Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, June 23, 2011

Diam berisi


Setiap dari kita itu unik. Punya warna yang berbeda. Dalam hidup, kita punya pilihan privasi untuk jadi apa yang kita mahu. Aturan ibu bapa itu cuma penunjuk, tapi kita yang membawanya. Ikut arah angin. Mana satu mahu jadi? Aku mahu jadi yang itu, tapi sisi asing itu mencerna laju - aku tak mampu.

Ya, benar. Setiap dari kita itu unik. Minggu ini, aku peroleh lagi ilmu dunia. Mereka-mereka yang diam ini belum tentu diam sifat. Laku mereka berdesing kala hati mereka terusik kejam. Boleh jadi, kata cacian itu rutin biasa mereka. Diam, belum tentu tak berisi. Bising, belum tentu kosong. Hati-hati dengan yang diam berisi ini. Diam mereka, menyakitkan hati.
Diam aku bertempat, bising boleh jadi bermusim.

32 comments:

Raihana Izzati said...

Saya suka diam awak.dan bising awak.

err aku lebih suka bercakap bila perlu saja.

hanaahmad said...

rihana izzati : apa lagi yang awak suka? aku juga bercakap bila perlu dan diperlukan.

APi said...

diam bukan kerana bisu..
bising bukan kerana nama..

uniknya manusia kerana kita berbeda..

hanaahmad said...

api : diam-diam ubi berisi, diam-diam durian berbau. hehe

feyza said...

"Diam aku bertempat, bising boleh jadi bermusim."

mcm terkena dgn diri..~auch~

hanaahmad said...

miscellanoeus smiles : auch. apa yang terkena sgt tu? :)

Anonymous said...

jangan ikut angin nanti ia membawa kita kesesuatu yang tak munasabah...ikut kata hati...sebab dari hati kita ada keinginan dan terus ke otak untuk berfikir adakah ia baik atau tidak....

Niena Muhammad said...

erm.. nice.. diam tak semestinya seseorg itu tak punyai idea.. diam ubi berisi, diam manusia bererti

syufaa said...

iskkkk!
sakitnye...!!
hukhuk..

ORLANDO AHMAD said...

gua suka bising2 sebab gua tak suka diam, hehehhe gua tak suka laa sunyi2, bising itu lagi baik, utk gua je laa hahha. Dah puas hidup sunyi dulu

syafiqa said...

iqa jenis yg diam. tp bila da bersuara, bising.
diam itu perlu dan bersuara di tempat yg betul.

hanaahmad said...

KHRYHAMYD : ikut kata hati mati.

niena : orang diam ni kadang2 boleh tahan mulut dia.

syufaa : sakit sangat kan?

jari yang terabai : ada masa aku sukakan sunyi sepi. ada masa aku suka yang bising. ikut keadaan hati.

syafiqa : hehe. same la kite. :)

far byieb said...

manusia juga xdinilai dari diam bisingnya
tapi dari cara dia diam dan cara dia bising

i loike ur entry<3

Akulah Pak Lan said...

aku tgh diam..malas nak menulis blog untuk seminggu...aci?

hanaahmad said...

far byieb : iya, betul la tu. terima kasih. :)

paklan : tak aci sungguh! kembali la weh!

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

kita macam sama.
dan aku suka persamaan tu,,keh3

hanaahmad said...

rafiq : part manakah yang sama itu? kasi kongsi itu suka sama aku. :)

ghost said...

diam kerna berfikir.atau mungkin sarat dengan fikiran.tunggu masa untuk dilepaskan.hana,aku cuba memahami diammu.hihi

Penghuni 60 said...

diam itu berfikir, banyak berbicara itu penyesalan

Amiey White said...

diam aku juga bertempat , setuju . Kadang2 diam itu juga sebenar kata2 dalam tak sedar .

p/s : bf aku diam dah beberapa hari T_______T

hanaahmad said...

Ophan Bunjos : diam sebab tak tahu bermesra dengan dunia. mungkin. diam aku kosong Phan. mana mungkin kamu masih tidak memahami?

penghuni 60 : mungkin juga. tapi, diam-diam orang begini boleh jadi bermulut lancang.

amiey : bf kau bising je dgn aku ni. ekekeke. gurau. :)

Benrauf said...

tapi kalau diam macam mana orang lain nak tahu. bukan semua orang ada pancaindera keenam. beritahu mereka not to prejudge others.

hanaahmad said...

benrauf : itu manusia. unik. punya karakter tersendiri. nilai dgn mata hati. :)

cEro said...

setiap org itu unik..
dengan menghargai keunikan, baru kita menghargai diri..
diri kita, dan diri org lain..

.drakula. said...

diam aku kerana elak bertelagah diam mu mungkin ....ntah tak tau ..keh3

Anonymous said...

Aku jenis yang tak memilih dalam soal berkawan. Cuma satu, aku lebih selesa berkawan dengan mereka yang mengutuk aku dihadapanku. Tidak disimpan dalam hati sampai busuk. Sifat manusia yang satu inilah yang paling aku takut. Diam dan terus diam, tapi dalam pada masa yang sama, menyebarkan keburukan kita pada semua orang. Nampak baik je, tapi busuk hati.Salam sejahtera buat kamu Hana Ahmad :)

Unknown said...

diam tak semstinya kalah :)

hanaahmad said...

cEro : dan itu baru melengkapi kesempurnaan bukan? :)

republic : diam aku kerna tidak mahu tunjuk bebal diri sendiri.

memoriusang : ya, aku juga suka begitu. salam sejahtera juga ke atas kamu. :)

ezan idma : tapi sekarang aku berkata perihal mereka yang diam menjengkelkan. :)

beautiful_rose said...

diam itu lebih baik daripada berkata2 yang menyakitkan hati.
dalam diam merencana... =)

hanaahmad said...

beautiful_rose : mungkin juga. tapi, jangan jadi diam berisi berkarat.

pembaris said...

kalau berfikir saya tak boleh duduk diam saja.kena garu kepala.baru orang tau saya tengah berfikir

hanaahmad said...

pembaris : kalau berfikir, dahi saya berkerut2 diikutkan gigit mengetap bibir dan jari mengetuk meja. haisyh..haha