Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, February 7, 2013

Kata mereka, puisi itu terlalu lucu untuk dicintai.

"Aku menulis puisi ini agar kamu tahu bahwa kehidupan bagaimana pun kejamnya, selalu indah untuk dituliskan menjadi puisi"

- M Aan Mansyur; Sudahkah Kau Memeluk Dirimu Hari Ini?

Pernah aku dipandang aneh sewaktu sedang asyik menekuni sebuah buku yang asing dalam lingkungan mereka. Pernah juga aku ditanya perihal buku juga kecintaan aku terhadap puisi-puisi yang dalam fikiran mereka itu terlalu lucu untuk dicintai. Jawab aku, puisi itu bait-bait kehidupan yang dicoret untuk mematikan rasa sunyi dan sebal selain memberi pelajaran perihal sejuta hal dalam kait aksara yang indah. 

Dan
tanpa suara, aku terus-terusan dipandang aneh.

26 comments:

the malay male said...

minat kita lain lain, cuma harus saling menghargai perbezaannya.

CassiaSiamea said...

itu aneh dan kehidupan kita suatu keanehan

inna_risna said...

mereka tidak ada minat utk bait-bait puisi. kerna itu mereka memandang aneh thdp org yg menyukainya.

KonspiMaker said...

Mujur kita dalam lingkup sama,aku faham :)

Addi said...

Sama juga seperti saya, dipandang aneh.

Badrullah Anson said...

Pernah seorang sahabat aku berkata, "aku benci puisi, kerana aku bukan perangan macam kamu..", dan dia berlalu pergi.

Aku tersenyum sendiri, tersedar apa yang baru dia katakan itu adalah sebait puisi.

misz aisya said...

sy suka puisi. walau sy xde bakat ke arah tu. dats y sy bce blog ni.

puisi slh satu cara kita ekspresi kan diri., persetankan kata2 itu. hoho

yong propaghandi said...

aku pun suka baca, tapi aku yakin, kefahaman aku terhadap puisi tu tak akan setaraf kefahaman pemilik puisi tersebut.

ghost writer said...

dalam dunia kita mereka pun sebenarnya aneh kerna tidak tahu mencintai puisi.

EZAN IDMA said...

puisi ibarat dadah bagi aku kadang kadang

Felly Sophia said...

Pernah jadi orang yang memandang aneh, sekarang saya faham kenapa.

Puisi itu membahagiakan.

ana said...

ingin membina dunia sendiri..binalah puisi.

ana said...

aku kurang bakat sebenarnya menulis puisi yang dalam.

zieyzain said...

puisi itu indah andai ngerti maksudnya,..=)

Dayya Dayyanna said...

tapi sekarang, awak dah tak seorangan lagi. dah ramai yang mencintai keanehan ini. kecintaan pada puisi. tak gitu? :)

APi said...

kita aneh bagi mereka sedangkan mereka sebenarnya aneh bagi kita..

Afiq Ah said...

puisi belum tentu mencintai mereka. tapi kita, mencintainya.

Wadi AR said...

dulu tak suka puisi, skg berjinak jinak

nitnot said...

puisi buat kita hepi. eh rumate kata siapa yang suka puisi ni dia jiwang.

syafiqakarim said...

memang begitu ya kak
pandangan org? heh

cEro said...

Yang tak memahami sesuatu perkara adalah mereka yang tidak pernah merasa kemanisannya.

cimöt said...

mereka itu yg pelik krn tak pernah cuba utk memahami apa puisi..

inche hlovate said...

masing2 ade minat tersendri kan.. abaikan apa org kata. adik sya yg lelaki tu pun suka puisi..

Urzain Hussain said...

puisi ssuatu yang halus..
sukar difahami jika ia tidak merasai..

AzyAdnan said...

citarasa masing-masing berbeza. org yang minat puisi biasanya berjiwa halus...dan faham setiap baris ayat yang punya maksud yg mendalam! ^^

Päk Läng said...

setiap manusia adalah aneh dari pandangan yang berlainan