Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, March 18, 2011

Konklusi


'Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end.'

Si kiri berkata begitu, si kanan berkata begitu. Telinga hanya mampu menadah dan menyimpulkan konklusi. Malangnya, konklusi masih tidak terjawab dan ia hanya menambahkan kekeliruan serta kekusutan yang ada. Saat ini, aku masih tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi. Beri aku satu jawapan kepada kekeliruaan yang wujud. Jangan biar kotak hati aku ini menjadi berat sebelah dengan memihak kepada satu pihak sahaja, kerana aku tidak mahu ia terjadi. Satu sahaja. Aku mahu jawapan yang positif. Kasihan jasad kecil itu. Masih belum punya hati dewasa untuk mengerti. Aku sayang kalian. Tolong jangan hancurkan harapan aku.


13 comments:

ghost said...

untuk kamu: "everything will be okay in the end".biar segalanya tampak sukar pada permulaan tapi akan berakhir dengan satu kesenangan.tapi bukan lah didasarkan dengan 'happy ending' semata-mata,cuma ia semestinya begitu.

harus jangan goyang dan tetapkan pendirian.

hanaahmad said...

ghost writer : berharap keajaiban akan berlaku. tampak mustahil tapi mana mungkin kita lupa kuasa Tuhan, berdoa dan meminta dari DIA lebih memberikan ketenangan hakiki.

dayah said...

tawakal la hana kalo nk ada good conclusion. mesti ada objective dia kalo nk achieve apa yg ko nk. er betul ke apa yg aku komen ni huhu

Taufan Bin Ribut said...

tawakalallalah..

Ariffin Abdullah said...

dont give high expectation in every matters. so, u will not disappointed at the end.

result is not the best pride, but the pride is our effort. No matters what happen, you will satisfied if u alredi put all ur effort to get what u target.

anyway, Good Luck

suffer8zine said...

good luck kembo! keep it up!

Terkini : Malaysia Bebas Kesan Radiasi

APi said...

tenangkan diri sebelum membuat pilihan..
fikirkan kembali pro dan kontra sesuatu itu..
rasionalkan emosi, pilihlah dengan naluri, tawakal kepada Ya Rabbi..

Sophie Al-Yahya said...

kenapa aku tak paham weh?? T_T

tp ayah aku selalu pesan. dlm hidup ni..ikut otak, jangan ikut hati.

cEro said...

percayalah Yang Maha Esa sentiasa merencanakan yang terbaEk untuk hamba-Nya..
kiranya ianya berat dan susah, tempuhilah dengan sabar dan berani, sebab Dia tahu kau mampu, kerana Dia hanya menguji hambaNya sekadar kemampuan mereka..

Emmie Idris said...

sebelum konklusi wujud, kenali diri, siasat punca masalah, dan jadilah orang kritikal. jika otak rasa terbeban, tak salah guna pen dan kertas dan catit segalanya...mungkin di situ akan terungkai segala. don't opt for a conclusion, opt for various suggestions for resolution - less pressure. :)

hanaahmad said...

dayah : sejak dulu sentiasa tawakal dan berserah. alhamdulillah, sudah temui konklusi yang dicari. cuma macam biasalah, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. terima kasih dayah. :)

taufan : insyaAllah. :)

ariffin : thank you. :)

hanaahmad said...

suffer : thanks. :)

api : menenangkan diri sendiri mungkin mudah tetapi mahu menenangkan ramai orang sesuatu yang sangat susah dibuat terutama jika melibatkan orang yang kita sayang. terima kasih. :)

sophie : aku percaya ramai lagi yang tidak faham. ikut hati dan berlandaskan syariat itu yang dituntut. :)

hanaahmad said...

cEro : dugaan yang melanda sememangnya satu pengajaran paling berharga dan tak ternilai. terima kasih. :)

emmie : masalah besar yang melibatkan banyak pihak. alhamdulillah segalanya sudah terjawab dengan jawapan yang aku mahukan. terima kasih. :)