Cuti 3 hari minggu ni kau tak blik kampung?
Aku kerja la.
1Mei kan cuti Hari Pekerja.
Yela, aku tak cuti.
Kerja ke esok?
Aah, kerja.
Weh, bangla pun cuti la.
Yela, aku Malay bukan bangla.
Kau kerja hari ini?
Kerja.
Hari Buruh pun kerja?
Aku benci cuti umum. Cuti umum adalah hari wajib aku bekerja. Hari cuti umum bukan hari bahagia buat aku, hari cuti umum juga hari paling bernanah telinga pabila jiran-jiran bawah rumah ni suka melalak tak sedar azan Zohor dah panggil. Karoake tak OKAY. Azan berhenti tak sampai sesaat kau sambung balik. Aku benci hari orang bercuti. Sampai aku sendiri pun lupa hari ini hari apa? Oh, Isnin. Bermakna ada dua hari lagi aku bekerja sebelum bercuti. Lewat dua hari dari Hari Pekerja. Jadi, dua hari lagi baru Hari Pekerja itu dapat kusambut. Lewat sedikit tak jadi masalah bukan?
Pergh, kau kerja mesti masyuk kan?
Masyuk giler. Sampai setiap bulan kais megi makan megi.
(Takyah nak cakap masyuk sangat, gaji tetap ciput. Orang kerja kilang pun boleh makan McD hari-hari)
Oh, ya. Selamat bercuti la kepada semua pekerja, budak-budak sekolah, penjual-penjual makanan dan seangkatan dengannya. Aku memang suka 'bercuti' di kantor saat orang lain 'bekerja' di rumah.
24 comments:
waaa sedih aku bace..
tapi takpe ar asal kan kau
tak bangla gak kn ngahaa =p
x pyh sedih ehh..
slmt hari pekerja juga =)
LOL.
Kan aku dah ajar haritu cara nak goda boss.
Dah beli fake lashes? Nak hasil yg lebih menakjubkan, kau buka majalah tengok group Gula-Gula tu. Tiru diorang.
Comfirm kau dapat cuti hari2. Tapi dia bagi kau bercuti kat rumah dia la.
Alaa.. cuti jugak kan? Keh3
CHAYO2!! (rasa gedik guna word ni)
cuti umum camtu er tpaksa bersabar je la, komen izzati atas ni boleh tahan lahhh haha :D hana jimi tu ada blog ke hana?
laaa..kena keje ke...erm..mmg kejam..
saya meraikan hari pekerja denagn belanja rakan sekerja.tapi tak cakap awal2.nanti order melampau...
aiilar Hana..tapi kala kamu bercuti orang lain sedang bekerja.adil bukan.maknanya sama merasa.orang lain cuma dapat cuti ketika hari cuti tapi kamu lebih beruntung dapat bercuti ketika orang lain bekerja.hihi
selamat bekerja Hana..kamu pasti suka.
assalam hana
alah bisa tegal biasa. pernah lalui pengalaman itu selama 3 tahun. ada kelebihan dan kekurangan tapi hakikatnya kerja opis hour paling seronok ... he33. selamat bekerja :)
sama mcm kerja aku dulu
kekeke
far8 : ke kau yang bangla? ekeke.
raihana : haha, bukan aku taknak buat ikut cakap ko tapi kerjaan aku ni mmg kena kerja gak. ssh utk cuti. er..cmne eh nk xplain. haha, eh..aku benci la Gula-gula tu. cm celak je! haha.
dayah : hehe. dia ada rasanya. tp xtau url. cuba tanya empunya badan. hehe
zura : tak kejam la..ramai lagi yang bekerja juga. dah masuk bidang ni terpaksalah. :)
pembaris : bila nak belanja saya pula?
Phan : haha, mmgla. tp kadang-kala nak juga bercuti bersama org lain. yes, ini bidang Hana, so terima seadanya bukan?
wachak : ini memang bidang yang Hana pilih bro. so, kerjaan begini sudah lumrah. hehe.
rozami : kerja kau dengan pakcik hashim ke? :p
frommetoyou : insyaAllah
perghh sedih kot shida baca..shida senang lenang cuti 3hari huhuhu..sabar yer~
berkerja pada cuti umum dapat tripple pay. hehehe
shida : tiada apa yang perlu disedihkan. aku di sini lagi ramai. tidak keseorangan. :)
khrlhsym : triple? haha. lawakla tu.
shida : tiada apa yang perlu disedihkan. aku di sini lagi ramai. tidak keseorangan. :)
khrlhsym : triple? haha. lawakla tu.
aku rasa sangat beruntung kerana aku bercuti tiga hari..hehe.
selamat hari buruh!!
pena marhaen : aku juga beruntung dapat kerjaan sebegini! ya, selamat semuanya!
ko tak dengki ke tgk org cuti sedangkan ko kene keje???
hehehehe
cEro : giler ko tak dengki? dengki kor! haha
giler tak dengki? dengki kot!
nak cutii..~~
pijah : aku lg nak!
sebak. moga bonda baik baik saja
seroja : entry mana yang sebenarnya ni? hehe.
Post a Comment