Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Saturday, February 5, 2011

Maaf, saya tak mampu salam...

Aku sebenarnya mempunyai tahap ketidakyakinan yang tinggi apabila hendak bersalam ataupun memegang tangan orang lain. Bila ke kenduri, balik kampung, ke mana-mana sahaja majlis, perkara yang paling aku risaukan ialah ketika hendak bersalam. Kadang-kala aku akan cuba elakkan untuk bersalam. Bukan berniat menjadi kurang sopan tapi aku tiada keyakinan diri. Aku jadi segan dan takut, sebabnya...

14 tahun yang lalu...


Cikgu PJ : Okay semua buat bulatan dan pegang tangan kawan masing-masing.

Masing-masing menggenggam tangan kawan di kiri dan kanan.

Cik kawan : Eee...tangan kau basah, geli la nak pegang.
Cik less confident : Erm..yela. (Berkecil hati~)

Gambar ihsan cik abe google~

5-6 tahun yang lalu...

Pengawas peperiksaan : Awak nak buat apa dengan tisu ni? Ooo...meniru ye?
Cik less confident : Eh, tak. Saya nak buat lapik. Tangan saya basah. Kalau tak lapik nanti kertas habis koyak.
Pengawas peperiksaan : Oo....(menggangguk dengan muka blur)

Di mana-mana saja majlis yang memerlukan berjabat tangan...

Aku hanya akan salam jika orang yang hulurkan tangan dahulu. Kalau tak, aku buat tak tahu jela. Sebab...selepas bersalam dengan aku, secara automatiknya orang itu akan segera menarik dan mengelap tangannya. Walaupun secara kasarnya tak nampak sangat, tapi aku boleh perasan apa yang dilakukan oleh mereka. Kecil hati? Dulu ya, sekarang dah lali. Siapa tak geli bila bersalam dengan tangan yang berpeluh?

Tangan berpeluh? Iya, ataupun Hyperhidrosis.

Aku menyedari kehadiran penyakit pelik ni ketika di sekolah rendah lagi dan ianya disedari pun setelah berlakunya kejadian-kejadian di atas. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah tangan berpeluh ni termasuklah cik artis AF Heliza Helmi.
Masalah tangan berpeluh ni sememangnya menganggu kehidupan seharian. Kalau pegang kertas lama-lama, kertas tu boleh lunyai. Kalau pegang duit pun boleh lencun. Kalau pegang buku memang habis comot.
Jadi, bayangkanlah tangan aku ni dah macam paip air. Bukan setakat tangan, kaki pun sama berpeluh. Sebab itulah aku sentiasa ada spray kaki nak elak berbau disebabkan peluh yang mengalir laju. Ha-ha.

Ada kaedah rawatan bagi merawat penyakit ini tapi aku rasa aku masih lagi boleh kawal dan sekarang macam dah okay sikit mungkin sebab kerja dalam opis berair-cond.

Kena kutuk dan bahan pasal tangan berpeluh ni dah lali dah. Kena perli apatah lagi. Tapi aku tahan telinga jela bila orang perli kan. Ada juga yang buat aku rasa terharu bila ada yang nak bersalam, aku cakap yang tangan aku berpeluh tapi nak tahu apa manusia tanpa diskriminasi itu cakap?

Katanya : Takpe, salam je. Takde hal la.

Ada juga yang menjawab : Kita serupa lah!

Bila dapat yang serupa mula rasa happy. Rupanya bukan aku seorang sahaja makhluk asing lagi aneh di muka bumi ini. Aku tak tahu la penyakit ni penyakit keturunan atau tak sebab abang sulung dan anak saudara aku juga mempunyai masalah yang sama. Bayangkan anak saudara aku yang kecik tu pun dah berpeluh-peluh bagai. Kasihan dia! Harap bila dia besar nanti dapat handle anugerah ini.

Ada sesiapa yang punya masalah yang sama? Mari kongsi rasa!

29 comments:

nina asri said...

kwn nina pun ade mcm hana.
tp nina tak kisah pun nak salam dgn dia.
alah tak sume orang perfect kan hana
:)

hanaahmad said...

nyna! lama xdgr cte. hehe. tula, ade yg geli ade yg sempoi. tapi hana segan jugak nak salam walau kawan tak kisah! hehe

cEro said...

dalam hidup aku dan manusia sekeliling, hiperhidrosis mmg biasa..
macam aku, aku selalu berpeluh hanya di sebelah kanan badan..
Pelik tak?

hanaahmad said...

cEro : yeke? kau lagi pelik! tula, dulu aku ingat aku je yang asyik berpeluh rupa-rupanya ramai lagi! bermakna ianya bukan pelik tapi unik! haha

amlnafrhn said...

kawan sy pun ada mcm tu sis.
ala bukannya apa pun kalau tgn berpeluh kan?kan?

wachak said...

Salam Hana.
wa tangan berpeluh tu kurang ckit tapi kaki berpeluh ditambah bau yg kurang menyenangkan ( paham2 sudah ). Perkara ni berlaku dah lama dah. Bila perkara memerlukan wa buka kasut timbul perasaan yg hana hadapi. Untuk mengatasi masalah ini wa tukar kasut + stokin sekerap yg mungkin. Sebelum pakai kasut tu kena spray ngan antibektiria. Dan yg paling mujarab wa rasa, wa kurangkan penggunaan kasut. Nak gi mana2 wa guna selipar jepun jer.

