Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, May 2, 2011

Pilihan

Rasa yang paling benci sekali ialah pabila terpaksa membuat pilihan yang jitu. Kebelakangan ini sahaja sudah masuk tiga pilihan yang membuatkan kepala aku pusing hampir migrain akibat terpaksa memilih yang terbaik. Antara kehendak, keperluan, minat dan masa depan. Semua jadi padu dan menekan kepala otak untuk memberi kata putus dengan pantas. Satu sudah ditolak atas pertimbangan yang nampak lebih kepada rasa selamat. Dua, diambil dan risiko itu aku sambut dengan penuh rasa yakin. Dan, tiga, masih dalam fikiran. Mahu atau tidak?.....Memilih-milih di google.

Jika tamak itu adalah aku, pastinya semua aku mahukan. Masih ingat sampai mati, 'orang tamak selalu rugi,'. Kerna tidak mahu dekat dengan kerugian, aku lempar tamak jauh-jauh. Alahai, mudah saja membuat keputusan yang ini. Yang ketiga? Aku harap Istikharah sudi hulur tangan. Insya-Allah.

17 comments:

feyza said...

klu aku aku lebih rela memilih minat

yep..bagus buat solat tu..=)

slamat memilih..=D

Raihana Izzati said...

Hmm. nak bagi tips pun tak jelas.

But insyaallah istikharah is the best solution.

All the best :)

Melda Mohd said...

Semoga dipermudahkan. Dia tak pernah memperlekehkan. Insya Allah. =)

Raihana Izzati said...

Ok rasa akward and pelik bagi comment terlampau baik.keh3

der... gua harap lu sempoi2 je.

LOL.

But really,, hope u make d best decision :)

hanaahmad said...

pijah : ya, kotak fikiran aku juga menjurus kepada itu. minat. :) terima kasih.

raihana : wa sempoi2 je der...haha. jgnla rasa pelik. ke aku yg nampak pelik bila tulis sebegitu? keh3. btw, terima kasih batang lidi.

melda : ya, mudah-mudahan.

Far8 budak baik said...

haha like elok elok ehhh..
kalau bolehh terjun bangunan terus haha =p
solat istikharah ehh..
okey nye

ghost said...

ouh maknanya aku tiada dalam pilihan kamu...

tapi takper..aku tak mahu membebankan fikiranmu yang tersedia beban itu dengan pilihan yang sudah sedia ada..hihi

dont wori,kita mesti memilih yang terbaik untuk life kita.

hanaahmad said...

far8 : terjun bangunan tu macam nice. nanti aku cuba! :)

Phan : mana mungkin kamu diletakkan di dalam list di atas. kamu manusia dan list itu adalah BENDA. jauh berbeda! dun wori, kamu tetap kelas pertama dalam hatiku wahai penulis hantu. :)

ghost said...

ouh...nampaknya malam ini bintang semakin dekat dengan siling bilik ku...hehe

Anonymous said...

pilih yg kita rasa yakin
pilih kerja ker?

Kepala Mancis said...

pilih-lah sebelum pilihan itu dibuat kerana tiada pilihan.

hanaahmad said...

Phan : kenapa? selama ini jauh?

rozami : kerja ada, minat ada, masa depan pun ada.

kepala manchiss : insya-Allah. :)

AkuMuzikFilem said...

aku faham sangat perasaan itu. serabut kan fikir. baru je lepas membuat keputusan, mujur sekali aku rasa ini keputusan yang tepat

hanaahmad said...

akumuzikfilem : sangat serabut. susahnya nak memilih!

Amir Syahir said...

emm..

theblabber said...

sekurang2nya anda masih ada pilihan kan.

Zoel said...

Haha. Tamak tu best-tapi terimalah akibatnya lepas tu..lol