Gila jadinya aku kala mimpi-mimpi indah menyerang tanpa belas.
Fuh, terlalu banyak mimpi dalam kepala otak aku yang sedia serabut ini. Itu, ini, itu, ini. Boleh terkena penyakit gila-gila dibuatnya. Boleh jadi, aku dengan rela hati dilabel orang-orang yang tamak kala ini. Semua mahu aku ragut. Itu, ini, itu, ini. Heh, sabar wahai hati. Terburu-buru boleh jadi binasa tahu?
Sungguh banyak rasanya aku rencanakan untuk menjadikan hidup lebih indah. Jika dahulu, segalanya terhalang atas sebab masa, kewangan, usia dan sikap. Kini, mungkin aku perlu lebih berani merebut rasa yang menjadikan aku semakin gila. Teratur, perlahan, sabar dan komited. Hati perlu tenang, jiwa perlu lapang, fikiran perlu ke depan. Aku tidak mahu penyesalan menjadi hadiah pertama setelah segala rencana hebat diaturkan. Jadi, dengan rendahnya diri ini, mohon saja agar segala mimpi-mimpi aku menjadi satu kenyataan hidup yang realiti.
Oh, aku baru terasa kesedaran, disebabkan cerita-cerita perihal kerjaan aku di sini-sini yang macam kurang menggembirakan, menyebabkan seperti aku dikasihani dengan tragis sekali. Jangan begitu kawan, aku masih tersengih gembira dengan kerjaan aku ini. Dekat dengan bahasa, dekat dengan jiwa, dekat dengan penulisan dan dekat dengan hati. Walau kerjaan ini sentiasa mencuri masa, namun ia masih jadi syurga dunia buat aku. Jika tidak, tidaklah 365 hari aku setia di sini.
35 comments:
heheee
ye khidupan krja kmu mmg sgt sadis..tp tak brmkn kmu tak gmbira..
kan..kan~~ =D
saya tau awak sayang kerja awak. tapi sila sayang kesihatan diri jugak.
one step at a time ok? :)
miscellaneous smiles : betul-betul-betul (gaya upin ipin)
raihana izzati : tapi, sy sayang awak. (lol!) baiklah!!!!
haih. mimpi itu pon satu, kenapa datang mahu berebut. datang satu2 kan lebih indah. moga mimpi kamu jadi kenyataan ya.oh setahun sudah ya kerjaan kamu/
banyak mimpi terpaksa dikorbankan
ezan : tula, degil depa ni. ekeke.
ami : aku tak rela korbankan semua.
Mimpi?
Sudah lama aku tidak bermimpikan indah2
tieykah : kenapa macam itu sekali?
selamat mengejar mimpi.
terlalu byk mimpi... suma pun nk kan...
afrohead : selamat semuanya! trimas.
cikpepel : tau xpe dowh. huhu
otak bercelaru.
jaman dewasa=jaman masalah
semoga berjaya mencapai mimpi dik =) mst usaha taw.
tieykah : iya benar. aku mahu kembali ke zmn anak kecil. indah!
rara : baik sista! trimas!
mimpi, angan-angan tak kan menjadi realiti tanpa usaha.
tp kadang2 segala2nya dibatasi dengan takdir
paklan : itulah paklan. tak semua akan jd kenyataan. :)
HAHAHA..
pengintai hati hanaahmad disini..
moga moga
raihana x sayang amiey dah . tsk tsk tsk
tetibe je takde kena mengena ngan post hihihi
kerja baik2 ye sayang <3
bila fikir pasal kehidupan kerja memang tak seronok tapi bila difikirkan pasal nak cari duit, pendam dan pura2 lupa jer la.
ayat macam dah nak bertunang
take care urself :)
muhamad hanif : wuuu??? intai hati hana ahmad? :)
delarocha : insyaAllah. amin. :)
amiey white : haha. dgn kau pun die syg? cis! dasar budak kecik tak setia! ekekekek.... kau juga baik2 ya syg. :)
jerry : betul tu. nak2 demi family kan. :)
kepala manchiss : uiks...mana ada. haha.
fyqa : thnx. kau juga. :)
ade penyakit gila-gila ek.
igt komik gila-gila je.hehe
GHAHAHAHAH...
bergurau ok ;)
lebih baik gila gila dari gila... hehehe
mimpi juga hobi aku...keh3
cukup ka dua tangan nak meragut...
slmt menikmati dgn apa yg ada..hana ! jgn berangan nak kawen anak raja dlm mimpi ea..keh3
be happy go lucky :)
salam kenai....lawa lah no folower den...989...ahakz.
alangkah bestnya mimpi indah jadi kenyataan....ahakz...mcm...jumpa emas 3 lori ke...ahakz
kadang2, ikot hati boleh mati :)
rafiq : ada, sila rujuk novel laskar pelangi. haha.
muhamad hanif : ya, saya tahu itu. :)
jari yang terbarai : itu pasti gila. haha.
republicaku : sama! sep2. :)
pembaris : tak cukup, mintak tlg hulurkan tgn ringankan beban boleh? ekekek.
dayah : haha, aku tak minat la nak kawen dgn anak raja sbb aku benci protokol. aku nak kawen dgn sasterawan negara ok x? haha
alif haris : yeah, will do. tq. :)
jebateja : haha, mmg cntik. amboi..tu semua org nak cmtu. ekeke.
aqilah : betul tu. :)
Post a Comment