Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, June 23, 2011

Air mata


"Aku lemas kerana paru-paruku basah digenangi air mata rindu" - A Kiong

Boleh jadi kita membenci seseorang sungguh-sungguh. Kemudian rasa jelik itu Tuhan tukarkan kepada rasa manis serta-merta. Siapa tahu? Kita tidak tahu, dan mungkin tidak akan tahu. Bila rasa itu cair di hati, penuh di paru-paru. Kita tumpah air mata kerana rindu. Kalaulah aku mampu, tidaklah aku keseorangan merindu untuk merindui.
Ada kenalan aju soalan kenapa aku semakin kurus? Aku jawab, aku kerja keras. Hujung minggu aku di kantor. Ironinya, hati aku tidak dikongsi dengan siapa-siapa. Mana mungkin aku membuang masa hanya bercinta sendirian di wayang?
Jujur, aku masih mampu senyum puas hidup begini.
(Tolong jangan baca dengan nada menyedihkan)

48 comments:

bact. said...

14kali gua baca sebab susah sket nak paham
14kali gak gua sedih.

hanaahmad said...

bact : memang sengaja bagi orang tak faham. haha. asl lu sedih lak ni? sbb tak faham? nice! haha

Akulah Pak Lan said...

Play Single is heaven

hanaahmad said...

pak lan : sangat syurga.

~Kenanga Suchi~ said...

aku tidak baca dengan kesedihan tapi aku baca dengan memahami... kerna situasi itu sama bagiku... :)

hanaahmad said...

kisah hati : yeah. trimas sahabat! :)

feyza said...

terasa kesedihan..=)

Unknown said...

aku sudah tidak mahu merindu, kerana ia hanyalah harapan buat ku yg mungkin tidak kesmpaian. sedih kan?

bact. said...

bahasa kau tinggi la..
aku BM pon kredit je.

tapi apa-apa pon nice la..

wachak said...

Ngapa rindu sorang2. luahkan saje, baru ler rock ... ha33

hanaahmad said...

miscellaneous smiles : janganlah begitu. nanti aku turut sedih. :)

ezan idma : itu juga apa yang aku rasa sekarang. sakit bukan?

bact : erk. mana ada tinggi. terima kasih sebab nice. :)

hanaahmad said...

wachak : rindu untuk merindui. orangnya tiada bro. :)

pembaris said...

saya cuba suka seseorang.kemudia perasaan tu bertukar menjadi bimbang

ghost said...

sengaja hati yang menolak...kalau tidak tentu lebih manis.

intan.maisarah said...

sayang,,
sara membaca dgn nada gembira..
tapi kenapa rasanya pahit?

hanaahmad said...

pembaris : aku sentiasa bimbang jika hati memikat seseorang.

Ophan Bunjos : hati dalam ketakutan. takut kecewa lagi. aku tahu ia manis.

sara : rasanya sebenarnya lebih pahit. :)

Amiey White said...

aku ada kalau kau nak aku teman kau .

aku menyayangi semua perempuan :)

hanaahmad said...

amiey white : terharu! sungguh! aku sayang kawan macam kau. :)

.drakula. said...

rindu itu kejam so bunuh sama itu rindu...keh3

hanaahmad said...

republicaku : dah lama aku tumbuk lumat. dah mati kot?

Mehmed - said...

tuhan maha menterbalik hati..jaga-jaga..Ahaks!

ORLANDO AHMAD said...

puas gua try nak sedih...

Unknown said...

aku bercinta dengan kerja jer sekarang.

hanaahmad said...

mehmed : itu yang menakutkan. moga2 ditetapkan hati.

jari yang terabai : tak sedih pun kan?

jerry : begitu juga aku.

Penyu said...

aku baca sambil gelak. tapi, kenapa sedih jugak? huhuhu

hanaahmad said...

muhd fadil : gelak dan sedih. kombinasi yang manis sekali. :) haha

. said...

dan bila kau kata jangan baca dengan nada menyedihkan.aku langgar arahan kau :)

Encik Psychopath said...

sebenarnya nak cakap da kurus kan ? dapat tangkap.

violetless said...

aku tatau nak baca dalam nada menyedihkan atau tak sebab aku leh rasa sedih dalam ayat kat atas.

Akulah Pak Lan said...

tgk wayang sensorang best..I selalu buat...tgk wayang ja kot..bukan nak buat wayang..

Niena Muhammad said...

sbb tu jangan kita membenci orang sepenuh hati..
nanti akan timbul bibit2 sayang itu :)

Niena Muhammad said...

dalam masa yg sama penulis ni ckp dirinya tu dh kurus -.-'
SEKIAN..

syafiqa said...

hmm. mengapa?
air mata itu pasti jatuh tidak kira waktu mahupun
tempat. tapi jatuh kerana apa itu kau shj yg mengetahui.
benci jadi sayang. dan sayang jadi benci. benda yang
susah nak di buat tp akan di alami tiap org ;)

ajar tips nak kurus. ;D
OK LA. XBACA DGN NADA SEDIH.

hanaahmad said...

syamsulfitri : aip! nak kena ni! haha.

encik psycopath : wakaka. takde niat pun? haha

violetless : nampaknya aku kena berusaha keras utk menulis dgn lebih ceria. huhu.

paklan : aku pernah buat. tapi aku kan perempuan. seram kot. kiri kanan aku laki. wuuu..kena raba, meraung aku 10 tahun.

hanaahmad said...

niena : tp kalau dah tak suka, terpakslah. haha. haip! xde niat pun nak bgtau tau. hahaha.

syafiqa karim : takde tips utk kurus. tapi aku mmg akan hilang kg bila bekerja keras. :)

Unknown said...

trimas ya wish!

hanaahmad said...

ezan : no biggie! :)

cikmemy said...

boleh saja cik hana..mesti kasih sayang tu lebih dalam sebab bukan senang rasa benci yang pahit jadik manis..tak gitu?

hanaahmad said...

cikmemy : tapi aku masih rasa susah untuk menerimanya. :)

Niena Muhammad said...

maksudnya manusia mcm embun, embun kan dtg sekejap... & terus meresap, manusia pn sama.. hidup di dunia kemudian dijemput Ilahi..

knp xblh follow anda ye, dh lama cuba tpi keluar mcm ni:
We're sorry...
We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later.

sy xtau, mungkin blog sy ada masalah... nk ke dashboard pn xblh

hanaahmad said...

niena : oh begitu. ngerti sudah. eh? xleh? xtau plak knp. cuba sign out then in balik. hehe

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

macam lagu jamal.
aku seorang perindu..he2

Unknown said...

tak semua orang mampu bergerak solo tengok wayang.
kau awesome, tahu.

mari, tengok wayang bersama aku.
*jangan baca dengan nada lesbian

far byieb said...

rindu itu bila dijauh lagi mendekat.

dh jom tgk transformer nnt..
pky lawa2..

Waney@Maksu said...

waa..ayt sasterawan woo...
mmng mndalam mksud....huhu

Anonymous said...

Rasa sunyi..Maaf Hana. Aku agak sedih membacanya.

Anonymous said...

cinta blh tukar jd benci
benci blh tukar jd cinta

hanaahmad said...

rafiq : boleh gak kalau nak jadi lagu datuk siti, purnama merindu.

ungu : opss...aku terbaca dgn nada lesbo. haha.

far byieb : tgk je, bkn p dinner. xyah pakai lawa2 pun takpe kan? hahaha

freak ladyz : belum cukup mendalam tuh. hehe

memori usang : jangan begitu sayang. aku terasa seperti dikasihani.

ami : boleh jadi juga. :)