Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, May 25, 2011

Lubang kerja

Aku rasa lubang kerja di Malaysia ni menggunung je cuma kita kena pandai cari dan gali. Lagi satu kalau ada bullet-bullet ini, bawak-bawak lah pijak lumat habis-habis. Kalau tak, memang tak bersinar masa tua.

1. Family tak bagi kerja jauh atau kerja di bandar. Alasan; bahaya, takut dapat hadiah dari abang asid atau tercomolot dengan abang Lombok.
2. Sayang nak tinggalkan kekasih hati di kampung. Alasan; takut dikebas orang atau terima pinangan orang lain.
3. Diterima bekerja tetapi tak pergi sebab gaji ciput. Alasan; tak setaraf dengan kelulusan yang ada. Dey, pengalaman zero ada hati hang nak gaji tinggi menggunung.
4. Jawatan tak fofular atau boleh jadi company takde nama. Alasan; malu dengan orang kampung, kawan-kawan dan musuh-musuh ketat lagi rapat yang ada.
5. Tak reti hidup dengan kaki sendiri. Alasan; tak biasa tinggal jauh dengan family.
6. Diterima bekerja tetapi tolak sebab takde transport. Alasan; tak reti naik bas, elarti, komuter, teksi dan kaki sendiri.
7. Tak berani ambil risiko dan tak tahan lasak. Alasan; takut kerja tak serasi, takut kena buli, takut kena balik malam, takut kena hantar ke luar daerah dan takut kena goda. (erk?)
8. Tak tahu nak tulis apa lagi. (isi sendiri la)Gigih bekerja bersama google.

Ini mungkin menjadi salah satu pembawa yang menyebabkan ramai yang melepak kat rumah family berbulan-bulan dan mungkin bertahun-tahun. Penat-penat badan tiru assignment kawan, ponteng kuliah dan guna duit PTPTN untuk shopping serta labur untuk buah hati, akhirnya tak reti berusaha lelah cari kerja.

Hidup memerlukan dugaan, risiko dan pengalaman. Kalau tak cuba, macam mana nak rasa? Pertama sekali; USAHA. Apply la sebanyak mana pun mustahil dalam 50 yang kita apply, satu interview pun tidak dipanggil. Bila dah dipanggil interview; PERGI. Dapat atau tak itu belakang kira. Kedua sekali; JANGAN MEMILIH. Jika semua kerja punya seribu alasan dan nampak menyusahkan, itu tandanya kita tak lelah untuk merasai susah. Mana ada benda yang tidak menyusahkan? Ketiga sekali; BUANG EGO dan RENDAHKAN DIRI. Tak salah jika mencuba untuk bekerja di restoran fast food, berniaga, pasaraya, kedai-kedai atau di mana-mana buat sementara waktu mengisi masa yang terbuang. Kalau dapat kerani pun bagus, jangan nak BERLAGAK sangat dengan degree yang kita ada kalau otak dan minda kita masih jauh ke bawah tak boleh nak terima PENGALAMAN. Orang yang berjaya pun bermula dari bawah.

21 tahun adalah umur selayaknya untuk kita tidak menyusahkan ibu bapa lagi. Bercinta sakan tapi belanja dating guna duit mak ayah. Malu ok. Carilah rezeki atas kaki sendiri.

Aku bagi contoh; belajar penat-penat ambil jurusan yang terang lagi bersuluh kerjaaannya nanti akan menyebabkan kamu pulang lewat malam, atau terpaksa berjemur panas, atau sentiasa bergerak ke sana sini, dan banyak lagi, akhirnya tidak lelah untuk pulang lewat, bekerja di tempat panas dan mahu letak bontot di kerusi sahaja. Konklusinya, apa guna belajar dahulu? Sekadar mengisi masa lapang atau sekadar mengikut kata family? Kalau awal-awal mahu kerja dalam hawa dingin, terus sahaja mohon jurusan yang hanya duduk di kantor.
Maaf cakap, mungkin ada yang punya alasan tersendiri. Apa yang aku rasa bersandarkan kepada pengalaman diri sendiri, keluarga dan kenalan di luar sana.
Alhamdulillah satu Jun ini genap setahun aku cedok pengalaman dekat sini di samping tangan ligat menerbangkan resume ke sana sini. Tok pun dah mula tanya, bila aku akan sambung Master? Rimas. Hati mahu tapi otak dah tepu.
Oh ya, buat Dayah, aku pun pernah melalui pengalaman macam kau. Nak kerja waktu cuti sem tapi tak diterima sebab cuti pendek sangat. haha. Sabar jela. Yang penting kau ada niat mahu bekerja. :)

14 comments:

shandye. said...

ramai kenalan yg ambil jurusan "harus berjemur di bawah terik mentari" tapi alih2 kerja "di bawah lindungan pendingin hawa yg cambest". apecer?

well... rasanya edukesyen tak menjamin kerja apa yg dibikin di masa mendatang. pembawakan diri ittew yg lebih penting.

tak gitu?

hanaahmad said...

shandye : yeah. gitulah gamaknya. aku nasib baik lari sket je dr bidang. heh

Akulah Pak Lan said...

tak ramai yang berani untuk ambik risiko..kadang2 kerja yang buat kita happy x semesti sama dengan bidang yang kita belajaq

Anonymous said...

i pun lari sikit dari bidang...apapun kerja tak leh teralu memilih dan sentiasa cabar diri untuk jadi yang lagi better. kena amik risiko laa dengan ekonomi negara yang pasang surut

fadh leyanie said...

masyarakat kini terlalu memilih prospek pekerjaan..yg leceh2 kna panas dah dorg reject

hanaahmad said...

akulah pak lan : betul jugak. aku pun lari bidang jugak. haha.

cutieintan : betul. kalau tak mmg dok menganggur jela kan.

fadh : betul tu. memilih sgt. kalau nak kerja bagus, lain kali belajar pun kena bagus2 betul tak? hehe

Anonymous said...

cari kerja kena rajin dan jgn memilih
itu cara aku

pembaris said...

saya cakap nama company saja nama dah gerun.orang ingat gaji besar.tapi bila sebut nama jawatan orang pandang sinis.taktau ka tak memilih pun susah dapat kerja...

ewanthology said...

blaja lain, keje lain... biasa la tu

blaja bukan di IPTA je, masa keje pun kita blaja jugak

blaja benda baru, tak semua yang diajar di IPTA di praktikkan di tempat keje walaupun bidang yang sama.

misyamissyou said...

betul! xyah memilih sngt la..yg penting pengalaman..org tengok pengalaman skrg ni..

pemuzik jalanan said...

Saya pernah kerjaa jadi gadis promoter je.
Rasaa awesomee je :p
Pengalaman yang penting kan kan

datin kelly ketak said...

sy baru habis belajar. fresh lg. seminggu baru. memang niat nak lepak dulu baru sambung blaja lg. *jujur

Encik Psychopath said...

baru habis belajar. then keje mcd. sempoi.

dayah said...

aku rasa mcm, jom keje huhu....mmm susahnya klau da abis blaja xde keje gak mmg akan aku kecewa bertimbun2 la.

tolong doakan ak dipermudahkan dpt kerja nt :) tq hana