Katanya, dia salah. Dia itu teruk. Dia itu anak kecil. Dia itu kurang matang. Dia itu segala yang tidak elok.
Kata dia, dia itu gila. Dia itu lagi teruk. Dia itu lebih anak kecil. Dia itu lebih kurang matangnya. Dia itu segalanya yang lebih tidak elok.
Kata aku, tak kata apa-apa. Aku lagakan dua-dua. Aku hempuk kuat-kuat. Aku gabungkan. Biar sama-sama rasa diri itu hebat. Biar sama-sama rasa kebodohan. Biar sama-sama melompat di atas. Biar sama-sama ditertawakan. Biar sama-sama nampak bogel. Nampak hina. Nampak cela. Tapi, itu dalam hati.
Di luar. Aku diam. Aku lihat. Aku jelik. Aku sinis. Aku lalang. Aku sabar. Dan aku berdosa kerna hanya mampu lihat dengan jelik, dengan sinis umpama lalang.
Jangan sampai sabar itu lari jauh dari aku.
Tunjuk satu, empat kembali pada kita. Apa itu?
33 comments:
aku benci penunding... hanya tahu dirinya betul... yang lain salah...
kisah hati : inilah yang sedang merosakkan hari-hari indah aku. lelah!
huhu...
ayat puitis..
;)
mereka selalu ada... lari... tinggalkan mereka... jangan dipeduli mereka itu... menyakitkan jiwa... aku juga lelah...
Tak dapat meluahkan sesuatu yg mencengkam naluri dan amarah kita agak membebankan jiwa.
Jika tersepit, aku kerap kali ambil langkah berada di zon natural, keluarkan salah dua belah agar kita tidak berbelah kemudiannya
fyna : itu bahasa ibunda sayang. :)
kisah hati : itu aku cuba buat. tapi tak mampu.
cEro : aku cuba berlagak natural seadanya. tapi penat jadi hipokrasi!
mana satu yang kau akan percaya?
Ophan Bunjos : dua-dua susah nak percaya.
tunjuk menunjuk~
indeed , aku benci penuduh itu . aku pernah jadi mangsa golongan ini . wth . #emo
sabarlah selagi boleh.
phewww +.+"
jangan menunding jari ke arah orang lain..!
baru nampak adil...
kasi kerat saja itu jari.. =)
merosak jiwa? baik kau lupakan.
Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. No worry :)
ramai yang suka menunding dari bertanggungjwb
kadang kala diam itu lebih baik...
saya faham..
*yeay! boleh komen. kat ofc kena blocked! hehe! :-)
miscellaneous smiles : iya, tuding-menunding.
amiey white : aku juga benci.
habsahharun : sampai bila agaknya perlu bersabar? hmmm...
iena : jangan sesekali, walau kdg kala aku juga lakukan. manusia. haisyh..
KHRYHAMYD : ohh..begitu ya adil.
api : kalau kerat macam mana nak sarung cincin nanti? ekeke.
mehmed : sedang cuba lupakan.
fitrihadi : lumrah hidup bukan? sabar jela. terima seadanya. :)
paklan : itulah manusia. haiya...
jari yang terabai : ya, boleh jadi yang terbaik.
blog-tips-kurus : hehe. patutla. kat opis aku pun kena block. haha
orang biasa adlah mereka yang berbicara mengenai orang lain. orang hebat berbicara ttg idea.
hebat bemar owner blog ni bermonolog kann. tahniah. sika arisha baca!
kepala manchiss : aku teringin mahu jadi orang-orangan yang berbicara tentang idea.
Rtp Farra Arisha : biasa-biasa saja. terima kasih arisha. :)
gua baru nk salahkn lu..
tp tak jadi la.
pasal algi empat ke gua
bact : lu jgn nak buat onar kat sini bai...haha
kalau middle finger pulak macam mana eh?
Haha lek luu kakak :)
"tunjuk satu, epat kembali pada kita"
kwn inna pernah bg inna nie ayat.btw,tak elok nak main cari salah org jer. lebih baik betulkan diri sendiri dulu..^^
wah , penuh tersurat dan tersirat!
jangn tunjuk org. nati berbalik pada kita
langit tak selalu cerah...
pemuzik jalanan : kalau middle finger akak kasi dua tangan middle finger. wakakak.
miss inna : tapi itulah yang orang kita selalu buat. :)
akmareyna512 : masih belum penuh tu. hehe.
ezan idma : iya, betul.
jerry : kalau cerah selalu, tak hujan la bro. ekekeke
Post a Comment