Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, June 26, 2011

Ketakutan


"Dalam hidup, bukan awalan yang mahu dilihat. Tapi, ke mana pengakhirannya,"

Langkah pertama aku agak canggung. Agak sumbang dan tidak teratur. Jatuh tersungkur berkali-kali itu jadi rutin. Menjadi orang yang sering direndah-rendahkan itu adalah aku. Dia itu Maha Besar segala-galanya. Dia uji aku tanpa henti, walau aku hampir rasa aku tidak akan pernah tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya. Sehingga kini, aku masih takut. Takut ke mana akan aku pergi. Takut dibalik-balikkan hati. Takut dibalik-balikkan iman. Bercakap perihal iman, yakinlah bahawa iman aku belum tentu tebal apatah lagi mencapai senipis kulit bawang. Aku masih jahil. Jahil segala-galanya. Satu yang pernah aku igaukan berminggu-minggu akibat sakit yang melanda waktu dahulu, adalah MATI. Kala itu, aku dengan pastinya yakin usia aku tidak panjang. Pengakhiran mungkin akan terjadi dalam masa terdekat. Tapi, apa kuasa kita untuk tahu bila? Mungkin esok, lusa, tulat ataupun malam ini sahaja?
Yakinlah, mati itu pasti, maka hidupkan sebuah pengakhiran.

24 comments:

tieykah said...

Aku pernah rasa yang umur aku tidak panjang.
Namun ajal maut,aku serahkan pada-Nya.Dia lebih berhak

hanaahmad said...

tieykah : iya, itu sebaiknya. :)

Akulah Pak Lan said...

selagi kita hidup kita tak boleh berputus asa

hanaahmad said...

paklan : aku cuba untuk tidak berputus asa. susahnya!

Anonymous said...

moga kita sempat menerima hidayah sebelum mati

.drakula. said...

seperti aku menerima semua dengan dada terbuka...kerana kita cuma sementara walau di beri kesakitan pun aku mahu lagi tersenyum...kerana aku sudah lama redha dgn apa juga yang akan mendatang.

~Kenanga Suchi~ said...

dulu pernah aku inginkan 'mati' itu cepat dtg... kerna aku sudah mengalah dengan hidup... kini... aku bangun utk menongkah arus... belajar bagi hati kejap hadapi semua...

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

Iman umat akhir zaman ini memanglah hanya senipis kulit bawang. Kitalah umat tu.

Sy nak berkongsi sedikit, ada hadis nabi,

" orang yang paling bijak orang yang sentiasa memikirkan mati dan membuat persediaan untuk menghadapi mati."

Amiey White said...

aku pun sedang ingat tentang mati itu , entah apa dosa aku, silap aku , aku semakin tersungkur menyembah tanah .

Sofea said...

jangan takut. g solat..

Unknown said...

aku selalu rasa umur aku tak panjang bila aku di atas jalan raya.

tapi sebenarnya ajal itu boleh datang bila-bila masa.

hatta masa kau tengah tengok tv bersama family sekalipun.

Akulah Pak Lan said...

aku pun kadang2 tertewas..apakan daya kita hanya manusia yang punya rasa kesal, sedih dan kecewa...namun kita kena ingat yang kita pun ada gembira, setia, dan persahabatan

ewanthology said...

siapkan sahaja bekalannya.

nasri said...

semua takut mati..tapi xramai yg berusaha utk cukupkan bekalan hadapi kematian bukn..

Anonymous said...

Mati itu pasti. Allah tidak lambat atau cepatkan walau sedetik. Semoga Allah merahmati kamu Hana.

. said...

aku tidak takut pada mati, tapi aku sentiasa ketakutan melukai hati orang lainnya.

PuanPepel said...

like entri ni.

sama2 kita tingkatkn amalan

Amir Syahir said...

ada kelas!!

APi said...

pengakhiran manusia di dunia itu mati tapi pengakhiran sebenar belum tercapai lagi kerana ada kehidupan lain setelah mati..

hanaahmad said...

ami : insyaAllah. moga2. amin.

republic aku : kau hebat! aku cuba juga kadangkala tapi tak mampu. sentiasa mengeluh. dan mengeluh itu tandanya tidak bersyukur. haisyh. :(

KH : mari kita sama-sama nikmati hidup sebelum pengakhiran. moga2 hati kita sama-sama putih ingat DIA selalu. amin.

rafiq : terima kasih ats hadis diberi. moga-moga kita sentiasa mengingati mati dan DIA. amin. :)

hanaahmad said...

amiey white : itu namanya dugaan. DIA uji hamba dia untuk lebih sentiasa beringat. sabar syg. :)

alkisah : iya, itu sebaiknya. :)

ungu : betul tu. tak kira usia, tak kira tempat.

paklan : iya, nikmati hidup seindahnya bukan? :)

hanaahmad said...

delarocha : iya, sedang. moga2 lebih banyak bekalannya.

nasri : betul tu. termasuk juga aku. :(

memori usang : semoga Allah merahmati kamu juga sahabat. amin. :)

KHRLHSYM : itu juga menjadi ketakutan aku kala ini.

hanaahmad said...

cikpepel : ya, mari sama-sama. :)

hiro : kelas ngaji keh? ekekek.

Api : ya, betul juga. tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku kehidupan selepas mati itu bukan?

Niena Muhammad said...

(___________________+___)
( masa yg kte lalui +___)

moga kte sesama memahaminya..
semoga Allah merahmati sahabatku ini..