Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, May 26, 2011

Kisah Kisha Kougar

Kisah ini mungkin agak kelewatan sedikit. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang lepas aku labur hampir seratus lebih untuk buku yang bakal mencerna benih-benih baru dalam otak aku. Terus kepada isi, selepas diperkenalkan oleh kekasih gelapku perihal kewujudan Fixi, oh ya itu bukan Fixie yang ini. Ini Fixi ada isi. Dua kali aku serang booth Gerak Budaya. Aku rembat Kougar tulisan Shaz Johar.

Kougar tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar! - Sebaris ayat yang dikopi pasta dari kulit belakang novel bersifat urban dan masa kini ini.
Ia kisah Kisha, moden, 40 tahun, masih bujang, bekerjaya, sosial dan senang sahaja aku katakan dia Andartu - Anak Dara Tua. Plot yang mudah. Senang faham. Kegilaan Kisha adalah anak ikan berusia 25 tahun yang sering di-usha-nya di elarti, Azril. Macam berjodoh, perkenalan mereka berterusan setelah Azril bekerja di bawah Kisah. Bercinta kemudian ya, seperti di realiti, ibu Kisha di kampung mahu menjodohkan Kisha dengan Razif; seorang duda, berniaga dan orang dipercayai di kampung, imam. Hidup sosial Kisha menemukannya dengan Emir, datuk miang. Kerana Emir, Kisha ternoda. Menerima lamaran Razif membuatkan langit Kisha gelap. Kisha dipukul dan dipanggil babi, pastinya dia dipandang buruk memandangkan Razif adalah imam, tiada siapa percaya yang buruk-buruk kerana Razif adalah imam. Mengenali Yusri, pekerja kedai Razif menambahkan sisi buruk Kisha. Lari semula ke Kuala Lumpur dan...aku rasa sisi hitam hidup Kisha macam takkan berhenti berputar.

Mengulas penulisan pemilik blog Jejaka Anggun ini membuatkan aku kagum kerna dia mampu menginterpretasikan watak Kisha dengan jayanya. Watak seorang wanita yang mengejar anak ikan dan dihimpit dengan sikap ibu yang senantiasa mahu mengikut kehendaknya. Watak andalusia (anak dara lanjut usia) yang masih cantik, seksi dan bekerja. Novel ini umpama sinetron yang penuh dramatik. Aku yakin, ia tidak mustahil berlaku dalam kalangan kita. Pada permulaan, ghairah ku rasakan untuk terus menikmati helaian yang seterusnya. Tetapi sayang, sedikit demi sedikit klimaks itu turun naik. Terlalu cepat untuk diperjelas rasa setiap watak. Pantas! Aku rasa Kaougar ini macam wajib disambung. Wajib! Aku tak puas mahu sibuk tahu penghujung kisah Kisha. Aku mahu tahu apa jadi dengan mamat photographer yang tak jemu tegur kisha selama lima tahun. Mahu juga tahu apa jadi dengan Azril? Yusri? Emir? Mike? Suraya? Razif? Dan tentu sekali, tolong bukukan juga kisah Azril dan Mike. Kalau jadi, aku beli sungguh-sungguh.
Sedang menghabiskan Pecah tulisan Khairulnizam Bakeri. Klik sahaja mana-mana link di atas jika siapa-siapa mahu rasa dramatiknya Kougar.

11 comments:

Akulah Pak Lan said...

Gadis dan novel..benda yang payah nak paham

shandye. said...

aku rasa akan ada sekuel. mesti punyerr...

p/s: tolong singgah ke link ni [Nikon Extra Ordinary Angles] & tekan 'LIKE' buleh tak? thanks in advance!

hanaahmad said...

akulah pak lan : ini bukan sebarang novel. cuba baca baru tahu. :)

shandye : aku harap!

Anonymous said...

aku dah malas baca novel
suruh dramakan / moviekan ja

hanaahmad said...

aimi : sejak kau kemaruk dengan nora elena kan? dah agak dah.

Zoel said...

Yesh-novel ni memang besh. Nanti kita adakan piket suruh sambung. Haha...

hanaahmad said...

zoelisme : yeah. mari!

jejaka anggun said...

thx!!! sekuel, teda. prekuel, maybe.

hanaahmad said...

jejaka anggun : alaaa...

Halle Calypso said...

saya paling suka pecah!
bace dr malam smpai ke subuh.
belum bace kougar lg.
looking forward to read it. =)

melesap said...

hmm...