Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, March 29, 2011

Busuk!

Aku lelah dengan orang yang tak punya hati untuk titip secubit doa yang baik-baik untuk manusia lain. Sentiasa menghukum dan mahukan orang-orang yang sememangnya tidak akan pernah sempurna jatuh terduduk sehingga doa buruk itu tidak pernah lekang dari ulas bibir. Tolonglah, apa rasa jika dia adalah keluarga sendiri? Berhenti. Jika tidak mampu doa yang baik-baik, lebih baik zip mulut kamu dari kata-kata yang sakit dan kejam. Kamu harus diajar bagaimana perlu memahami bahawa manusia itu tidak akan pernah lari dari landasan yang salah. Dan salah itu belum tentu salah sampai mati! Buanglah hamis-hamis busuk itu wahai manusia-manusia yang tidak punya hati manis. Aku doa kalian punya hati akan disirami wangi lantas menutup segala cela yang membusuk.Terima kasih google sebab berhati manis.

Lidah kita sering tidak dapat dikawal sehingga mengatakan; 'harap-harap lepas ni kau pula yang kena, aku doa muka kau hodoh, aku doa dia pula jatuh, aku harap lepas ni dia pula kena tinggal, lepas ni confirm dia kena balik, tengoklah mesti tak tahan lama punya, perangai macam tu memang patut kena tinggal dan bla, bla, bla, bla, bla.'
Segala yang buruk memang takkan pernah lari dan aku juga tak terkecuali menuturkannya. Aku cuba dan berharap sangat agar doa yang manis-manis akan sering mekar di ulas bibirku dari yang busuk-busuk. Aku percaya seyakin-yakinnya tiada manusia yang sempurna melainkan Allah kerana segala sifat yang kita punya adalah milik DIA yang kekal. Tak yakin? Cuba kamu selam kembali 99 Nama Allah. DIA yang Maha segala-galanya. Kita? Tidak punya apa. Sebab kita tak sempurna DIA.

14 comments:

AkuMuzikFilem said...

kecenderungan manusia untuk bersikap camtu. diingat balik, pasti sesal.

hanaahmad said...

AkuMuzikFilem : lumrah kan. :)

Inspirationalefeks said...

memberi nafas baru :). kadang kala kita lupa akan kesalahan kita, disebabkan itu mungkin kita akan rasa menyesal, kita memang perlu membuang hati busuk :) .. don't give way to hating :) .... buang jauh2, ye dak ? :)

hanaahmad said...

inspirationalefeks : itu yang perlu. manusia, memang takkan pernah ingat.

wachak said...

Manusia tidah lepas dari melakukan kesilapan tapi ramai yg tidak belajar dari kesilapan yang telah mereka lakukan.


Oleh itu 'Tolong Ingatkan Aku'

NurSya said...

memg lumrah mnusia yg sntiase ade rse hasad dengki dlm diri..

p/s --> perkara yg terbaek n lebih mudah utk kte lakukan..evaluate ourself n trime seadanya kekurangan n kelemahan org laen..:) chilllllll :D

ghost writer said...

mereka tak akan senang selagi kita senang.elemen paling hebat yang ada dalam jiwa manusia..mengharap kejatuhan orang lain untuk membuatkan mereka tersenyum puas..

jauhi lah dan teguh pada pegangan sendiri.

hanaahmad said...

wachak : selalunya bila depa dah jatuh tersungkur dan hampir meninggalkan dunia baru tersedar. tapi, sayang mungkin sudah terlambat untuk belajar dari kesilapan. Sedap lagu tu. hehe. :)

nuSya : kan..memang lumrah. :)

ghost writer: insyaAllah. memang harap dijauhkan. :)

JelinaJoli said...

kadang2 masa marah memang cakap suka hati je. pastu baru sendri nak insap....

cEro said...

kebanyakan perangai manusia, sama ada busuk atau elok, kdg2 membuatkan aku tersenyum sorg2, sebabnya? kelakar..

APi said...

bila emosi mengawal diri..
perkara sebegini terkeluar dengan sendiri..
mungkin sudah acap kali..
lalu terbiasa dalam sanubari..

madammondoq said...

salam..

nice blog..
nak tahu tak apa yg setiap malam..malam pertama?
salam singgah ke blog saya..

TQ

hanaahmad said...

jelina joli : Ouch! jelina komen blog gua la! hehehe. tulaa. mmg sedap mulut je kan...

cEro : tau xpe. sangat kelakar.

madammondoq : terima kasih. :)

niena shopping2u said...

kesini pulak :)