Sahabat itu orang yang paling dekat dengan hati selain keluarga kita sendiri.
Aku pernah hampir bersumpah tidak mahu punya kenalan rapat selepas dikhianati kawan baik sendiri 7 tahun yang lepas. Selepas berlaku pengkhianatan itu, aku orang yang paling berhati-hati untuk berkongsi rasa hati dengan mereka-mereka yang bernama sahabat. Aku belum punya kekuatan untuk memuntah segala apa yang aku rasa secara penuh. Segalanya lebih secara rawak dan penuh hati-hati. Sehingga kini pun, aku orang yang paling menyesal jika setiap kali terjadinya satu persahabatan yang akrab, ia akhirnya layu dan langsung tidak membawa makna. Aku punya definasi tersendiri perihal rakan, kawan, sahabat, kenalan dan teman rapat. Masing-masing aku kelompokkan dalam satu hal yang berbeda. Yang pastinya mereka-mereka di sekeliling aku pun belum tentu aku yakin mereka-mereka ini orang yang boleh dipercayai. Pernah sekali, aku luahkan rasa tentang masalah yang melanda diriku, namun rakan itu yang awalnya aku yakin dia mampu menjadi kawan sejati selamanya, hanya mampu mendengar sambil lewa dan langsung tidak pernah ingin mengambil tahu perihal diriku. Sedangkan, segala kisah hidupnya sudah bernanah telinga ini ku tadahkan. Heh, sedap saja dirinya bukan. Ketahuilah, hukum bersahabat perlu ada memberi dan menerima. Seperti juga orang berpacaran bukan? Jadi, setelah segala pengkhianatan yang berlaku ditambah sikap kenalan ini, agaknya apa yang orang akan harapkan dalam tali persahabatan dengan aku?
Mungkin aku dilihat menyedihkan kerana mahukan setiap perhatian dari orang bergelar sahabat. Namun, ketahuilah bahaw, bukan semua mereka-mereka itu yang aku cuba berkongsi rasa. Pabila aku rasa mereka itu penuh dengan kepercayaan, maka dialah beruntung kerna dipilih aku. Tapi sayang, aku sentiasa tersalah pilihan. Apa yang boleh aku katakan lagi. Setiap orang itu, belum tentu punya telinga yang setia untuk seorang sahabat yang menyedihkan seperti aku. Tapi, jangan bimbang, aku ini pencinta sahabat paling terhormat. Selepas keluarga, mereka-mereka yang aku sayang adalah sahabat di keliling aku.
Hinalah, rendahkanlah diriku ini sebagai manapun sahabat. Aku tetap setia menjadi orang yang akan sentiasa tersenyum manis denganmu.
Kerna bagi aku itu, sekali kita berkawan, selamanya tetap menjadi kawan.
Dan kamu-kamu juga adalah sahabat setia aku di sini.
35 comments:
*Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus*
ok.lirik ni aku copycat je..HAHAHAH
haha. mcm pernah dgr je. lagu apaan ini? haha
saya tak pernah ada kawan karib~~best kah?
bujal : waa..besh giler kau. ekekeke
kadang2 kira tsalah pilih sbb sahabat kita tu bsikap hipokrit. baik kat depan,tp kat belakang, xsuka kita rupanya.well, inna pun pernah jg ada pengalaman mcm nie. and seriously, its really hurting me..
aku butuhkan teman yg ada waktu sush senangku, waktu ceria nangis ku. waktu kaya miskinku, dan aku memerlukan teman yg menutup aib ku. itu teman yg aku ada sekrg. terima kasih Allah
sy mmg xpernah ada sahabat baik... =.='
sahabat baik kte adalah hati kte sndiri :)
hmm gambo tu kat ladang upm. hihi.
org kate kita sayang cemana dengan seseorang tu (either friends or bf) let's say 100%, kena jugak sediakan portion at least 1% utk kita benci org tu. haha. ni orang ler kata.
Cheers!
Aku punya sahabat..setiap gadis yang aku kenal..mahukan jadikan aku abg angkat kerana semua dah berpunya..when I mean semua..I mean SEMUA..hahaha
spjg aku hidup ni belum penah ada bff, yang penting kau bahgia dan tahu apa yg kau nak :)
alhamdulillah qaseh ada kawan dunia akhirat ..cuma 2 org ..kenapa 2 ? sebab sahabat sejati tu susah untuk di cari .. tapi bersyukur
gua setuju bila dalam bersahabat sentiasa ade yg memberi dan menerima, itu konsep dan etika bersahabat...
mcm gua ade ramai kawan baik, cuma yg paling buat gua gila bila bercinta dengan kawan baik lepas tu clash... amatlah gampang rasanyer dulu, rasa nak gila... kadang2 cinta tu nampak cantik dan indah, tapi dalam bersahabat kadang2 cinta tu boleh jadi racun... sampai skang gua takot nak kawan ngan pempuan, sekian ...
