Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, August 14, 2015

Ke Pulau Dewata bersama cinta.



1. Akhirnya impian kecil kami untuk bercinta ke Tanah Dewata, berlangsung dengan nyamannya. Perasaan resah untuk berada di dalam pesawat masih bersisa biarpun hampir setahun lebihnya tidak berjalan ke negara luar. Hasrat untuk membeli pil tidur bagaimanapun terhapus bilamana saya terfikir, kenapa perlu tidur sedangkan saya sudah punyai suami untuk jadi ubat penenang. Dengan bekalan surah mudah dan selawat yang tidak henti-henti di dalam hati, saya redha sekiranya berlaku sekali lagi goncangan kuat seperti mana ketika pulang dari Vietnam dua tahun yang lalu. Tuhan nampaknya mendengar doa hambanya yang kecil ini. Tiga jam perjalanan ke kota cinta sangat menyenangkan biarpun pada awalnya rasa resah terlalu laju lebih-lebih apabila terpaksa duduk berjauhan dengan si suami (kerana tidak memilih tempat duduk sedari awal). Selesai sahaja pesawat tenang di udara, lelaki penenang datang menghampiri mengajak pindah ke sebelah kerusinya. Ya, syukur di sebelahnya tidak berpenumpang. Saya akhirnya tersenyum lega, pil tidur mahupun pil tenang bukanlah sesuatu yang saya perlukan waktu itu kerana ada yang lebih menyenangkan.

2. Suami mengalami pengalaman yang menyedihkan sewaktu di Uluwatu, tempat wisata berlangsungnya tarian kecak. Sebelumnya, sudah terpapar di blog-blog yang saya baca memaklumkan bahawa monyet-monyet di sini teramatlah nakalnya. Kerana terlalu gembira, sewaktu leka mengambar gambar, kepala saya terasa berat, sepantas kilat saya lihat seekor monyet sudah melarikan diri. Selang beberapa saat, terdengar jeritan pelancong sekeliling 'spek, spek!'. Suamiku meraba mukanya, rupanya cermin matanya yang tidak sampai sebulan menjadi hak milik sudah lenyap dirampas 'sang hanuman'. Sepanjang tarian kecak berlangsung, saya menjadi mata-mata buat sang suami yang rabun.

4. Kami terlalu takjub. Sepertinya kami sudah mengelilingi sebuah negara. Dari pantai, gunung, lautan, tasik, bandar dan kampung, Bali terlalu indah untuk diterokai. Ya, mata kami kenyang dijamu kecantikan alam yang sukar untuk lupus dari kotak ingatan. Namun sedikit kecewa kerana terlalu banyak tempat langka yang tidak sempat kami jejaki. Wisata-wisata yang sempat kami lalui hanyalah lokasi tumpuan yang biasa dikunjungi pelancong. Sepertinya, kami seperti berkira-kira untuk kemBali semula ke Pulau Dewata ini, nanti-nanti.

5. Selain mengalami momen romantis bulan madu bersama selepas hampir dua bulan bernikah, kami tidak melepaskan peluang ke toko buku di sekitar Bali. Utamanya, kerana kami mahu mendapatkan buku terbaik karya penulis sana yang harganya lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia. Hasilnya, dari dua juta yang kami berencana mahu laburkan, akhirnya ditambah lagi satu juta, hanya untuk buku sahaja.

6. Dari setiap toko ke toko, kami mencari lukisan pemandangan buat dibawa pulang dan dibingkaikan di rumah kosong kami. Kami nyaris membeli di Pasar Ubud, yang harganya tiga kali ganda mahal berbanding di tempat lain. Malah, penjual-penjualnya juga terlalu kasar dan setiap pertanyaan kami berkaitan harga, pasti kami ditekan untuk terus membeli. Kami ambil keputusan untuk bergerak lekas dan tidak lagi membuka mulut bertanyakan harga. Kerana tidak mahu terburu-buru kami berkeputusan untuk membeli di hari terakhir. Akhirnya kami menjumpai lukisan pemandangan yang harganya agak masuk akal di pintu masuk Tanah Lot.

7. Gara-gara debu gunung merapi Raung yang meletus beberapa minggu sebelum kami ke Bali, beberapa jadual penerbangan terganggu, salah satu harinya adalah sehari sebelum kami berangkat pulang. Kesannya, lapangan terbang sesak dengan penumpang yang terkandas. Terperangkap agak lama di laluan pendaftaran bagasi, ditambah dengan masalah perut saya yang memulas kerana terlebih menikmati sambal Bali (yang enak ya) menyebabkan kami hampir tertinggal pesawat pulang ke Malaysia. Saya sudah tidak peduli dengan lautan manusia di balai berlepas bila saya nekad berlari sederas yang mungkin ke arah pintu 10 yang jaraknya hampir 10 minit berjalan kaki. Bila ke depan, baru saya menyedari suami saya masih jauh ke belakang.




2 comments:

cEro said...

Kami mahukan lebih banyak gambar. Hehehe

sporttoto4d@gmail.com said...

PAK Ibrahing DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
ANGKA NAIK YAITU,DI.169169
SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,2-09-2015
….
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
angka ritual gaib kuda lari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>