Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Saturday, May 28, 2011

Siapa kata?


Siapa kata dah kerja banyak duit?
Siapa kata dah kerja boleh belanja kawan-kawan makan?
Siapa kata dah kerja boleh pergi holiday ke oversea bagai?
Siapa kata dah kerja boleh shopping sana-sini?
Siapa kata dah kerja hati senang?
Siapa kata dah kerja hati tak semak?
Siapa kata?
Siapa kata?
Siapa kata?

Lagi kerja, lagi berhutang.
Lagi kerja, lagi banyak tanggungan.
Lagi kerja, lagi pantas aliran keluar.
Lagi kerja, lagi banyak tanggungjawab.
Lagi kerja, lagi pening kepala.
Lagi kerja, lagi banyak masalah.
Lagi kerja, lagi macam persepsi.

Aku dah mula belajar pasal kehidupan, tanggungjawab dan juga disiplin hidup. Kawal kewangan, rancang hidup, belajar erti susah.

Masa belajar, bila tidak berduit, masih boleh ditagih dengan mak ayah. Masa bekerja, bila kurang berduit, makan megi, sardin, telur dan masak di rumah tidak kira awal, hujung bulan itu satu nikmat yang sungguh indah. Aku keluh syukur. Biar begini. Takut jika dimewahkan, aku alpa. Sekurang-kurangnya Dia buat bersebab. Doa tak pernah putus, murahkanlah rezeki aku Ya Allah.

17 comments:

Sophie Al-Yahya said...

haisyh..samelah.. tp aku lom dpt gaji lagi. ni bulan pertama. dah tulis dah mcm2 planning ke mana duit harus disalurkan. harap2 x lari dari planning.. risau x cukup.huhu..

Unknown said...

betul tu.
siapa kata bila dah pegang duit sendiri boleh beli semua benda, boleh tapi perlu berhutang.
siapa kata bila gaji besar hidup kita stabil, makin besar gaji, makin banyak tanggungan.

pembaris said...

siapa kata orang bujang yang berkerja ada duit lebih banyak dari orang yang berfamili..

Anonymous said...

hehehe
itulah realiti kehidupan

#Kurn14d1 said...

Tak ada hasil yang keluar bila tak berusaha
Tak ada pencapaian yang membanggakan bila tak ada ikhtiar
semua hanya angan yang tak tercapai
semua hanya bayangan yang meledek hidup kita

amira faqihah said...

semua pekara ade pro and cons nya :)

Kepala Mancis said...

membaca sambil menongkat dagu...ternganga dan tersenyum. heh,

dayah said...

aku penah terfikir nk kawen dgn anak raja, mnala tau,
sume kos p'belanjaan t senang skit di tanggung :P
angan2 hrpn kunun,

lbh elok buat planning future yg strategik agknya kan, lagi kerja, lg bnyk hutang..maknanya susah la ak nk beli kereta sendri t

hanaahmad said...

sophie : tahniah sudah bekerja! relaks. yg pntg listkan antara kehendak dan keperluan. dahulukan yg penting, ketepikan yang sekadar utk suka2. kau pasti boleh! :)

pembaris : siapa kata orang bujang banyak duit nak kawen?

aimi : terima seadanya. :)

hanaahmad said...

kurniadi : usaha, usaha, usaha dan usaha. itu tidak pernah lekang dalam kamus hdp. insyaAllah. :)

twinkle : setuju. :)

kepala manchis : tongkat dagu? tak percaya ya? hehe.

dayah : hehe. sbr dayah. seronok tau dah kerja ni. kita belajar tntg tanggungjawab. :)

shandye. said...

aku senyum sendirian tatkala baca entri ini. sekarang masih belum usai belajar, semuanya ibu yg tanggung. kadang-kadang topup pun ibu yg masukkan. teringat pula masa kerja part-time sebelum ke uni tiga tahun lepas. gaji bulan2 hilang begitu sahaja - bil air/listrik, astro, makanan kucing, belanja ibu dan adik-adik makan di luar. hujung bulan buka dompet hanya bersisa rm5. tapi tak apa, aku puas.

p/s: tolong singgah ke link ni [Nikon Extra Ordinary Angles] & tekan 'LIKE' buleh tak? thanks in advance!

ghost said...

nampaknya lebih banyak cabarannya bila dah bekerja bukan..

dan paling importansi kalau bila sudah bekerja kita tau manage mental kita dalam menangani setiap permasalahan.semakin banyak masalah dan semakin besar masalah itu semakin menguatkan kita.so,mental harus kuat.

hanaahmad said...

shandye : ye. rasa nyaman pabila begelar pelajar bukan? masih tidak pening ke mana mahu digali itu uwang.

Ophan Bunjos : ya. mental seharusnya kuat. kerna itu aku tetap kukuh berjalan tanpa henti. ia bukan aku jika tak berani merasai dugaan dan cabaran.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

sendiri yang pilih ... :)

ewanthology said...

megi itu sedap dan cepat... nyum nyum nyum

fully recommended :-)

nasri said...

org yg xkje mmg cakap bila kerja byk duit kn.. tp bila dh keja.. tau la susahnya mcm mna.. tp kalau pndai manage duit, gji kecik pn dah terasa ckup.. =) huhu..

hanaahmad said...

inspirationalefeks : sendiri yang tanggung. :)

delarocha : sangat sedap! thnx recommend! :)

nasri : betul tu. aku seorang yg sangat susah nak managed duit. haha