Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, March 25, 2011

Perihal lelaki

Aku tidak mempunyai pengalaman bercinta yang banyak, namun pernahlah merasa disayangi dan dihargai sekejap cuma. Cuti yang lepas sewaktu bertemu dengan sahabat sekolah yang sekian lama tidak berjumpa kami berborak perihal kenangan cinta masing-masing...

Katanya : Aku dah bercinta dengan macam-macam jenis perempuan. Bertudung, tak bertudung, budak sekolah, yang lebih tua...semua ada peel masing-masing.
Kata aku : Kira kau banyak pengalaman la ni?
Katanya : Lebih kurang la...sampai aku sendiri pun tak faham perempuan ni jenis macam mana.
Kata aku : Biasalah, lelaki pun aku susah nak faham walau aku tak banyak pengalaman bercinta macam kau.
Katanya : Ye? Contoh?
Kata aku : Macam-macam, biasalah benda normal tapi paling aku tak boleh blah dengan lelaki jenis macam ni...Google ajak dating candle light dinner.

Pertama kali 'dating'.
Lokasi : Restoran eksklusif.
Menu : Western food.
Situasi : Kita dipaksa makan dan order apa sahaja makanan yang kita suka. Jika kita taknak, si dia akan mengorder apa sahaja makanan sampai muntah kita nak makan. Bil dibayar sepenuhnya oleh si dia.

Kali kedua 'dating'.
Lokasi : Restoran biasa.
Menu : Campur-campur.
Situasi : Makan apa yang kita nak dan bil masih dibayar oleh si dia.

Kali ketiga 'dating'.
Lokasi : Restoran fast food.
Menu : Ikut selera perut masing-masing.
Situasi : Makanan dikongsi sebab kata si dia, baru romantik dan jimat sedikit. Kali ni kita lah bayar sebab kenalah faham takkan asyik si dia je nak keluar duit kan. Si dia pun terima tanpa banyak cakap.

Kali keempat 'dating'.
Lokasi : Warung tepi jalan.
Menu : Apa yang ada.
Situasi : Kita sahaja yang makan kerana si dia kata dia kenyang. Bila kita kata, nak belanja dia taknak. Bila kata bayar asing-asing pun taknak. Kasihan si dia lapar sebenarnya.

Kali kelima 'dating'.
Lokasi : Kedai mamak.
Menu : Aku makan nasi campur, si dia hanya minum teh tarik.
Situasi : Aku paksa dia makan apa yang dia nak dan order apa sahaja. Kali ini biar aku bayar bil. Tapi ego masih tinggi, masih tak mahu katanya sudah kenyang.

Dari situ kita dapat lihat bagaimana susah payahnya si dia mahu memikat kita dengan memancing ke tempat yang ekslusif dan mahal pada awal-awalnya. Sedangkan bagi aku, kenapa sampai begitu sekali? Bukan tidak bersyukur, cuma bagi aku, aku tak perlukan semua itu. Cukup sekadar membawa aku ke tempat makan yang sedap dan kenyang. Kalau boleh, yang boleh menggunakan tangan dan makan dengan penuh berselera. Ini tidak, kalau makan tempat eksklusif, makan pun kena kawal-kawal, makan pun tak kenyang, hati pun tak senang. Tambahan pula...

1. Aku tak reti sangat makan guna sudu, garfu apatah lagi pisau.
2. Aku tak reti nak behave dekat tempat makan ekslusif ni. Formal sangat.
3. Lidah aku susah nak terima masakan lain melainkan masakan Melayu. Boleh makan cuma perut aku mesti akan minta diisi dengan masakan Melayu.

Jadi, tak perlu memikat dengan cara sebegitu, ia bukan sesuatu yang romantik tetapi sesuatu kerugian. Si dia rugi duit dan aku rugi sebab perut tak kenyang. Lebih ralat lagi, sebenarnya si dia tak banyak duit pun. Tapi, sanggup berhabis pada kali pertama semata-mata mahu memikat hati. Sedangkan si dia silap, aku bukan jenis begitu. Bawa sahaja aku makan di kedai mamak, dan aku lebih senang hati dari makan tempat yang ekslusif dan mahal tapi akhirnya dua-dua tak senang hati.
Kadang-kala lelaki silap, minda mereka masih fikir perempuan terlalu materialistik sehingga sanggup memikat dengan menunjuk-nunjuk yang dia punya duit yang banyak. Aku tak perlu tempat makan yang mahal jika mahu menjadi pendamping hidupku. Makan sahaja di mana-mana. Apa yang penting, bila dah bergelar suami, si dia punya kewangan yang kukuh untuk membina bahtera bahgia. Bukan hanya mewah kala bercinta, bila dah terikat...duit aku jadi duit kau. Mahu?
Sempena Earth Hour esok malam, jom kita candle light dinner depan rumah ramai-ramai?

12 comments:

APi said...

ah perihal cinta rupanya..
mememikat..
walau tak pernah lalui tapi aku setuju dengan pendapat kau tuh..

Emmie Idris said...

:) terus terang dan saling memahami itu perlu. cinta kerana Allah, pasti bahagia, insyaAllah.

cEro said...

realiti di mana perempuan mahukan lelaki yg berkewangan yg stabil mmg ade..
mgkin terlalu byk smpaikan perempuan yg tak begitu sudah dianggap minoriti...
bg menjamin kesetiaan, kdg2 pelaburan besar diperlukan..kan?

hanaahmad said...

api : terima kasih kerana bersetuju.

emmie : erk? macam lari je apa yang ko komen ni. ehehe.

cEro : betul tu. tapi bagi aku, simple dan bersederhana dah cukup memadai. aku tak perlukan emas untuk membuakkan rasa cinta.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

sy memilih mknan.cmne lah ? hehe ... klau g mkn, mesti order nasi ayam halia ... dh kena cop nasi ayam halia dah .. hahaha .. tp klau kat mamak, xthu nak order ape .. order roti kosong sudahlah ...
makanan seperti burger, pizza xdpt di mkn oleh sy, pasti muntah .... seyesly .. .ada mslh kot . kiakia ...

entry ni mengingatkn sy dgn ex sy :(

hanaahmad said...

inspirationalefeks : dan kamu mengingatkan aku dengan ex aku juga yang sangat memilih makanan dan tempat makan. terpulang bro, yg penting tidak perlu terlalu menunjuk dengan membawa tempat makan yang mahal. yang penting bersih dan halal. :)

apek poyo said...

wahh..senang la hana nih..jom kedai cendol tepi sungai melaka..ekekek

hanaahmad said...

apek : jom! sedap tu weh!

ghost said...

usaha lelaki tuh kadang-kadang over tapi cuma satu jer niat dia..

usaha pompuan itu nampak simple tapi kadang-kadang terlalu banyak yang dia inginkan...

Unknown said...

Kekadang lelaki ini dia berbuat mcm 2 nk tunjukkan betapa dia nilai girl yg dia minat..so,kalau kali pertama, dia nak benda tu istimewa supaya jd kenangan..itu pandangan nadz la..

hanaahmad said...

ghost : mungkin juga. :)

nadzmy : ye, betul tu. tapi jika betul niatnya takpe. jika sebaliknya? hehe. takpela..setiap org ade cara masing-masing kan. terpulang. :)

Hamilton said...

:) terus terang dan saling memahami itu perlu. cinta kerana Allah, pasti bahagia, insyaAllah.