Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, February 6, 2011

Hidup dalam dunia hipokrit

Dalam berkawan, aku cuba bersikap jujur dan bersahaja. Kadang-kala cuba menjadi se-sweet yang mungkin agar kawan itu juga merasai manisnya bersahabat. Tapi, tanpa sedar, kita jadi hipokrit. Kita tak suka, tapi kita buat-buat suka. Kita rimas, kita buat-buat tak rimas. Manusia. Kawan itu manusia biasa. Jadi, mana ada yang sempurna. Seperti juga aku. Aku-kau. Kita tetap sama. Kalau kau begitu, aku mungkin juga begini. Jadi, kita terima seadanya. Maaf kawan, aku bicara bukan kerna tak suka, tapi aku cuba perbetulkan aturan minda kau.
Dalam hidup, kita tak perlu terlalu memikirkan sangat perihal lelaki. Walau umur sudah selayaknya mendapat seorang suami, tapi jangan nampak seperti terdesak. Kau tau kan ia nampak murah jika terlalu terhegeh-hegeh mahupun sang pacar? Jalani hidup dengan tenang dan ikut rentak kehidupan yang pastinya ada jalan penghujung. Lambat atau cepat, jodoh itu pasti datang. Jangan kesali apa yang berlaku. Ingat pencipta dan kita jadi lebih syukur.

11 comments:

black_mel said...

setuju dgn kita perlu nampak hipokrit dan setuju dengan jgn nampak terdesak sangat..Sebab mmg akan nampak murah...jangan risau..kalau ada jodoh tak kemana...

twinkle twinkle said...

betul2 sokong yg part xyah pk pasal laki ;D

wachak said...

Kena pikir gak awal2 takut nanti umur dah hujung remaja baru nk berpikir. Dan bila rasa dah agak lewat memikir, itu yg nampak macam terdesak walaupun hakikatnya kita x mendesak.


x sungguh wa x kata. Bersuara melalui pengamatan. maaf pada yg terasa ..

ghost writer said...

semuanya atas dasar menjaga hati...

miss faten said...

Huu. Saya cuba untuk tidak terdesak, dan selalu tetapkan dalam hati, keluarga lebih penting ATAU masih ada yang lebih penting daripada seorang pacar. Saya harap perkara sebegini tidak akan melemahkan saya. Lagipun hidup kat dunia singkat amat untuk kita tangisi benda yang sekejap. Eh, apalah yang saya merepek ni?

Btw, saya sokong kata2 akak mengenai kawan itu :)
Entah kenapa saya sentiasa menjadi seorang yang harus strive for it untuk pastikan keharmonian persahabatan :') saya harap saya akan terus kuat untuk berbuat demikian.

hanaahmad said...

black mel : memang takkan ke mana. :)
twinkle : terima kasih sebab setuju. hehe
wachak : bukan takleh pk tapi takkan sampai hari2 nak cerita pasal lelaki. cuba jgn terlalu memikirkannya sangat kan. hehe
ghost writer : betul. semua sebab kawan.
miss faten : insyaAllah. kamu pasti kuat!

cEro said...

aku selalu terfikir,
kita perlu jaga hati kawan, tapi kalau jaga hati kawan satu-satunya cara adalah menjadi hipokrit, mana patut kita pilih?

jaga hati kawan = hipokrit
tak jaga hati = hilang kawan

hanaahmad said...

cEro : aku bukan jenis yang sanggup hilang kawan melainkan kawan itu sudah tidak layak lagi bergelar kawan, jadi aku memilih untuk hidup dalam dunia pura-pura.

Kopak Otak said...

eh, apa yang kau cakap ni kan hana, sme mcm kawan aku pernah cakap dulu. nak jaga hati membe nye pasal, n taknak hilang kawan, alih2 kita yang hipokrit. bila kita mcm ni, kawan tu buat silap pun, dia akan ulang benda yg sama. sbb kita tak berani tegur. diorang, jaga hati kita pun tak, kot? certain jela. huhu entah lah wallahulam. sabar je la hana :)

nanad said...

betul..dah letih berpura-pura.. :(

hanaahmad said...

kopak otak : rasanya semua orang akan mengalami situasi sebegini. kita tak sanggup tegur sebab tak sanggup hilang kawan. jadi, diam adalah cara yang lebih baik walau ia sebenarnya dah cukup memualkan.

nanad : sangat letih. :)