Bukan apa yang lebih berharga dari kata cinta, sayang. Tapi bagaimana cara kita raikan cinta itu dengan cara kita tersendiri itu lebih berharga dan mahal dari berapa banyak ungkapan yang harus kita ungkap dalam sehari. Mungkin ini klise, tapi bukankah kualiti itu lebih baik dari kuantiti?
Monday, June 9, 2014
Persoalan satu.
Barangkali saya bukan seorang kekasih romantis yang saban hari membasahi hati sang kekasih dengan kata-kata cinta, sayang, rindu. Malah, saya juga bukan kekasih tipikal yang suka keluar berdua-duaan di taman-taman bunga mahupun berjalan-jalan berpimpin tangan di pusat membeli-belah tanpa arah tuju dan kosong. Saya juga bukanlah kekasih yang harus ditelefon atau pun menelefon sang kekasih hampir setiap malam sebelum mencumbui waktu tidur sebagai ritual rasmi pasangan kekasih. Malah, saya juga bukan kekasih yang perlu dicintai hanya dengan pemberian bunga, hadiah-hadiah mahal mahupun patung-patung berbulu yang mengjengkelkan. Saya cuma kekasih yang mudah. Dan saya suka bagaimana saya dikasih-sayangkan oleh sang kekasih saat ini. Jadi untuk soalan; apa yang lebih hebat dari kata cinta, sayang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya juga kekasih mudah, yang hanya berjumpa dengan dia yang saya sayang sebulan sekali, kerapkali tertidur tanpa ucapan selamat malam, tiada hadiah istimewa buatnya, hanya mahu buat dia tersenyum jika bersama saya.
kita sama! :)
Post a Comment