PuanPepel said...

rumate kite dulu pun camtu.... sentiasa bwk sapu tgn sbb tgn peluh2/.

hanaahmad said...

amalina : memang ramai yang tangan berpeluh. benda ni boleh buat kita hilang rasa yakin untuk bersosial disebabkan peluh melampau. macam apa yang sis alami sekarang.

wachak : betul tu bro, dulu masa di TV9 terpaksa pakai kasut bertutup sebab lasak hari2 assignment luar. so, kaki selalu berbau. kadang2 bila spray kaki habis mmg meroyan la hidup. segan kaki berbau. huhu.

cikpepel : yeke, sekarangni hana dah okay sikit. masa sekolah memang kena ada sapu tangan. huhu

Izwanie Eynia said...

sy pn kdg2 mcm tu.. tgn bpeluh xtentu psl.. bla kena aircond menjadi2 la kepeluhan itu. huhu. xselesa.. nk pegang sesutu pn jd susah sbb tgn licin. T__T

mahirahkamal said...

tgn saya akan berpeluh bila nervous

hanaahmad said...

izwannie : kan! dalam air cond berpeluh tau. memang basah lencun semua benda. hehe

hanaahmad said...

mahirah : hehe. same la. tangan memang berpeluh2 time neves, takut ataupun kelam kabut.

amira faqihah said...

huhu.kwn2 mira yg mcm akk pon rasa renda diri..tp kiteorg sme2 support die,,xpayah nk pikir sgt :)

hanaahmad said...

twinkle twinkle : beshla dapat kawan cmtu. dapat kawan yang asyik membahan jeh memang sakit hati la kan. huhu

ghost said...

penah ada kawan yang hidap penyakit nih..asal nak menulis mesti lapik dengan saputangan...tapi takda apapun nak dimalukan..tahan jer aper owank nak kata..xplain kat dowank.

Mr.TN_SkY said...

hehe..setiap org tidak perfect..SkY xde pnyait nie..tpi mslh rabun? haha..:-D cume pandai handle dan be confident saje..:-D...nice entry..like it..

KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?

hanaahmad said...

ghost writer : hehe, tula. dulu masa exam mesti berlapik2 bagai. ada kwan yg xkisah ada yang cam geli. lumrah la tu. hehe.

Mr.Tn_SkY : hehe. rabun tu adalah perkara biasa. ini penyakit tidak normal. hehe. betul tu2 terpaksa meyakinkan diri je. :)

armouris said...

info tentang hiperhidrosis di SIHAT SELALU - Hiperhidrosis : Penyakit Peluh Melampau

.kozue. said...

oh hoi cik hana~
erm kita ada penyakit yang sama mungkin,ekeh keh~
tangan dan kaki saya memang cepat berpeluh, banyak pula tu.
segan nyah~ haha~ kiter pun dah bese dengan kutukan dan perlian dari member,siap kata gila s**** lagi, sedih tau (nada mengada)~
ahuha~

The Dude said...

Penyakit ni boleh baik kan? Kau kena buat pembedahan lah tapi. Sbb member aku ada masalah macam ni. Memang meganggu tahap confident dia lah. So, dia pergi jumpa doktor and doktor suruh dia buat pembedahan apa ntah and now dia dah elok. Takde lagi masalah mcm ni. So, kau pergi lah try okay?

hanaahmad said...

armouris : terima kasih!
lolipop itu manis : oh! kita istimewa!
itu aku : memang boleh operation tapi ade yg bila dah operate lgsg tak berpeluh. naya gak tu. hehe

lila said...

kiter samerlahhh :) huhu.saye search tentang penyaket neh , dan terjumper blog awk nehh.mmg rse xkonfiden , nk pkai heels pon susah , sbb berpeloh sgt , smpai kulit terkopek , berpeloh pnyer psal -__- huhu .lebh selese kalau pkai kasot bertutop n pakai stokin :).tgn pon mmg kuat berpeloh hurm

hanaahmad said...

lila : yay! ade geng! tau xpe. tangan saya pun pernah terkoyak sbb bergesel dgn besi ape ntahh..sbr jela k. kita ni special. :)

amir said...

http://www.facebook.com/pages/Hyperhidrosis-Malaysia/120123561389967

meh2 join kitorang

hanaahmad said...

amir : yeah! will do. thnx! :)

cik azeya said...

wah. rasa macam special ada bende ni. teringin pulak nak ade. (:

hanaahmad said...

cik azeya : mana ade special. rasa rimas adela. hehe. tgn/kaki berpeluh, pakai selipar je mampu.

Anonymous said...

Aq pown same ad penyakit nie..kekadang ad benefit gak..time aq g pjbt pos x de gam nak gam setem tp gam abes ap lg aq gune peloh aq tok gam setem ngan sampul die haha..dr kecik sampai beso asik kene kutuk jerk tangan cendawan la, katak la uhh mm cm lg.kalo dok lame2 kat kat lantai da boleh jadik lecak..aq dr kecik ingin jadik seorang pelukis tp apakan daya setiap kali melukis drawing paper lencun koyak..huhu aq terpakse lupekan cecite aq.nie..kat poly aq jumpe owg mcm aq nie.sronok sngt boleh share mslh nie..hehe

Anonymous said...

Saya pun sama jugak. Selalunya kalau nak salam lepas solat tu lh yg pling panik. Sebab rmai sngt orgnye, lagipun saya duduk kt hostel.. Selalulah lap guna telekung. Kawan2 pun dah faham dh dngn mslh Hyperhidrosis saya ni. Dlm minggu ni, tiba2 terfikir nk rawat penyakit ni. Bukan tapak tangan je tapi tapak kaki sekali. Ada terbaca banyak entry, kebanyakannya buat bedah. Takut je nnti terlebih kering. Effect menda lain pulak. Kalau sesiapa yang ada pengalaman rawat sweat-palms ni, boleh la reply comment ni ye :)