Aku pernah punya sahabat yang tinggalkan aku untuk berkawan dengan seorang polan.
Dan percayala
Gua tak heran!
Gua ramai lagi kawan
Macam kerek an?
HAHAHA
aku ada ramai kawan tapi sahabat cuma dua tiga
sy tak prh dikiahnati lagi..
msti perit rasanyakan..~
sahabat itu penting ttp kadangkala fifey rasa tak perlu punya kawan jikalau ianya bisa menyakitkan hati kita. kan?
sekali kita berkawan
selama lamanya kita berkawan
:)
miss inna : dalam hidup aku, perihal kawan la paling menyakitkan.
ezan idma : alhamdulillah. kau la orang paling bertuah skrg. aku gembira begitu. :)
niena : boleh jadi juga begitu. :)
alin hassan : iya, mmg di ladang upm. hehe. setuju. tp bagi aku bkn setakat 1%, boleh jadi 30% susah aku nak percaya. hehe
paklan : adakah sahabat kau semuanya si gadis? ekekek
dayah : aku pun hrp kau bahagia dayah. :)
qaseh : alhamdulillah, aku doakan kalian terus bersahabat selamanya. :)
jari yang terabai : der, jgnla takut kwn ngn aku lak. haha
tieykah : kerek itu satu keperluan juga. :)
retarded : hehe, aku mungkin juga begitu.
pijah : paling perit sekali jika segalanya perihal kawan.
fifiey : erm, tapi tanpa kwan, hdp pun sepi juga. lumrah. :)
intan maisarah : tapi, ada orang tidak begitu. :)
aku dalam proses ingin memaafkan orang . btw aku seorang pendendam . entah
truth be told, aku tak ada pon sape2 yg aku gelar sahabat...
actually, mgkin sama mcam ko, dulu pernah dikhianati sahabat baik sndiri...
sakitnya, yg rasa je tau, org keliling tau ckap "be strong, ko lg kuat etcetra etcetra..."
amiey white : aku pun mungkin. aku susah nak maafkan org. nmpk macam sudah maafkan, tp kesannya dlm hati. huh, seksa.
cEro : aku merasainya cEro. sakit!
yeah.. sekali bersahabat kekal hingga ke akhirnya walau bagaimana diperlakukan.. ^^
Den leh jadi sahabat hang....ahakz....
Dlm bersahabat kita harus saling melengkapi....kekurangan saya....kelebihan awak.....kekurangan awak...kelebihan saya......tiada kesempurnaan.....cuma kita meyempurnakan.....ahakz....
api : itu prinsip hidup. :)
jeBateja : betul la tu. saling melengkapi kan. :)
susah untuk mncari sahabat sejati sebenarnya ..
kebanyaknnya hanya kawan .. huhu
InsyaAllah akan diketemukan sahabat yg benar2 sejati satu hari nanti
sakarng cik scya ade 2 3 , harap smpai bile2 .
alif haris : sangat susah.
faizal sulaiman : insyaAllah. moga2. amin.
scya : alhamdulillah. aku doakan ia kekal. amin. :)
saya ada sahabat... walaupun da makin jauh..tapi kami sentiasa ada untuk diri masing2... cukup dgn mendengar dah bleh mengurangkan beban yang ditanggung..
skema aih ayat..
xsmua mnusia sma kan...
:)
kalau nk kira kawan mmg banyak. orang yang kita kenal kat dalam dewan kuliah, orang yang kita selalu duduk sekali masa kat kafeteria dan perpustakaan, orang yang kita tegur saban pagi sebab dia sudi bawa kita ke kelas menaiki mercedez 8 tayar dia dan juga orang yang tidur sebilik dengan kita.
tapi kalau nak sebut sahabat... orang yang sudi tumpangkan bahu untuk kita paut dan nangis, orang yang tak fikir dua kali untuk tanggalkan sweater dan suruh kita pakai sebab dia tahu dia ada asma dan tak tahan sejuk, orang yang mahu ribakan kepala kita dan minta kita luahkan segala rasa tak puas hati kepadanya... orang yang macam tu boleh kira dengan jari. terlalu sedikit.
dan aku bersyukur punya dua orang yang aku panggil sahabat. entah bagaimanalah hidup aku tanpa mereka. hurm...
cik pepel : ayat ikut skema peperiksaan? hehe. alhamdulillah gembira utk kamu. moga kekal.
fyqa : iya, semua berbeda. :)
shandye : yeah, kau ngerti apa yg aku cuba sampaikan. aku pun ada, tapi tak ramai. :)
berkawan nih mula-mula jek baik. Semuanya indah. 24 jam bersama. Tapi bila dah lama, mula serlahkan warna masing-masing. Nak cari yg betul-betul faham dan senang dgn kita tak mudah. Kadang tertanya-tanya jugak..bila lah jumpa yg betul-betul kawan nih.
Post a Comment