Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, May 5, 2014

Menjadi badut.

Sikap orang-orang di sekeliling membuatkan saya makin kurang bermotivasi untuk memulakan hari-hari baru. Saya mulai rasa sering terganggu dalam banyak hal. Malah, keluhan-keluhan berat semakin gemar mendekat walau saya cuba elak menjadi seorang pengeluh. Saya cuba hiburkan diri dengan memerhati setiap hal sebagai sebuah hiburan yang positif. Tapi hati saya berdegil tetap mahu jadi pesimis. Melihat sebilangan teman yang berlibur ke kepulauan idaman membuatkan hati saya melonjak cemburu. Terlalu banyak yang difikirkan sekarang, sehingga saya lupa bagaimana cara untuk menghiburkan diri sendiri. Kalau pun tidak tahu cara untuk hiburkan diri, saya cuma berharap saya tidak lupa untuk tersenyum walau sedikit akan hal-hal sederhana yang membahagiakan. Sekurangnya masih punya teman-teman yang peduli akan kurang lebihnya senyuman dan tawamu dalam seharian yang kini kian mahal.

2 comments:

Azhar Ibrahim said...

Mari hiburkan diri dengan makan-makan lagi! Saya selalu terpandang ad di FB; Grella. Apa kata kalau awak, Jack, dan Mar sudi-sudikan diri ajak saya pergi makan-makan lagi?

cEro said...

Bila aku jd macam ni, aku selalu ambil masa duduk seorang diri di tepi lebuhraya, selalunya waktu petang hampir senja...
Walaupun tak selesaikan apa2 masalah, tapi sekurang-kurangnya aku ada masa utk diri sendiri berfikir apa yang perlu aku buat seterusnya...