Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, February 3, 2011

Perempuan lemah

Sikit-sikit menangis, sikit-sikit sakit, sikit-sikit lemah, sikit-sikit tak boleh buat itu-ini.

Satu benda yang paling aku tak berkenan ialah perempuan lembik! Maaf cakaplah. Aku pun perempuan juga, aku juga pernah menangis, aku juga pernah sakit, aku juga pernah lemah, aku pun bukan sempurna, banyak benda yang aku tak boleh buat itu-ini. Tapi, sebagai seorang perempuan atau selayaknya sudah boleh bergelar wanita yang lasak, hidup berdiri atas kaki sendiri adalah satu kepuasan buat aku tanpa perlu bergantung hidup pada mana-mana orang terutama yang bergelar lelaki.Picta belas ihsan dari teman lelaki google.

Ada orang, hidupnya seratus peratus bergantung hidup pada lelaki, teman lelaki. Dari segala-gala sekecil kuman punya masalah pun tak boleh nak handle dan segala-galanya memerlukan lelaki. Perempuan ni lemah sangat ke? Aku benci perkataan lemah. Wanita sememangnya memerlukan lelaki. Perlukan lelaki untuk cinta dan kasih sayang. Tapi, cuba bayangkan jika hidup kita seratus peratus hanya bergantung hidup kepada sang pria, dan bayangkan jika sang pria itu tiada iaitu meninggal dunia di saat kita sememangnya lemah. Bersiap sedialah, kalau segala-gala berlaku sekelip mata. Dengan siapa kita nak bersandar?

Kalau baru bercinta bagai, tak payah nak ngada nak bergantung sana-sini. Kasihan teman lelaki. Lainlah kalau dah jadi suami isteri, dah memang jatuh pada tanggungjawab sang suami.

Bangunlah weh, belajar untuk berdikari, belajar selesaikan masalah guna otak sendiri. Aku dah cukup jelik dengan perempuan sebegini. Bukan tak boleh, tapi mengada-ngada lebih. Maaf.
Terbaca artikel Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki. Aku juga insan lemah. Masih perlukan sokongan dan bahu lelaki untuk bersandar. Tapi, hidup kena kuat. Baru orang respect kita. Baru kita tak ditindas. Memetik kata-kata Annysa dari filem Perempuan Berkalong Sorban karya Hanung Bramantyo :

Jangan sebut aku perempuan sejati jika hidup hanya berkalang lelaki, tapi bukan berarti aku tidak butuh lelaki untuk aku cintai.

11 comments:

mahirahkamal said...

memang meluat kalau perempuan depends 100% dkt bf. bila break up jadi meroyan

hanaahmad said...

mahirah : kan. macam lah tak boleh hidup tanpa lelaki. haha.

wachak said...

Lelaki pun x suker perempuan yg x pandai nk berdikari ni. asyik nk duduk bawah ketiak jer .. haighhh !!

hanaahmad said...

wachak : kan! tapi ada jugak lelaki suka perempuan mengada-ngada kan? hehe

amira faqihah said...

huhu sob sob,,terasa,,mira selalu nange s-.-

Hafriz Mohamad said...

masing2 ada plihan msing ler...^_^ hmm...

dayah said...

nk nangis baca entry ni. pecaya tak ;)heh, hana...jgn3 lupa jg diri

cEro said...

pompuan yg independent kelihatan hot pd aku..

hanaahmad said...

twinkle : alaaa..xde niat nak perli kamu. hehe.
hafriz : bergantung pada orang.
dayah : haha. kamu juga dayah. gudluck okay. :)
cEro : awww.. aku hot kan? haha

Sophie Al-Yahya said...

ehh,,,
aku baru tahu ada penyakit mcm ni.
walaupun nampak kecik je isunya,
tp nak menanggung seumur hidup tu..huhuhu..
sabar ehh..

hanaahmad said...

sophie : alaaa..tersalah entry komen ni kan? hehe. tula pasal. mmg nak menangungnye sepanjang usia agak mencabar emosi gak la. haha