Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, March 25, 2011

Berhenti menghukum

Aku kembali mengisi ruang sekangkang kera ini. Mari lupakan sebentar segala kisah penuh duka yang aku dan kesayangan-kesayangan aku lalui. Buka baju lama, pakai baju baru. Moga ia menjadi pedoman yang paling pahit pernah kami telan. Berhentilah menghukum, dia tetap darah daging aku sampai mati.
Aku mungkin membuatkan kamu semua tertanya-tanya apakah masalah besar yang sedang aku lalui sehingga sejak kebelakangan ini, laman ini hanya terisi dengan nada sendu dan duka. Percayalah, jika aku punya daya, akan aku kongsikan segalanya bersama kalian. Tapi, ia bukan cara terbaik. Biarkan sahaja. Maaf, jika kamu semua tidak mengerti. Jangan meneka apa-apa kerana aku pasti tekaan itu pasti tersasar dan mungkin menimbulkan fitnah yang selayaknya lebih hina dari membunuh.

7 comments:

ghost writer said...

baik lah aku tidak akan meneka...

dan aku tidak akan bertanya pada suatu jawapan yang aku tidak akan dapat..

percayalah saat ini aku rasa,aku lebih layak mendengar.

hanaahmad said...

ghost : aku tak tahu bagaimana mahu meluahkannya. tapi, jangan gusar segalanya sudah selesai dan kembali normal. lumrah hidup, DIA timpakan dugaan supaya kita lebih peka tentang kewujudanNYA.

APi said...

tahniah..
Dia memilih anda kerna sayangNya pada anda..
anda lebih mengerti apa yang tersurat mahupun tersirat..
akhirnya nanti pasti ada penyelesaiannya..

hanaahmad said...

api : alhamdulillah, sudah selesai. yang pasti aku bukan subjek utama sekadar watak sampingan yang turut terkena tampiasnya. terima kasih. :)

suffer8zine said...

ape cer nye ni kembo?

Terkini : 4 Video Bunuh Diri Di KB Mall

sumanje said...

em................
cam leh buat rujukkan je...nie...

hanaahmad said...

suffer : takde cerita. hehe :)

sumanje : rujukan?