Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, November 6, 2012

Jurang antara kita.


Ada jarak yang kian membesar di antara kita. Jurang makin lompong dan kosong. Daun-daun kian berguguran menghiasi lantai bumi. Kau masih diam tidak berkutik. Dan aku masih tuli menyiram air di dasar untuk terus menyuburkan rimbunan persahabatan kita.
Sayangnya, ia kian gugur dan kering kontang. Langit mendung memayungi kita berdua namun kemeriahan hujan belum tentu mampu menyuburkan rimbunan yang kian suram dan kelam.
Bersuaralah kawan, sekurang-kurangnya lontarlah senyuman untuk aku ini walaupun ia berat untuk kau lakukan.


22 comments:

APi said...

mungkin kau yang perlu lakukan dulu.. =)

blog-tips-kurus said...

saya sedang senyum ni... :-)

the malay male said...

jangan memaksa

Camy Alya said...

perlukan masa

FaizalSulaiman said...

hari-hari saya senyum :D

♥Miss Lyana♥ said...

mungkin kau perlu mulakan dulu :) *terus senyum*

♥ Nana BamBam ♥ said...

ambil masa untuk saya tersenyum.

humaira balkiss said...

:)

Wadi AR said...

jom joging ahkak

Arjuna Silvera said...

senyumlah..

محمد رازيق said...

pemula langkah yang baik

ghost writer said...

teganya dia :(

SaddLone said...

mungkin ada sebabnya.biarkan sepi dulu.

iKhRam said...

cubalah yg terbaik..
tp kesabaran selalunya membuahkan hasil yg terbaik.

tieykah said...

Jurang boleh dirapatkan.

Kalau curang?

Nissa Jefry said...

tatkala ada nya jurang , pasti sakit . sabar . tunggu reda . pasti kau ok .

pemuzik jalanan said...

Ada orang kasitau saya kak, hargai orang yang hargai kita.

Haikal Blank said...

akan tiba. sedikit masa lagi. pasti.

hmm..moga - moga.

Muhibbuddin said...

Kawan kawan disini semua senyum :)

inna_risna said...

senyum itu indah, dn mampu hilangkan duka d hati. kerna kau sahabat, ukhuwah yg terjalin itu sgt berharga.. :D

Päk Läng said...

perkara tak diduga sering merentap kejam hati dan perasaan kita. semoga senyuman mampu jadi penawar, sekurang-kurangnya...ya.

faraakucas said...

sedang mengalami..

jurang tu xkan ade sape yg boleh dan cuba untuk sambungkan balik..