Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, December 22, 2010

Pelahap

Ada seorang rakan bertanya kepadaku :

M : Kalau ada orang pelawa kau makan, kau akan pelahap tak habiskan makanan tu?
H : Aku kan pemalu orangnya, jadi aku akan jamah je. Sekadar mengambil hati supaya si pelawa tak kecil hati. Sebab aku faham, orang yang pelawa kita makan sebenarnya sekadar berbahasa. Kita pun kena faham sendiri jela. Makan sedikit je.

Rakanku si M mengadu perihal seorang rakannya yang agak pelahap. Contoh, diberi satu tapi diambilnya lima. Perkara sebegini dah lama aku perasan. Bukan kawan si M sahaja. Aku juga punyai rakan yang sebegitu. Dan, aku yakin korang juga pernah merasai pengalaman yang sama.
Bagi aku, mereka yang tergolong dalam lingkungan sebegini seorang yang tidak mempunyai perasaan malu. Tidak segan. Atau kata yang lebih kasar, slumber. Jenis tak kisah. Atau mungkin juga boleh jadi jenis yang takde perasaan. Atau boleh juga dikatakan tidak menyedari apa yang dilakukannya. Jadi, apa pula reaksi korang jika berhadapan dengan orang yang sebegini?

Bagi aku, kita semua boleh jadi tak tahu malu ataupun pelahap jika si pelawa mempunyai kuantiti makanan yang banyak dan jumlah makanan itu mencukupi dengan jumlah orang yang dipelawa.
Maksudnya, jika si pelawa ada 5 biji gula-gula, dan mempelawa 4 orang untuk merasa gula-gula itu, jadi ambil sebiji seorang sajalah. Takkan korang nak ambil 2 biji pulak kan. Dan, sama jugak jika si pelawa ada 100 biji gula-gula. Jadi, ambillah lebih dari satu. Tak payahlah gediks sangat nak ambil satu. Tapi, jangan pula ambil sampai 50 biji. Berpada-padalah.

Kadang-kadang orang yang tak tahu malu atau pelahap ini tak pernah terfikir pun apa yang orang rasa pasal depa. Bagi depa, orang dah bagi, jadi ambil jela. Kenapa nak malu-malu? Selalunya depa lebih beraksi ganas sebegini bila bersama rakan-rakan yang paling rapat. Makin rapat jadi tak tahu malu. Ini fakta, bukan auta.

Lagi satu yang aku perasan. Ada juga jenis orang yang kedekut nak pelawa kita jamah makanan dia. Bila makanan orang lain, berebut-rebut dia nak. Jika dia punya? Jangan haraplah. Kadang kadang kita bukan nak sangat pun makanan dia tu. Tapi, bila kita pelawa, salah ke untuk berbahasa kembali?

Terlalu banyak etika berbahasa yang masih tidak dipenuhi. Adakah korang memberi salam setiap kali masuk ke rumah sendiri? Adakah korang mengucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling yang membantu walau bantuan itu hanya senipis benang? Adakah korang mengucapkan maaf jika terbuat salah walau dalam sengaja mahupun tidak sengaja. Ataupun adakah anda menghormati waktu dan masa orang lain? Tepuk dada, tanya hati.

Aku kalau dengan kawan-kawan sendiri kadang kala jadi tak tahu malu jugak. Dah nama pun kawan rapat. Haha.

10 comments:

Zura said...

kalau jenis pelahap cm tue nk pelawa pun serik..

geekz36 said...

kena pandai tengok situasi dan kondisi. jangan main sebat je, hehehe

twinkle twinkle said...

huhu selalu jadi time kat ostel

cEro said...

kdg2 aku sakit gak dgn yg suka tibai makanan org sesuka ati..

cikpepel said...

aku besenye tak malu bab makan..

tapi skang da takleh wat gitu....

malu badan membesar.hee

nyna said...

even dengan kawan rapat pun nyna still cam segan sikit kalau bab bab ambik makanan dorang.
kadang2 sampai dorang cakap yelah nyna bukan nak ambik kalau kita pelawa.
hihi.
cukup lah kalau sekadar merasa kan.lebih baik macam tu.
bukan makan sampai kenyang.boleh hangin weh tuan pelawa.hahaha

Ain Atika said...

i memang pelahap. jadi kalau ada makanan cepat2 sorok dari i kalau x habis lah u..ahahahha

wachak said...

Masa hari jumaat dekat masjid selalu ada org sedekahkan pisang / kuih muih. masa ini lah kalau nak perhatikan sapa yang pelahap dan sapa yang makan ingat dekat jemaah lain.

~ selalunya wa makan satu dan ulang balik ambil lagi satu kalau ada lebih tetapi ada org yg ambil tiga sekali. ish ish ish ... muka x malu

My LittLe Secret said...

salam..betul 2..tapi ada yang x yah pelawa pown slumber makan..x dapat nak cakap apa2...

hanaahmad said...

@zura : betul2. nak ajk mkn sama pun dah cm xmau. haha.
@geekz : tau xpe. kena beragak la sket kan.
@twinkle : aah. dlu kat hostel pun prnh ade kwn cmtu. xtau malu. huhu
@cEro : aku pon leh sakit otak. haha
@cik pepel : haha, nsb baik dah malu. :p
@nyna : hana dgn family pun jd malu tau. yela...mknn ni jd drh dgg kita, klo org xredha kita mknn die dh kira haram tau. hehe.
@ain : haha, kalo cmtu i xmau mkn dgn u la..hahah
@wachak : dr situ kita dh leh nmpk kan. kt masjid pon pelahap. isk3.
@my little : wslm. betul2. itu dh msk bab xtau malu. isk3.