Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, March 27, 2011

Belum puas gapai bintang

Hidup sampai bila-bila kita tetap dahagakan kepuasan. Kita buat, kita buat sampai puas hati. Bila cela, kita buat lagi sampai puas hati. Aku, masih banyak lopong-lopong kepuasan yang belum puas diisi. Aku mahu itu, aku mahu itu. Itu namanya tamak. Dan jangan bohong, kamu juga tamak. Jangan gusar, pepatah 'orang tamak selalu rugi' itu kasi buang jauh. Ia rugi jika kamu sendiri tak bersyukur dengan apa yang kamu nak. Tak salah mahu tamak jika ia dapat mengisi segala positif dalam diri.

Sehingga kini, aku masih belum puas. Berpuluh-puluh aku rugi sehingga 24 tahun ini tiada satu apa pun yang lebih dalam diri. Orang lain punya itu dan aku tiada apa-apa. Orang lain sudah mampu dan aku masih belum mampu. Orang lain boleh buat dan aku masih terkial-kial. Segala-gala yang sudah itu buat nafsu aku tercabar. Aku rasa, selama ini masa terlalu banyak waktu yang aku lontar dengan isi kosong tanpa warna yang cerah. Kusam.Menggapai bintang di google.

* Aku taknak kalah dengan Nikki Al-Atan dan aku mahu seperti Andrea Hirata bila tua mahu lagenda seperti Tan Sri A. Samad Said dan Pramoedya Ananta Toer tapi sebelum tu mungkin aku perlu kasi jatuh Aidil Khalid atau takyah nak tinggi sangat angan-angan minah jenin, Ghost Writer punya rasa pun belum tentu boleh dapat tangkap. Takpun nak langgar sedikit rentak Fynn Jamal, atau boleh juga kalau 'feeling-feeling' dabik dada dengan Wani Ardy, dan kalau rasa hebat cubalah langgar bahu dengan Zahiril Adzim. Boleh juga cuba jadi misteri macam Hlovate.
- Ini boleh jadi contoh, tolonglah percaya yang aku memang kagum dengan mereka.

Bintang yang ingin aku gapai mungkin tidak sama dengan orang lain tapi percayalah setiap dari kita pasti punya sasaran hidup yang hakiki. Jika tidak, tidak mungkin adanya perkataan 'kepuasan'. Untuk dapat gapai, kita punya jalan sendiri. Ada yang sanggup bermandi peluh, ada juga yang tak sanggup menitis walau hanya sebutir peluh di dahi. Itu namanya memutuskan asa itu!

Ya! Aku belum mahu buat keputusan memutuskan asa itu! Bintang yang mula bersinar sejak sunti harus aku gilap lebih cerah supaya ia jelas dan mudah untuk digapai. Kata sahaja aku sekadar berangan kosong. Nafsu tercabar mana mungkin dapat ditahan rasa yang sedang membuak-buak? Jadi, wahai bintang jangan kau hilang walau siang tiba. Biar nafsu aku sentiasa cerah dan tidak tersengguk di tengah landasan kaca.

Nota kakiku, kakimu jua : * Sekadar menyebut beberapa nama yang sering menghantui kotak bintang aku. Jika dilampirkan lebih banyak, lelah pula mahu linkkan. Aku bukan pembaca karya luar tapi sedang cuba menjinakkan nafsuku ini dengan mereka. Pandanglah rendah, aku memang cinta dengan karya Nusantara.


11 comments:

ghost said...

suatu kebaikan yang kita masih boleh raih di atas rasa ketidakpuasan kita atau masih gagal mendapatkan apa yang orang lain sudah dapatkan ialah semangat perjuangan diri yang sentiasa berkembang dan optimis...yang tidak pernah gagal untuk kita berusaha sedaya yang mampu dan percaya kalau masa untuk kita tetap ada selagi kaki kita masih berpijak di bumi(belum hanya tinggal roh).

menjadikan seseorang itu sebagai yang terinspiratif suatu yang sangat menhidupkan jiwa kita sesuai dengan keinginan kita untuk berubah dari satu tahap kepada tahap yang lain.maka selagi ia belum lemah dan dilemahkan alangkah bagusnya kalau kita sudah semakin menghampiri bimasakti yang lain untuk melihat bintang dengan lebih dekat.Tidak perlu mencapai bintang yang diluar kemampuan kita kalau kita sudah cukup gembira melihatnya dengan lebih dekat...

suffer8zine said...

heheh x pe nanti try gapai taik bintang pula

Terkini : Biri-Biri Lahirkan Anak Anjing

The Dude said...

Terlalu tinggi kau letak aku. Kau tak pernah kalah bila aku sendiri tak pernah menang.

Si Aku ini belum cukup masak dengan kehidupan untuk kau bariskan dengan Zahiril Adzim atau Fynn Jamal apatah lagi Penulis Hantu itu.

Kita memang tak pernah puas dengan apa pun yang kita buat. Sebab kita manusia. Manusia memang tak pernah puas.

Apa pun, bagi aku ini satu penghargaan. Terima kasih Hana Ahmad :)

hanaahmad said...

ghost writer : sesuatu yang buat aku terus jadi gila dengan kegilaan aku dengan menjadikan seseorang itu pesain dalam setiap apa yang aku ingin lakukan. sekadar berkogsi rasa. aku cemburu dengan apa yang kamu mampu lakukan.

suffer : lawak. :)

si aku : hidup perlukan persaingan dan aku jadikan kau pesaing sihat aku...aku baru kenal kau tapi ia sudah cukup buat aku yang di bawah ini tercabar. ye, manusia tidak akan pernah puas. sama-sama. :)

APi said...

kau punya inspirasi hebat yang membolehkan kau menggapai bintang itu suatu hari nanti. walau terpaksa menempuh awan, walau terpaksa menerjah langit, walau terpaksa membelah cakerawala, bintang itu tetap kau akan gapai. terbanglah wahai hana..

hanaahmad said...

api : terima kasih, kamu juga menjadi inspirasi buat aku. aku sedang cuba menerbangkan diri setinggi helang di langit, aku cuba namun aku perlu sabar. harap bintang itu tak lari dan aku dapat gapai dengan senang hati. :)

APi said...

ah. malu rasanya untuk aku dijadikan inspirasi. penulisan cabuk aku tak layak untuk diinspirasikan. tak seperti kalian. jauh sekali ibarat dasar lautan ke langit ke-tujuh..

hanaahmad said...

api : janganlah begitu. mari kita sama-sama terbang menggapai bintang. :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

masa kecil kita bermain dengan riang dan tak pernah kita pikir tentang masa depan kita, kita sentiasa seronok sama seperti kanak-kanak lain. Tapi kini kita masing-masing punya cita untuk digapai, ada yang ingin tinggi melimpasi awan, dan ada yang ingin gapai bintang, *popstar berkelip-kelip* gengsot pelan-pelan ya! :)

hanaahmad said...

inspirationalefeks : iya! pasti! aku takkan berhenti mengengsot walau diganggu si semut merah. :)

Azlin Azman said...

hidup perlu mempunyai tujuan. baru boleh merasa kepuasan :)