Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, May 23, 2011

Macam kurang diajar?


Aku kurang fahaman dengan segelintir rakyat Malaysia di sini. Adakah ia nasib aku ditakdirkan bertemu mereka-mereka yang kurang ajaran atau ia memang benih yang sedang subur di sini kala ini.

Situasi 1.
Lokasi : Pasaraya besar nama nak j-pop.
Al-kisah : Saat mahu mencari barangan dapur laluanku terhalang dengan troli seorang lelaki India belasan tahun. Mahu saja aku mengundurkan troliku ke belakang bagi melalui jalan alternatif tapi hasrat terhalang pabila lelaki itu lantas memohon maaf dan menarik trolinya ke tepi bagi memberi laluan kepadaku. Aku kagum dengan kesopanannya dan dengan yakin hati kecilku berkata; 1Malaysia.

Situasi 2.
Lokasi : Kerinchi Cafe
Al-kisah : Saat mahu membasuh tangan di sinki, disebabkan punya ajaran hidup yang tinggi, aku beratur di belakang seorang wanita usia lewat 20-an sementara menanti giliran mencuci mulut dan tangan yang berbau belacan. Mungkin suasana yang agak bingit dengan sesak orang berhimpit-himpit mengejar masa masuk ke kantor semula menyebabkan sepatu becak wanita di hadapanku tadi memijak kakiku tanpa belas. Ekspresi muka berubah jijik. Becak dan coklat. Maaf yang ku tagih hanya dibalas dengan jelingan. Salah aku kah? Mahu saja aku sembur dengan makian akibat jijik dengan kaki yang dipijak becak. Namun, sabar pantas menahan amarah. Tisu diambil, lap buat sementara sebelum ke tandas. Fikiran tidak mampu mencerna atas sikap yang baru aku temukan sebentar tadi.

Atas ajaran apa aku tidak tahu. Sememangnya lidah aku seolah-olah terimunisasi dengan bait 'maaf' dan 'sorry'. Kadangkala pabila ada yang melanggar aku sedikit, bibir ini mudah sahaja menutur maaf dan si pelanggar sendiri pelik seharusnya dia yang meminta maaf. Aku tidak rasa susah dan lelah untuk mengungkapkannya. Tidak tahu pula dengan orang lain?
Baru sebentar tadi menerima sms dari dayah pasal lelaki asid. Susah hati aku. Baru terasa nak berjogging esok di tasik seksyen 7, terus mati niat. Aku nampak je rock, penakut tu sinonim jugak.

26 comments:

asip محمد said...

lain kali lepas terlanggar ke apa ke buat muka bengis siket.. baru tergugat yg langgat tadi.. kah3

pemuzik jalanan said...

Eleh jeling sama dekat dia.
Lempang kang nak kerek pulak haha.

*cerita pasal lelaki asid ni buat tambah gerun pula -.-

hanaahmad said...

asip : aku muka nmpk mcm garang tp bila jadi mcm tu automatik aku jadi blur. rugi kan?

pemuzik jalanan : tula. aku rasa nak maki tapi masih waras. tc beb lelaki asid sedang menggila.

shandye. said...

kalau hal yang sama berlaku ke atas aku pada situasi dua, aku akan berpaling dan tunduk hormat sambil ucap terima kasih kuat-kuat. biar dia rasa malu.

pernah buat pada seseorang di fudcot midvely. celaka kau perempuan berambut harum yang telah memijak jack purcell aku!

hanaahmad said...

shandye : aku kagum dengan kau kerna mampu berbuat sedemikian tapi sayangnya aku ni penakut! ditambah dengan penyakit blur yang aku ada. haha

Anonymous said...

ko harus mengaum mcm singa br org takut

hanaahmad said...

aimi : aku terlebih blur.

A retarded kitty said...

lain kalu buat muka innocent sikit, bir orang yang pijak tu rasa bersalah.
kekeke

hanaahmad said...

lost kitty : habis innocent dah kot muka aku. haha

.drakula. said...

budaya....org malaysia ....mmg agak jelik untuk diterima pakai....

Fathiah Hamim said...

tak faham kenapa some people susah sangat nak cakap sorry eventhough memang terang tang tang dia yang langgar.
lagi satu pekerja, berat benor mulut tuh nak cakap thank you or terima kaseh. adoi.

Unknown said...

sergah je dia..
"oi....!!!"
itu cara akak la..
hehhee

Unknown said...

sergah je dia..
"oi....!!!"
itu cara akak la..
hehhee

dayah said...

situasi num 2 mmg sedih la hana,
patut say something...excuse me hoi, xnmpk ka :P

ya..better careful...sbb blum kena tangkap g

hanaahmad said...

republic aku : sangat jelik.

fathiah : ade jugak jenis susah nak senyum. :)

diana : kalau saya sergah, malu sy nnt satu opis tau. huhu.

dayah : sangat sedih. dayah, thnx 4 da sms. :)

nasri said...

knape x ucap terima kasih kt orang tu?? baru dia terasa..haha.. lebih baik perli dari kita marah atau jeling..heheh~

ewanthology said...

tak mengapa, biarkan mereka begitu

teruskan sahaja dengan mentaliti 'maaf' kamu itu.

jika tidak, kamu sama sahaja seperti mereka

Kontrol Histeria said...

kesian. -khrlhsym- :p

hanaahmad said...

nasri : tak semput sebab terkedu sangat.

delarocha : iya, itu sebaiknya.

khrlhsym : sangat kan? terima kasih. :)

Kepala Mancis said...

budak yg jelir lidah tuh. tak leh comel lagi ke? tak jadi nak simbah asid..keh keh keh

Anonymous said...

tu masalahnyer orang kita susah sangatkan nak minta maaf even perkara kecil....

hanaahmad said...

kepala manchiss : habis comel dah tu. ahaha.

cutieintan : kan. sgt susah. pastu sombong plak tu.

si para para said...

tu la sikap sesetangah orang kita...

terasa pelik jugak.. mereka yang jauh dari cahaya, tapi berakhlak mulia.
jadi apa bezanya kita?


sesungguhnya dia di utuskan utk menyempurnakan akhlak..

fadh leyanie said...

kadang2 bila maaf di ungkap..jelingan pulak yg di terima.

HaNa Hani said...

hhaa...sbr jerla dear
what goes around comes around kan
^_^

hanaahmad said...

si para-para : yes, u right. :)
fadh : tu yang tak faham tu.
hana hani : name same la!