Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, November 9, 2011

Teruskan senyumanmu itu sayang.

Sebenar-benarnya, rasa pedih yang sering aku kongsikan sebelum-sebelum ini tidaklah terlalu memeritkan. Hidup. Inilah kehidupannya di mana manusia belajar tentang banyak hal, tentang segala kejadian yang akar dan pangkalnya hilang serta patah sebelum berganti dengan hal yang lainnya. Yakinnya, aku juga masih punya ruang untuk menggaris sebuah senyuman untuk setiap hari-hari yang aku lewati. Yakinnya juga, terbitnya senyuman itu bukan hanya dari wujudnya si dia yang sudah hilang, tapi wujudnya juga boleh jadi tanpa sebab. Aku masih punya orang-orang sekeliling yang sentiasa membahagiakan dan aku tidak pernah sunyi walau hakikatnya ada yang masih belum jelas akan hal itu. Dan untuk mereka-mereka yang punya masalah hati, hidup biar terus dan senyum sungguh-sungguh untuk segala kejadian yang jatuh atas diri kamu kawan. Bersyukurlah jika kita teruji olehNya, kerna kita itu orang-orang terpilih. Ada lagi yang kuat teruji lebih dari apa yang kita rasakan.

48 comments:

Waqheh said...

hidup ini 1 perjalanan perasaan yg amat sukar.....

Wadi AR said...

kau ade tuhan dan aku kak. kau ade ramai lagi dibelakang kau :)

charissa said...

Nice Kaka... :)

Lanjutkan.. :D

Arai Lekir said...

teruskan bersenyum-senyum

~Kenanga Suchi~ said...

ayuh kita langkah hana~
aku dan kamu. masih bisa tersenyum. seikhlas mungkin biar sendirian~

HEROICzero said...

kita diuji dengan kemampuan kita kan ? dan sebab itu saja utk buat kita layak tersenyum . manusia punya bagian masing2 . dan nikmati sebaiknya bagian kamu , kerana tiada yang punya rasa seperti kamu .

mungkin terlalu optimis ? seharus nya memang begitu . =)

dill said...

my du'a is always with you, hana :)

dill.

cik ciput said...

ya, kerana dengan senyuman, hilang segala rasa duka, ringan segala beban..

aku harap kau terus bertabah ya cik hana =)

eLL said...

senyumlah. hidup kamu akan lebih tenang

semutsengal said...

dtglah sayang. Dan biar aku tersenyum.


LALALALALAALa

Akulah Pak Lan said...

sedih dah pedih tuh dah jadi mainan dalam hidup aku. tapi tuh tak bermaksud aku kalah.

Daddylicious said...

Setiap dari kita bakal diuji dengan semudah2 dan sesukar2nya cuma adakah kita benar2 redha dgn ujian yang diberikan...kita tawakkal dan berserah itu sahaja yg membuatkan kita cekal dan kekal.

Anonymous said...

gembira dalam sedih
kau pasti tahu bagaimana rasanya bukan ?
:)

sue perbs.. said...

Allah menguji hamba-hambanya mengikut kemampuan mrk

pemuzik jalanan said...

Im here for you kakak! Puaka puaka saya masih ada hati perut. Nak bahu? Nah. Selalu ada.

beautiful_rose said...

hidup ini cabaran dan ujian untuk menuju ke kebahagiaan yang berkekalan.....

dayah said...

senyum selalu sayang..

Muhibbuddin said...

Senyum ketika duka itu lagi bermakna.

Muhibbuddin said...

Senyum ketika duka itu lagi bermakna.

ghost said...

hidup ini berjalan dengan penuh misterinya kan..

dalam misterinya,kita orang-orang yang ingin mengetahuinya.

senyum bisa rawat.

Bidadari Syurga said...

tapi wujudnya juga boleh jadi tanpa sebab...

ps: saya pandang itu satu ruang yg paling sukar nak kikis.... even still have bff or bf still tak sama... sekurangnya aku tahu kalau tanak sakit.. so forward faster...

syahirooAhmad said...

aku terkedu. tak tahu nak kata ape.. button like pls! hehe i like!!!!

cEro said...

selalu ingat, jatuh bangun kita manusia itu ada hikmahnya..
anggap segalanya adalah pengalaman yang mematangkan pemikiran..

Blogger said...

:)

Unknown said...

teruskan bsenyum (:

Niena Muhammad said...

teruskan... :D

APi said...

syukur dengan apa yang didugakan..
terus tersenyum dengan apa jua ujian..
kita akan lebih merasakan..
suatu nikmat Tuhan kurniakan..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

teruskan perjalanan biar pun ianya sukar.moga adanya yang baik baik untuk kamu nanti...

=)

ewanthology said...

senyum boleh jadi ubat kepada kesengsaraan... maka jangan lupa untuk senyum.

