Cakap-cakap orang di sana-sini perihal orang itu dan orang ini hanya menerbitkan segaris senyuman di bibir diiringi bunyi decitan yang rentaknya agak perlahan. Aku yakin situasi ini turut ada di kantor yang lain walau cerita dan pelakonnya berbeza. Tidak mahu dianggap sombong dan 'poyo', cakap-cakap orang ini aku layan dengan layanan separuh bulan supaya aku diterima secara baik walau aku tau ia kelakuan yang cukup tidak berhemah. Apa yang perlu dilakukan? Diam dan dengar lebih baik dari aku turut sama terlibat bercakap-cakap yang 100 peratusnya menambah masuk nilai dosa yang tak terbilang. Senyum sahaja seperti Najwa. Cerita-cerita ini bukan cerita kosong tapi cerita penuh 1001 pengajaran. Aku pandang dengan sepositif yang mungkin, jangan diikut langkah si pelakon itu. Geleng kepala tiga kali dan senyum buat kali ke? Kalah kisah artis weh!
Sedang kemaruk gila dengan lagu dari anak pak menteri kita ni. Cuba layan, jika secara tiba-tiba ada rasa keinginan memuat turun lagu ini selepas mendengarnya bermakna kita punya jodoh! er...yang pria sahaja ya! yang gadis kita geng!
Ucapan selamat kepada cEro kerana berjaya menjawab soalan di bawah dengan tepat sekali! Hadiah yang seharusnya topup RM10 direquest untuk ditukar menjadi aktviti 'ngeteh' bersama pada waktu petang! Haip! Jangan bercakap yang bukan-bukan. Ini bukan gosip liar. Ini realiti. (Dah lama berjanji nak ngeteh sama sebenarnya)
7 comments:
aku tidak muat turunkannya...aku lebih takut kesan lagu tuh dari jodoh yang ko katakan tuh hana..he3
@ghost : haha, kelakar kamu ini!
pasal ape ni ?
erkkk pasal ape ni :P
Terkini : 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
moh ngeteh..^ ^
adakah najwa anak TPM kita?? sila apdet gua dengan infomasi ini TQ
Gramtisnya bahasa melayu!! =) Tapi aku still paham weh! Wow! My BM is not bad actually! Najwa Mahiaddin first time dgr.. hurmmm
Post a Comment