameen. ;)

MS : ya, dia masih tidak lupa.

choki : moga-moga. ameen.