Ermizi Muhamad said...

Aku selalu berfikir, aku lah yang paling susah menerima segala macam dugaan yang datang padaku. Tapi aku silap. Bila aku keluar dari tanggapan itu, baru aku tahu masih ramai yang lebih derita dari apa yang aku alami.

Bersykurlah ;)

cik jannah said...

hidup ini adalah pentas lakonan kita sendiri.

hana, siyes suka baca entri hana. simple.!

Mehmed - said...

tuhan itu pengasih..diberi masa untuk kita berfikir kan Dia,berterima kasihlah kerana kau masih disayangi dan dilihat tuhan...wah! Ahaks!

tieykah said...

kemuraman itu bakal tertimbus jika kita yakin Dia mengutuskan yang terbaik

Rindu kamu sayang:)

Pondok Usang said...

senyum itu sodoqah...

Eyka said...

senyum tak perlu kata apa apa..senyum :)

Amar Alis said...

senyum, jangan sengih. nanti orang salah sangka.

ORLANDO AHMAD said...

senyum tu ubat

noraauliyya said...

smile always..

pembaris said...

aku ada seorang kawan.kalau aku berpillow talk dengan dia,cerita sedih aku, dia cerita balik kisah dia.versi lebih sedih.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

teruskan senyuman! senyum mampu menghilangkan rasa gundah gulana.. =)

Nurul Ashikin said...

i tengah senyum ni dear

blog-tips-kurus said...

tak update ke dear? hehe!

blog 1 lagi tu tak boleh buka le..;)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

senyum lah selalu :)

stalker hebat ! said...

kita adalah insan terpilih bukan.

ctk said...

tanpa sedih, kita xkenal erti gembira :)

senyumlah senyumlah ahai cek mek mOlek. eh termasuk lgu m.daud kilau..haha

hanaahmad said...

Waqheh : mudah jika kita tahu caranya.

Wadi AR : ya, terima kasih untuk itu adik. :)

charissa : terima kasih. pasti. :)

Arai Lekir : teruskan bersedekah. :)

Kenanga Suchi : ayuh! :_

HEROICzero : ya, itulah kehidupan namanya. dan kerna itu, aku masih teguh menaip di sini.

dill : ya, untuk kau juga dill, terima kasih untuk itu. :)

cik ciput : ya, aku sedang bertabah.

eLL : moga-moga

semutsengal : lagu sheila on se7en. aku suka tu. :)

Pak Lan : kau kan hero. :)

Daddylicious : ya, itulah yang seharusnya dilakukan.

sis92 : sudah biasa merasainya.

sue perbs : ya, itu yang kita tak tahu

hanaahmad said...

pemuzik jalanan : memanglah awak masih ada hati dan perut. siap bahu lagi awak ada. hehe. terima kasih sayang! :)

beautiful rose : ya, moga aku kuat hadapinya.

dayah : :)

Muhibbuddin : mungkin lebih memberi kesan.

ghost writer : ya, sangat teringin mengetahuinya. rindu kau Phan! :)

Bidadari Syurga : hidup mesti terus walau apa pun terjadi.

syahirooAhmad : jangan kata tapi sila taip. hehe. :)

cEro : ya, ada hikmahnya. Tuhan beri yang terbaik untuk kita-kita.

Benrauf : :)

Fara E's : senyum, tak perlu kata apa-apa.

Niena : ya, sedang ni. :)

APi : segala yang Allah berikan ini semunya nikmat. syukur.

Pembunuh Tanpa Bayang : ya, moga-moga insyaAllah.

hanaahmad said...

delarocha : aku sentiasa bersenyum untuk segala kehidupan yang aku ada.

Muhd Aizie : ya, bersyukurlah dik. kita tidak keseorangan kerna ada yang lebih teruji.

Cik Jannah : kita sememangnya pelakon yang mencorakkan pementasan hidup sendiri. terima kasih! :)

Mehmed : ya, Tuhan itu pemilik segala-galanya. aku syukur untuk itu.

tieykah : hey! rindu wey, rindu!

Pondok Usang : nah, senyum manis untuk kamu. :)

Eyka : hey, cantik luar, cantik dalam, mari kita bersenyum-senyum. :)

Amar Alis : haha, sengih pun comela apa?

MR. ORLANDO AHMAD : ubat segala jenis penyakit..

noraauliyya : senyum sampai tak tua-tua sebab aweks muda.

pembaris : selalunya begitu dan aku yakin ada yang lebih terkesan dari kita.

NURUL ASHIKIN : bagus! moga Tuhan merahmati kamu. :)

blog-tips-kurus : sudah update! tak boleh buka? kenapa ye? :)

choki : sering dan selalu. :)

stalker hebat! : setiap dari kita sentiasa terpilih, cuma kita tidak menyedarinya.

ctk : haha, sedap lagu tu. :)