Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, July 21, 2011

Kenapa Loken?

Malu, tidak bermakna aku lupa.

Walau tidak mengingati nama, namun sekurang-kurangnya wajah keriangan sewaktu anak kecil tidak mungkin aku lupa. Berbalik pada entry yang lepas, aku bukanlah orang mudah lupa pada rakan lama, cumanya aku seorang yang sangat malu untuk memulakan sebuah teguran namun masih tidak lokek dengan senyuman. Ya, seperti yang aku katakan, aku hanya tidak fokus dengan orang sekeliling. Itu sahaja. Dan, hanya Cik Jelina Jolie yang memahami bahwa aku bukanlah si mata keranjang melainkan pada tengah hari Jumaat, semangat datang lain macam sedikit. Ha-ha.

DSC_0945

Apa itu Loken?

Pulang ke Ipoh, lokasi wajib yang menjadi kegilaan aku adalah; Kedai Buku Novelhut, Gerbang Malam dan Loken.

Kedai Buku Novelhut; sebuah kedai yang menjual dan membeli bahan-bahan bacaan terpakai sama ada baru atau lama. Aku mulai jatuh cinta dengannya sejak di bangku sekolah di mana di sinilah aku mencari buku-buku rujukan dengan harga yang murah di samping mendapatkan segala bahan bacaan yang menarik. Lokasinya terletak di tingkat tiga Ipoh Parade sederet dengan kedai Ruffey. Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Gerbang Malam; sebatang jalan yang menjual pelbagai barangan tidak tulen, tetapi masih ada juga barangan tulen. Jika di Kuala Lumpur, Gerbang Malam ini sama sahaja seperti Uptown dan Downtown. Lokasinya betul-betul di belakang Taman Kanak-kanak, berdekatan Kamdar Ipoh, BSN dan betul-betul di tengah bandar Ipoh. Ia dibuka setiap malam.

Loken atau boleh juga dieja Lokeng; ini adalah syurga barangan antik! Di sini terdapatnya barangan lama yang bakal mengujakan si fanatik vintage. Selain antik, ia juga merupakan lambakan barangan terpakai yang dari sekecil-kecil kuman sehingga sebesar manusia. Piring hitam, basikal lama, seterika antik, kamera lama dan segala macam benda yang lama. Lokasinya di belakang The Store Ipoh (Ocean lama), dan aku sendiri susah nak hafal nama jalan di sana. Yang pasti berdekatan Kompleks Yik Foong. Orang tempatan lebih mengenalinya sebagai Loken, orang luar mungkin memanggilnya Memory Lane.

Kenapa Loken?

Memang sengaja ditajukkan di entry lepas kerana di sini juga aku mendapat kiriman pesanan ringkas dari rakan lama menegur perihal sifat burukku yang satu itu. Loken bukanlah bahasa tinggi atau bombastik ya kawan, maaf atas kekeliruan.

DSC_0940Entry ini lari dari kebiasaan. Aku hilang punca sejak kebelakangan ini. Hidup kusam walau sudah bercuti indah minggu lalu. Jangan tanya kenapa. Semoga kamu jalani hidup dengan indah!

24 comments:

h a i z am said...

mcm2 name jugak loken ni.
1. Pasar Karat
2. Lok King
3. Memory Lane.

ap pun, unik & tersendiri ;)

hanaahmad said...

haizam : yeah! betul2. baru tau dipanggil pasar karat. haha

dayah said...

oh... hana. xpenah pegi lokeng', apapun kau mmg teror kot kalau tulis entry ;)

ghost said...

selama setahun di ipoh belum pernah aku ke Loken.siyes.aku sendiri tak tahu kat mana.so,mungkin lepas nih aku boleh pegi sana.

aku pernah jual buku & majalah aku kat Novelhut hanya untuk dapatkan modal membeli novel baru..hihi

HfztnBasri said...

yeah! memang tempat2 wajib kalau balik ipoh :)

hanaahmad said...

dayah : marilah ke Ipoh boleh pergi Lokeng. thnx dayah!

gw : aku pun selalu buat begitu. jomla turun Ipoh. :)

chentapelangi : kan. :)

Unknown said...

dh lama x gi ipoh..camera lama mesti ad kn?hehe

shandye. said...

kira mcm uptown la ni eh?

ORLANDO AHMAD said...

Yik fong memang legend kat ipoh, macam kat tanjung malim yang terkenal ngan pau yik mun, dan slim river ngan kedai Luntoi...hahhaha

p/s: Yong ni oghang silver state ghopernyer ehehheeh

semutsengal said...

oh,

baru aku tau.


kau mesti gila vintage kan..


AHAHHAHAHAHAHAHA

Anonymous said...

downtown dengan uptown pon aku x sampai lagik O_o

tieykah said...

Ti nk try pegi loken la

:)

Akulah Pak Lan said...

aku nak tanya lain dari pada orang lain sebab aku lebih tertumpu pada perenggan pertama..

kenapa ko sgt eksited pada tgh hari jumaat? kah kah kah...

ni mesti jenis geram tgk laki pakai kain pelikat..

touya said...

Gerbang Malam tempat best untuk melepak dan beli baju ... confirm !

cEro said...

walaupun malu itu perlu, tapi kadang2 ianya mungkin memakan diri...
kau tahu kan, kerana kau pernah mengalaminya...

APi said...

bila nak bawak pi loken ni?

*peminat barang antik.. =)

ewanthology said...

minat barang lama?

sgt klasik taste kamu yaaa :-)

A retarded kitty said...

Aku jarang turun Ipoh, novelhut ni baru aku tau wujud di alam nyata.

Haha.

dari: budak kajang yang cuma pergi Ipoh masa hari raya

intan.maisarah said...

haha.
minat kita serupa la

melainkan gerbang malam

agak susah sikit nk ke sana malam malam
loken sangat best
macam macam barang boleh jumpa



dan novelhut..
oldtime fav place for me to hangout

boleh habiskan masa berjam jam disana.

buku boleh dapat harga serendah RM 2.

hihi.

Padin said...

hahahahahana ahmad, tiga3 tempat tu aku pernah masuk, tapi selalu gi gerbang malam je kalau balik perak hee

hanaahmad said...

akmal : camera lama banyak! tapi tak boleh pakai byk. hehe.

shandye : mcm tulah! hehe.

orlando ahmad : yik foong the best! hehe. iyer..yong orang peghok. ekeke.

anip : xdela gila sangat. suka tengok jeh. :)

kapten atok : kau biar betul? budak baik kau ni tak kuar malam. haha.

tieykah : sila-sila. besh tau! :)

paklan : lelaki yang memakai itu sexy. dan zaman sekarang ni sangat susah nak tengok lelaki pakai kain pelikat. aku nengok ramai yang lebih suka boxer. ekeke.

hanaahmad said...

touya : tapi skg dah mcm tak besh sket. hehe. bulan puasa nnt meriah sket kot.

cEro : yup betul tu. kau sangat memahami. :)

api : jom! hehe.

delarocha : saya memang sangat klasik orangnya. haha.

retarded : parents kau orang Ipoh?

intan maisarah : buku 50sen pun boleh dapat. hehe.

padin : bila kau balik Perak ni?

~Kenanga Suchi~ said...

aku juga berjalan tida fokus sekeliling... minda sering melayang entah ke mana... mmg selalu aku lepas pandang org yg tersenyum arahku~

Bie'z said...

salam hana

hohoho udah lama aku x melawat tapak rumah ko yg osem ni! selamat berpuasa